Tuesday 15 September 2015

Switzerland dan Swiss Army

Lake Como
Dalam perjalanan ke Switzerland kami melalui pelbagai tasik termasuk Lake Como , Itali. Ala lokasi majlis kahwin George Clooney dan Maya Karin tu (not together of course) .
Tapi mmg kami lalu banyak tasik yang cantik -cantik belaka .
biru tu...tapi tak ingat nama tasik ni apa di Switzerland
perjalanan dalam bas diselang-seli dengan main teka teki, yela kalau tak memang tido sahaja memanjang tp bangun je nampak view cantik gini mmg best.
Kali ni amik kabin ...sebab Switzerland kan ..takut sejuk...tp takdela sejuk sangat.
2 malam di sini
Salah satu option di sini ialah pegi ke Jungfrau  tapi kena sediakan Rm600.

2 bawah tu duit Swiss Franc
Aku pegi sini tukar duit GBP dan Euro je...haha langsung takde Franc..tapi jangan risau crew bole tukarkan kalau nak syiling untuk shower air panas. 0.50 swiss franc untuk 4 minit. Duit dia akan tulis 1/2 .  Di sini campsite Swenzebach  cabin semua tidak dilengkapi toilet so semua kena jalan untuk mandi.

Damen ialah female , herren - male
Fasiliti campsite - wifi berbayar untuk sejam  2 jam - 2 franc. Boleh bayar pakai euro tapi  duit kertas sahaja diterima dan baki dia akan bagi dalam franc. Ada kedai souvenir , boleh beli swiss army dan souvenir lain. Tapi mesin pengering tak bagus, baju akan still lembab. So sini basuh baju sidai2 kat tangga jelah. Ada paip air mata air, boleh amik untuk minum or kami panggil Natural Evian.lol

1st day kami buat Nature Walk dan melawat air terjum 10 tingkat ( 10 euro)  KC belikan tiket so dpt byr euro. 
walaupun summer jungfrau joch tak cair.
Nature walk
air terjun 10 tingkat tp sebab gelap gmbr kat dalam tu tak jadik sgt

lembu pakai loceng ala filem Dilwale Dil Jayange         



Lepas nature walk- free and easy nak pergi pekan Lauterbrunnen or Interlaken pun boleh. Ke interlaken boleh naik keretapi dari pekan Lauterbrunnen. Sempatla meninjau ninjau. Ada kooperasi ala mart, boleh beli coklat, ada pejabat pos yang boleh tukar duit euro ke franc dan ada bank. So selamat kuarkan dari Atm 30 franc sebab nak beli Swiss Army. Caj  withdraw luar negara rm10 asalkan ada kad atm /debit card. Yg penting atm tu ada logo mastercard/meps. Tapi ok gak rate dia- kuar 30 franc = rm120 . Cimb siap bg sms lagi confirmkan jumlah transaksi dalam RM.  Tapi tak tau kenapa kad kawan yang pakai Bank Islam tak direcognize.


Nak pegi ke tak Jungfrau?

kalau ada bajet pegilah -satu hari akan berada di sana. Kat situ ada juga jual coklat Lindt dan ada juga pejabat pos. Aku tak pergi sebab takde bajet RM600, lagipun i jenis tak tahan sejuk takut tak berbaloi je...yelah kalau turun awal tak ke haru...walaupun bawak Winter Jacket hahha tak jadik pi. Tambah lagi glove semua tak bawak lol tu yang malas tu kena plak beli glovekan... Anyway sapa yang pergi tu semua kata cantik  dan menarik. Ada gak yang pening2 sebab tempat tu tinggi , kurang oksigen. Kat atas juga kena pakai shades sebab matahari terik so akan silau bila kena salji.

So hari tu aku incharge bawak auntie yang tak pegi Jungfrau ke Pekan Lauterbrunennen lagi sekali ...dalam 7-10 minit jalan kaki dari campsite.Boleh juga naik bas 3franc...but no no no- jimatkan. Sebab ada org mintak tukarkan duit Pound ke franc so kena singgah bank jugak , dan pegi ke Pejabat pos untuk pos poskad ke Malaysia *saja suka2 even dah balik  , seminggu lepas tu baru poskad tu sampai Malaysia... beli poskad better kat kedai souvenir sebab murah sikit dari Pejabat Pos. Setem boleh beli di kaunter.

Tips : Kalau nak tukar pound ke Franc, pegi ke Bank Eki kerana caj comision ialah 3SF sahaja berbanding bank lagi satu *sebelah pejabat pos (tak ingat nama) 4SF.  Make sure pegi bukan waktu break..


make sure kalau keluar pagi before 11:30
Kami jugak lepak dekat Cafe Airtime yang menawarkan free wifi sebab nak tunggu pejabat pos bukak balik kui 2pm. Coin euro juga diterima 1:1 nisbah pada franc. Sebab nak pakai duit beli setem tu takut tak cukup beli air. nasib baikla barista kata ok boleh je bayar euro.Tolong orderkan untuk auntie2 siap duit lebih tu dorang suruh order gak air sendiri.Mekasih.


Saya minum kopi , auntie2 saya rekemen Alpine tea -dorang kata sedap...


Souvenir
Magnet sini  harganya 4 SF.
Swiss Army dalam RM 70 (basic) boleh beli di pekan or kedai souvenir di campsite. Yang penting boleh engrave  nama free. Tapi yang corak2 payah sikitla takut tak nampak nama...yang plain sure ok. Tapi memang rambang mata sebab cantik-cantik belaka.

Air evian kat sini murah tapi takdela beli dah ada natural evian.

Nak beli Toblerone pun boleh tp bila convert mcm lebih kurang je harga.
Anyway Switzerland memang tenang dan indah permai. Sungai pun clear. Hijau....fuh patutla menjadi kesukaan Jun. k 2pm  lol.





 naxt the journey going to end---> Paris

6 comments:

  1. nak tanye, swiss army tu agak2 brape in swiss franc?

    ReplyDelete
  2. slm...awk...sy nk mtk bantuan atau personal guide sdikit sbelum ke swiss bln 5 ni. blh wassap sy tk dgn no ni 0189180633(husna)

    ReplyDelete
  3. Bole tanya sini je kut...takpe nanti saya wasap

    ReplyDelete
  4. salam..saya akan join trip conquest KC bulan 8 ni..klu x keberatan nak tanya agak2 berapa franc nk bawak utk kt swiss ni..bajet utk makan n souvenir..n klu nak ke Jungfrau tu bayar gune euro atau franc ye..TQ

    ReplyDelete