Follow by Email

Tuesday, 8 December 2015

Busan tak Bosan - 3 hari bajet travel dengan Big Points


Yeah akhirnya pergi ke Busan untuk kali ke 2 selepas redeem Big Points. Ramai yang selalu tak amik peduli untuk register Big Points, tapi memang untung kalau ada. Sebelum ni  aku dah redeem untuk Seoul RM300 pergi balik dan Nagoya RM150 untuk pergi sahaja dengan Big Points.

Nah ni screencap kalau tak percaya : Kalau ada 20000 points bayar rm117 je untuk tiket pergi balik , tapi kalau tak cukup points takpe , redeem je apa yang ada dan tambah bayaran. Maka dalam kes ini , i tebus semua dan bayar Rm303.94


Mana nak dapat points banyak2 ni tak selalu fly pun ?
Boleh convert dari points yg sedia ada  eg Maybank treats dan Citibank Air Asia Points. Tiap kali barang grocery tu pakai je kad dulu , barulah dpt points. Harga asal tiket pergi balik ke Busan tanpa point = RM1011.08...banyak boleh jimat kan

 Ok tiket dah beli,  Busan 3 hari ni dah cukup dah..Flight Isnin akan sampai pagi Isnin dah untung 1 hari di situ. Untuk hari rabu , flight ke Kuala Lumpur adalah waktu petang itu pun kira untung pagi2 boleh jalan lagi. Sebab 3 hari je, tak amik pun bagasi Air Asia cukup je baju masuk dalam backpack...backpackers style

Tempat tido- popcorn Hostel Nampo
Nama pun bajet, tido hostel jelah. Setelah jenuh menggoogle untuk tempahan yang kurang dari sebulan , i amikla Popcorn Hostel Nampo. Total 2 malam : RM138.24 untuk bilik perempuan kongsi 6 org. Tapi sampai je untung travel weekday ni ( bukan peak ) takde orang, dia bagi bilik ber4...aku sorang je conquer bilik tu.

Best pasal hostel ni : Dia ada kucing nama Mango, huhu comei. Bilik ada lantai heater (sistem ondol). November suhu around 8-14'c . Letak beg kat lantai dengan kamera,,,dengan kamera2 panas lol tapi nasib still boleh function. Lokasi strategik dekat dengan stesen Jagalchi dan stesen Nampo(ala myeondong), juga dekat dgn Pasar ikan Jagalchi. Breakfast roti + jem dan telur disediakan .Bakar roti dan gorg telur sendiri.

Tak best sgt : untuk yang bawak beg berat kurang sesuai , coz hostel ni tingkat 3 takde lif. Lepas tu shower 2 je , toilet 1 untuk perempuan...katakanlah kalau jalan ngan kawan2 ber3,lepas tu semua org salah makan,sebab mkn benda sama,,haa jenuhla nak tunggu turn toilet haha.

ada langsir untuk privasi *

Tour
Download apps untuk subway Busan dan compare Busan single ticket dan Busan daily pass berharga 4500 won = rm17. 
Pergi mana2 pun dari hujung sana ke hujung sini pun boleh dengan daily pass tu tp valid dengan subway sahaja. Airport link tak boleh pakai. Airport link boleh pakai Tmoney (kad ala touch and go) atau beli single ticket ,cuma dengan tmoney jimat 100 won

1st day - sampai dalam pukui 9am. Beli banana uyu dulu 1300 won. 
Dari  airport transfer ke Stesen Sasang dan beli daily pass di Sasang. Terus ke Haundae , letak beg di locker stesen Haundae coz lenguh plak bawak backpackni lol. Locker ada instruction dalam English.
Haundae exit 5..jalan sampai nampak laut


banyak sangat seagull dia
Ada hard rock cafe baru bukak Oktober lepas...(bedekatan paradise hotel)
Sapa yang collect item HRC bolehla singgah HRC Busan


Next :  Jalan kaki ke Dalmaji Road ( paling cantik waktu Spring sebab cherry blossom)

Tapi ni sebab dah hujung autumn nak masuk winter -daun2 kuning dah kurang kat dalmaji ni.

Next stop ke Centum City, ada 2 ,Lotte dan shinsage ( Mall paling besar di Asia)
Lunch Lotteria ( Burger udang dan  Lotteria pakai minyak sayuran)

Nak pergi ke Stesen Gwangan pun boleh untuk view Jambatan Gwanggali. cantik waktu siang dan malam dengan lampu2 bertukar warna, Sebab dah pergi last time, kali ni i skip

Kembali ke Haundae untuk amik bag ( daily passkan)  dan check in popcorn. Lepas mandi jalan-jalan sekitar Nampo dan Jalgachi + BIFF. Dinner: makan Kalgasu ( wheat noodle with anchovy broth) 3500 won
 Yang tak best jalan sorg, tak dpt share makan , makanan laut sgt haha sebab ikan bakar pun harga 20000won...takpelah makan kalgasu je.Dekat 7e boleh juga beli seafood kimbap tiga segi dalam 1000 won sahaja











Tapak tapak tangan pelakon dan pengarah di square Busan International Film Festival.





















