Saturday 5 September 2015

London: Kingsman ,Harry Potter ,Notting Hill and more

Sampai London ,  ada 1 hari , so untuk penjimatan wang belilah pass 1 hari dekat machine $12 so boleh sesuka hati pegi mana2. Sebab setelah compute single way fare lagi untung amik ni...tapi takat nak pegi 2, 3 tempat tu tak payahle..pakai Oyster card je sudah. Download je free apps untuk Tube undrground map. Atleast  takde internet pun still boleh pakai.

Ada plak sambutan Aidilfitri dalm englishnye Eid celebration dekat Trafalgar  Square.
Dulu2 tempat yg banyak merpati ...yang dalam video klip Amy Mastura dalam cinta korporat lol...Tapi tak sempat pegi majlis sebab hari yang sama nak bertolak ke Amsterdam, so singgah 1 hari sebelum dah ada booth dah. Disebabkan last time dah jalan full kat London , ni kira pegi yang mana  belum pergi je. Hujan je...nasib baikla renyai2  Atas sebab2 susah nak tgkap gambar pakai payung , i pakai jaket yg kalis air dengan hood. Mmg berguna sampai ke Belanda  dan Venice.




Harry Potter  Platfform:
Stesen : King Cross & St Pancras
Masuk je King Cross dekat area2 kedai tu  nampak platform buatan...boleh bergambar free (pakai kamera sendiri ) or pakai kamera staff yg mana dorg siap akan bagi pinjam scarf untuk efek ala terbang ke Hogwarts. Dekat London ofcourse ada theme parknye The Making of Harry Potter sendiri but takde bajet nak pegi..pegi yang kat Jepun tu pun dah kira best ,cukupla tu. Ada kedai merchandise jugak untuk semua peminat Harry Potter.

menghayati watak, i pakai stokin Gryffindor


The real platform


St. pancras - stesen nak naik eurostar ke Paris.




Pukui 9am terus pegi ke stesen Bank  untuk tukar duit.Al Kisah masa 2009 konon2 nak simpanla duit lebih 50 pound (Houblon) lepas balik London. Nanti pegi mana2 boleh jadi backup.  Masa pegi Jepun oct 2014 , ingatkan nak tukar ke Yen sekali org Jepun tu cakap ni dah tak laku. Email ke bank of England,dia kata boleh post or walkin untuk tukar note baru.

so sapa2 kut ada Houblon ni maaf tak laku /sila tukar dengan Bank of England.
Masuk Bank of England ni kena lalu security n xray bag lepas tu senang je pergi kaunter terus dia tukarkan duit baru.Rasa macam tukar duit rm1 not baru kat Malaysia je sementelah masih syawal lagi....hahaha

It u still have houblon 50 note u can just exchange with new note at Bank of England or mail  it to them.

 
"Where can I exchange Houblon £50 notes?
The Bank of England will always exchange its old-series notes. Notes may be presented for payment either in person or sent by post (at the sender’s risk) to: Dept NEX, Bank of England, Threadneedle Street, London EC2R 8AH. "


Oxford street  
Ni mmh kawasan shopping tapi aku nak pegi tgk kedai jahit dalam movie Kingsman je ...lol
Manners makketh man !!
Stesen terdekat  :  Oxford Circus Station ( 7  min )
Alamat  : Huntsman 11, Savile Row

Notting Hill 
Stesen : Notting Hill Gate
Saja2 nak feel ala Hugh Grant & Julia Robert jalan2 area sini. Mmg ada umah William Thacker tp sebab hujan dah nak malam takdela beria nak carik.


Last stop : Sebab dah ada pass kan terusla pikir  "eh kena pegi gak 1 stadium bola"...walaupun masa tu dah pukui 9mlm...terusla ke stesen Arsenal.... tp still hujan and dia bukan macam stadium jalil terus nampak dr stesen lol//tp bak kata kazen just jalan je 100 m patut dah nampak emirates...masa tu takut plak kena mug kan jalan sorg2 tu yg patah balik.


No comments:

Post a Comment