Follow by Email

Friday, 27 June 2014

Vibe Hotel, Surfers Paradise Gold Coast


 
view from our room-Vibe Hotel


Disebabkan masa pegi Jepun ,terlalu banyak mengoogle...sampai sakit kepala (tapi still berbaloi) so kali ni pegi GoldCoast macam takpela amikla ground yang org dah prepare kalu affordable amikje....elokla pegi matta Fair ada pakej termasuk whale watching...
Woots !memang pegi waktu June ni semata2 nak tengok paus... hehe
Australia ni terbalik dengan yang lain tempat lain June musim panas tapi dia musim sejuk.
Waktu pergi ni max 22'c minimum 14'c . Baru nak start musim sejuk.
Kami amik pakej ground ni sekali pegi movie world + paradise farm + 4n stay kat Vibe Hotel(breakfast) n termasuk semua transfers  dari Pnl travel rm1398 sorg.

Duration flight 8 jam kami sampai Gold Coast, 7:30 am waktu sana.Beza 2 jam awal dari Malaysia 
Kul : 5:30 Am : GoldCoast : 7:30 Am

Kami naik van transfer sampai di hotel dalam pukul 9am. Bagusnya bilik dah sedia takyah tunggu waktu check in sebenar , yeay dan dpt river view... cantik.


  
Dalam bilik pun ada electric kettle, iron semua senang. 





Lepak-lepak minum teh tgk view sungai ni memang menarik. Ada jugak pakej river cruise. Nak pegi pantai Surfers Paradise bertentangan ngan hotel pun dlm 5-9 min dah boleh sampai.






Breakfast: Umumnya breakfast buffet maka yang halal tu cereal ngan buahle. Hot Chocolate dia mmg umpph.

Keseluruhannya hotel ni ok, lokasi pun ok ( dekat dengan bus stop) tempai nak pick up semua.
Yang tak bestnyer hotel ni wifi di lobby sahaja dan terhad hanya pada 30min setiap 24jam. Maksudnya kalu hari ni login 8mlm , esok 8mlm baru boleh guna free wifi.
Makanya sapa2 yang prefer free wifi dari breakfast carila hotel lain. hahaha

Jap tulis dalam english kut dorg google. lol

My review of Vibe Hotel - location is  nearby Surfers Paradise, able to check in early and  late check out 4 1 hour,thanks , beautiful view,+ basic necessities. The only disadvantages will be : free wifi is only up to 30 min at the lobby. It will be my perfect  accom if they include free wifi in the room.
 

Australia socket

3 pin socket
Nasib baik sebelum pergi baru perasan eh takde socket ni kat universal adapter (tapi unversal )lol...sempatla singgah ke Jusco.
Ada jual siap Australia /NZ punya rm5+ je. Beli sekali extention head so senang 3sekali device 1 adapter.

yang penting dia punya pin kena senget

 
 

No comments:

Post a Comment