Day2

Pagi ke Oryukdo Skywalk dan SangSangGil  waktu tghhari (akan tulis special post untuk dua -dua ni)

Sebenarnya mmg tujual asal nak ke SangSangGil kerana event Korea Tourism yang dinamakan "Write your name in Korea" makanya nama saya dah terpahat di Daerah Changwon. Dari busan nak ke changwon ni sejam sahaja berbanding Seoul (dalam 3 jam). Art village dia pun menarik


oryukdo skywalk, gayat tak dapekla

Laut oryukdo ,Naik bas no,27 di exit 10 busan station (ada 2 bas stop) bas stop paling hujung , berhenti di last stop SK Humun



Malam- Kembali ke Centum City Busan Cinema Center
Niat nak view Gwanggali lagi tapi sebab hujan  walau bawak payung tp  sejuk cancel lagipun dah pergi masa previous trip Busan - Seoul tahun lepas
Malam2 siling akan tunjuk led yang menarik di Busan Cinema



Day3
pagi2 boleh ke Gamcheon Cukture Village yang berwarna warni.Tapi dah pernah pegi i skip sahaja http://goodgirlgotravel.blogspot.my/2014/10/busan-in-one-day-part-2-gamcheon.htm ,
So habiskan waktu di Lotte Mall , Busan Tower dan Yongdusan Park, Pasar Gukje ,Bupyeong di area Nampo . sebab mmg dekat hostel jalan kakijelah....




boleh view Gamcheon dari Busan Tower
Tips dari staff Popcorn, pegi lotte Mall Gwangbok free je tak kena charge  tak perlu naik Busan Tower ...lol boleh jalan kaki je dari Busan tower tu ke Lotte



otw nampak pokok hijau merah ni


sayuran jadi hiasan




rooftop Lotte Mall


nampak balik Busan Tower

view from Lotte Rooftop


hari ni tak beli daily pass semua jalan kaki nak ke airport pakai tmoney sahaja.

Sempat singgah Line Cafe  dan try Line Macarron dalam Lotte Mall. Juga terdapat dancing fountain di central foyer Lotte Mall ni. dancing fountain




Di Gimhae,

Jangan lepas peluang try ice shave yang famous di Seoul. berasal dari Busan- Sulbing. Cheese dia tu tak boleh tahan...kongsi 2,3 org pun boleh untuk 1 serve,,,tp alang2 dah balik ni dengan ada baki Won- aku pun datang gila terus order,,,,haha tak abis makan 9000w...OTL tp semua cube cheese settle

Dah checkin saja cuba nasib sebab ada kad kredit AirAsia citibank , jika ada kekosongan boleh upgrade ke Flatbed premium seat. Alhamdulillah ada kosong, wee 1st time sejak pakai kad ni dpt upgrade. Sebab flight kui 5pm takde org nak beli seat ni kut... Pernah tanya waktu pergi flight 1am , mmg full.

Best gila, dapat luruskan kaki dan tido sepanjang flight lepas makan dinner prebook * Vegetable briyani*Rm15

Alkisahnya i bukan vegan  tp suka je nak try menu AA ni..yg mcam ayam tu tauhu..tp sedap
Ok Busan trip tamat - tp ada 1 je missing tak cukup masa nak pegi Busan Mosque. takpe maybe next time.
Total expenses: Rm670 (ticket flight+ hostel + subway pass +mkn ) utk 3 hari 2 mlm,. err mmg tak beli souvenir langung haha.Mmg not ideal for 1st time datang ke Korea, yang tu kena combine ngan Seoul...yang dah pegi Seoul dan just nak lawat Busan bole je dalam range ni.Bole kurang lagi kalau tak makan sulbing dan line cafe haha macaroon tu 3500 won satu.

10 comments:

  1. By the way tertinggal fakta pasan busan.Lelaki femes dari busan ialah Jang Wooyoung *2pm, Yonghwa dan Jonghyun *Cnblue.Yang perempuan yang palinh cantik Choi Ji woo dan idol tau Eunji *apink ...Busan juga terkenal dengan penggunaan dialect Satoori..kalau kat msia ni mcm org kelate dan ganu lah lebih kurg.ada loghat dia

    ReplyDelete
  2. saya baru ada 5000 points kalu x silap..huhu... x pernah guna dan trip yg dulu2 semua burn gitu aje.. baru2 ni aja ada register. tp mcm mana nak byr guna points ya..? masa nk byr tu ke kita fill in ke mcm mana..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak redeem kena ke website redemption http://www.airasiabig.com/my/bm/ lepas pilih flight,page payment tu akan kira kalau point tak cukup dia akan bgtau berapa cash yg kena bayar.lepas tu proceed payment mcm biasa. Yg untung bila flight tu semua range dlm 10000points, u ada 5000 tu kira banyak dah tu sikit je kena topup cash.skang pun ada promo busan 10000 point sahaja...silalah cuba

      Delete
  3. cik zaleha, nama saya fizi. sy first time nak travel dgn air asia go ke seoul..risau jugak sbb baca byk org kena tipu dgn air asia go..bole sy tau x apa next step lepas dpt itenary dari air asia..sy risau sbb sy book skali dgn guesthouse..x tawu nt da smpai korea nk bt cmne..

    1. print itenary
    2. web check in.
    3. next apa sy kena buat..
    4...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Fizi,saya pun pernah book dengan airasiago pegi seoul rm700 sekali ngan flight+ guesthouse...yg flight selalu takde apa2..coz boleh je check kat website..yang guesthouse kena simpan copy yang ada booking number..dah sampai guesthouse tunjukje booking tu.insyaAllah takde apa2.

      Delete
    2. oo..so nanti sy sampai kat sana sy just tunjuk guest house book no then blh trus check in la ey?..tq byk2, awk punya post sgt mmbantu..hehe

      Delete
    3. Aah betui tu....sama2 selamat bercuti

      Delete
  4. Nak tanya,yang Citibank AA upgrade ke flatbed, macam mana charge dia.free ke macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Free of charge utk citibank aa plat holder , one way sahaja dan hanya bila ada kekosongan

      Delete
  5. update : no more free upgrade to flatbed for citibank Aa holder. Only rm200 off.

    ReplyDelete