Tuesday 7 April 2015

Osaka 2nd trip

Alhamdulillah dapat pergi kali ke 2 untuk Osaka. Bulan Mac still sejuk tapi tak sesejuk Disember. Nasibla aa ada diskaun 20%  so apa lagi seperti biasa , bawak hand carry je terus direct ke Osaka.
Yang penting nak pegi USj untuk Harry Potter.Oh kali ni juga  sempena menunaikan permintaan org dah lama tak balik msia , tolongla bawak halal kfc khas untuk Jae. Beli kat kfc klia , sejukkan berapa minit masukkan dalam bekas dan letak dalam beg , sampai osaka masuk dalam peti ais. Esoknya bagi Jae, Jae kata dia makan elok lagi so misi berjaya !! lol

ayam pun pegi jepun
 tapi masa isi borang ni macam eh kena ngaku ke? adakah seseorang ada meminta anda membawa sesuatu...hahaha tp mestilah itu untuk barang bahaya..




dah sampai Osaka kenala carik benda2 yang kat jepun je ada :

1. Haagen dasz aiskrim pelbagai perisa

Banyak lagi tak try


2. Starbucks origami coffee filter ( availble at starbucks after  inside check in area)

3. Kad itunes prepaid ( bolehla beli lagu terus)
japan itunes card
4. Oreo green tea.


bought this at daiso
 boleh jugak beli souvenir souvenir jepun di daiso tambah lagi nak clearkan syiling. daiso ada di Kansai.




Restoran halal dan surau di Kansai 
Ada 2 pilihan sama ada nak soba atau udon ( berlainan tingkat) ... masih lagi memilih untuk makan udon..kali ni pilih dry udon ( takde kuah + kicap je sikit) sedap !

halal udon 2nd floor
halal soba kansai 3rd floor
Surau ni memang impressive agak luas dan cantik. macak tak jaya ada kat negara Jepun. sangat selesa

Tingkat 3
 



 Merasa jugak makan takoyaki (sotong) sebab dah tulis english tako with soy sauce di Dotonbori. di samping kami beramai2 makan Okonomiyaki ( pizza jepun)
.

selain dari USJ , kali ni dapat pegi bergambar di Osaka Tower /Tsutenkaku sebab  trip sebelum ni taksempat nak pergi.senang je nak pergi sini, kuar je stesen ebisucho terus nampak tower ni.


selain Osaka Tower saya kena pergi juga ke Tower records. hahaha sebab menarik



Paling wajib dilawat  Osaka castle

yang menarik sebelum balik salji terun sepoi sepoi bahasa*ok salah peribahasa...memang rezeki sebab osaka ni jarang salji dahle bulan Mac hampir nak musim bunga plak tu.Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment