Follow by Email

Friday, 11 September 2015

Innsbruck Austria




Lepas melawat castle , kami  bermalam di "Camping Oberland , Austria ".  Memang  awesome , kiri kanan mountain tu .  Tapi sampai2 lagi sejam nak maghrib pastu khemah basah plak tu dek hujan tempoh hari . Nak tak nak pinjam  towel dapur dan kena korbankan kain batik untuk lap dalam khemah.

kat belakang tu shower /toilet tempat basuh pinggan semua

Fasiliti : Shower air panas berbayar . Sink dan Shower diasingkan mengikut bilik kalau cuma nak basuh muka sahaja.

Sini takde tempat makan so KC kena siapkan khemah makan. Malam tu kami makan sphagetti sardin.
Esoknya breakfast cereal . Sebab breakfast cereal hari tu aku offerla Kuih raya sebagai makanan tambahan - biskut Arab...siap paksa habiskan sebab taknak simpan bekas.



Check out- hujan renyai2. Terpaksa tumpang letak beg depan umah jiran yang pakai mobile home ,macam rumah siap ada balkoni gitu

Pagi tu kami melawat Golden Balcony dan shopping Swarovski. Subhanallah Austria mmg cantik .









Amazing View
Zoom in

Innsbruck bekas tuan rumah winter olympic

Harga magnet di sini :  4 euro
Alternatif  :  Gelas kecil 1.9 euro.

Ada juga magnet yang menarik yang memerli perbezaan Australia dan Austria tapi tula mahai tu.

Perjalanan diteruskan ke Venice


On the way to Venice


No comments:

Post a Comment