Follow by Email

Monday, 14 December 2015

Bandung Jakarta 4 hari 3 malam dan KLM

Trip kali ni bersama paket travel POTO. Dapat kenal ramai akak2 yang sporting dan kaki shopping
First time naik KLM (asal dr Holland) , penerbangan ni cuma transit sebentar dari Amsterdam di Kuala Lumpur dan destinasi terakhir ialah di Jakarta. Announcement dalam bahasa Inggeris dan Belanda serta Indonesia.
Penerbangan  pukui 5 dia bagi snack sahaja

ada entertainment untuk ekonomi tp earphone dia spesel letak kat cuping /takde usb untuk caj

halal jangan risau tu epal jus
Bagasi untuk ekonomi KLM - 1 bag sahaja dengan berat 23kg
Kami sampai di Jakarta jam 6 (flight 1 jam 40 min) . beza waktu di Jakarta,  1 jam . Kalau Malaysia 12 noon, Jakarta 11 am.

Sampai di bandara ( airport ) kami terus bergerak ke Bandung ( 3 jam perjalanan dalam bas) 1st makan malam ialah makan padang di r n r, yeay sambal hijau my favorite. Kami stay di hotel Suka Jadi, Bandung,
Breakfast terbaik bandung - tempe dan mee ( ala maggi ) lol
Kami bergerak ke Tangkuban Perahu ( gunung berapi yang masih aktif)  walau gunung berapi tapi suhu drop so sejukla sikit, makanya adalah yang jual biah strawberi , rasberi dan blueberri. Memang akan sentiasa di hunt oleh pembeli2 magnet, beg telekung dan buah2buahan.
bau sulfur





100000 rupiah dia jual mula2,,,pastu saja counter 50000, dia cakap tak bolehla kak ,60000 so okla dlm rm18 untuk 3 jenis
i bawak sejuta je konon bajet kan, senang je kalau nak benchmark
1 000 000 ( 1juta ) = rm300  ( tambah tolak lah, haritu tukar 319 untuk sejuta rupiah)
100,000                 = rm30
10,000                   = rm3
1000                      = 0.30 sen

lepas tu kami bergerak ke rumah mode, kedai ala factory outlet yang jual pakaian jenama calvin klein etc.sini cantik gak bergambar ada kolam ikan koi dan org utan haha,


Lepas tu kami ke donatello, lupa plak nak tangkap gambar kasut...harga dalam rm50 - rm60 mmg boleh tergugat iman. rasa nak terbeli je....tp setbek dapat menahan tp kalau ada bajet lebih mmg akan beli sebab cantik2 ( kedai ni ala vincci)

Oh terbeli gak beg kain sembahyang tu coz harga dia start 150,000 pastu tanya 100,000 kengkonon mcm taknak bagi , pastu dia cakap okla...ada 10 beg pelbagai corak...so mcm eh untungla 1 beg rm3 je (lol padahal tak perlukan) tp nak bagi souvenir bolehje.. Tips : harga dlm bas mungkin lebih murah or dpt lebih akak sorg ni dpt 12 beg untuk 100,000 (rm30) . maksudnye kena pretend tak nak beli sampai bas nak gerak haha ( dorg akan naik bas)


beg yg tetiba terbeli


Shopping lagi di pasar baru, bolehla beli kain cotton, lace , telekung , tudung. Sampai sini belilah gak telekung cotton 100,000 (rm30) rupiah 2 dan baju batik 45,000 ( rm14). Lepas tu kami ke pusat jeans toko tiga.
Esoknya check out,awal pagi sebelum Kartika sari bukak kami dah sampai.Sini femes brwonie, boleh gak beli pisang salai etc..confuse takde price tag, price kena tanya staff je (fishy kan lol) tp still affordable...eg brownie 42,500 cake sale keju 50,000 ( rm15). keropok2 pun dijual di sini



 terus ke Jakarta. macet.....kami pergi ke Taman Mini Indonesia untuk bergambar di rumah minang dan Bali



bali
next shopping lagi kat Itc cempaka mas, bole beli kain lagi

Dinner dan check in di gren alia, Jakarta.


Sebelah hotel ni 7e, bolehla kalau takat nak beli mee sedap ke teh botol

teh botol perisa teh hijau
Esoknye lepas  check out, kami pergi ke menara Monas tp sekejap sahaja kerana polis tak bagi bas kami park di situ katanya bakal ada demo aman

Menara monas dr kejauhan
Last shopping ialah di Tanah Abang, pelbagai kain dan telekung lagi dan lagi,

Lepas makan kami terus bertolak ke airport sebab takut macet. Di airport Soekarno Hatta kena xray bag dulu baru check in. Sebelum tu kami pack2 barang dulu , lepas xray ada servis wrap, disebabkan KLM punya polisi 1 bag ..mana beg yg beranak tu kami wrapkan jadi 1, boleh lepas, tp kena sign ayat cakap kalau beg ni hilang ( sebab 2 begkan) KLM takkan bertanggungjawab..huu takpe asal tak bayar lebih lol..InsyaAllah selamat sampai

sempat tgk oppa jap kat sini lol

Ingatkan nak jamak taqdim maghrib Isyak (magrib pukui 6pm) , tp suraunye kecil sahaja dan masuk waktu semua staff / penumpang pelbagai destinasi  pegi Surau..Alhamdulillah. Oh tapi kat Indonesia kebanyakkan musolla nyer share tempat wuduk...tapi kat epot ni dah asing, ramaila plak..terusla jadi jamak taakhir kat Klia sahaja,untuk elak terlambat di gate (akan  xray lg sekali dan sekuriti)

Flight kami 7:30 malam, flight asal Jakarta - Amsterdam tp akan singgah stop di Kuala Lumpur. Kami pun dpt la menu makan malam sekali...sedap juga nasik goreng KLM.

Terpikir gak kalau aku tak keluar bolehla pegi Amsterdam lol niat...tapi mmg dia akan suruh semua org keluar dan masuk balik dan org yg original flight ke Amsterdam akan masih duduk seat yang sama lepas singgah sekejap di Klia. Orang di KL pulak yang akan fill in seat kami yang pulang ke KL ni untuk ke Amsterdam.
Menarik gak cara marketing dan logistic mereka.

Jakarta mmg sesuai untuk kaki shopping :)

No comments:

Post a Comment