Sunday 20 December 2015

Kad Kredit yang sesuai untuk kaki travel dengan AirAsia

Hari tu ada orang yang tanya pasal upgrade seat ke flat bed..tu salah satu benefit untuk Air Asia Citibank Platinum. Banyak orang ingat platinum tu kena gaji tahunan banyak ni RM xx xxx tapi jujurnya saya tak sampai pun yang tu haha ....
Btw post in adalah percuma tidak dibayar oleh bank cuma berkongsi pendapat dan pengalaman sahaja.
Pendapat saya kalau umur dah 21 tahun  dan  gaji min 2k /sebulan  bolehla apply kad kredit untuk faedah percutian sesuai untuk kaki2 travel.  Tambah lagi bila nak beli tiket, swipe dulule yang tak best kena bayar processing feejelah bila book.

Ok balik pada gaji tu saya pun bermula dari Gold tapi bank terutama Citibank kebiasaannya akan menawarkan pilihan untuk upgrade.Oleh sebab itu walau syarat awal gaji tak meet masih layak juga untuk pakai kad platinum...ofcourse bank akan offer bila tgk kita selalu pakai kad setiap bulan ..ala pakai untuk minyak , beli grocery pun dah cukup...dahulu bank offer saya ke platinum dan kemudian upgrade ke Premier Miles Visa


 1) Premier Miles Visa

Belanja rm3 = 1 premier miles
Faedah :
1. Redeem premier miles untuk tukar ke tiket kapal terbang dari pelbagai airlines membership  termasukla baucer Air Asia.
2. Free access ke Plaza Premium  Lounge di airport Senai ,   Kuching , Klia, Changi dan Hong Kong . Ha yang ni aku suka dapatla makan free rehat2  kat sofa surf wifi sementara tunggu boarding. Dulu2 kad platinum biasa pun dpt access kat Lcct tapi skang KLIA 2 pun takde dah cuma KLIA sahaja. Pernah naik flight AA dari JB teringat ada kad ni dapatla gak isi perut lapar. Yang aku miss out kat Hong Kong dahla AA flight delay tapi masa tu tak teringat langsung airport HK ada dalam list. Urm Hong Kong tah makanan halal idak tak taula haha tp atlleast kalau teringat masa tu  boleh jugak minum air dan rehat.

Yang best pasal kad ni :  Isi minyak kereta pun akan akan dpt point premier miles. Tiap bulan dah confirm sekurang2nya Rm 200 belanja minyak kereta .

Yang tak best : ada yuran tahunan tetapi Tips : selagi kita pakai kad ni tetiap bulan boleh je call customer service mintak waive. Kalau dia tak nak bagi kita cuba hard skill haha "kalau tak waive saya nak cancel card ni"hahaha selalunya company sedaya upaya akan jaga pelanggan dia supaya tak lari. Takat ni mmg aku tak pernahla bayar yuran tahunan.

Disebabkan aku ni  mmg asek target sale Air Asia je dan air asia big points untuk beli tiket semurah boleh , aku pun write in ke bank untuk convert Premier Miles ke kad  AirAsia citibank. Target aku Big Points je. Bank pun approve aku punya permintaan.


Faedah :  Belanja RM1  untuk 1 AirAsia points ,dapat booking sehari awal untuk AirAsia sale
               1500 AirAsia points = 500 big points
               500 big points ni kalau ada dah boleh redeem tiket KUL- Jakarta return rm 90 je untuk 500 BP
Faedah platinum :  Complimentary upgrade ke Flatbed Premium seat untuk 1 hala sahaja dan jika ada kekosongan. Merujuk kepada post sebelum ni yang aku dpt masa balik dari Busan.
Yang tak best : Takde points untuk minyak kereta makanya pakailah untuk grocery, servis kereta etc

***Update April 2016 : Takde dah percuma upgrade ke Flatbed Premium bermula 15 Mac 2016. Cuma diskaun rm200 apabila upgrade ke Flatbed Premium.

*cara lain upgrade Flatbed premium seat dengan harga minima
Tiap kali korg beli tiket AAX mesti dapat lagi satu emel dari  Option town , dengan top up serendah RM150 boleh upgrade ke Flatbed

Yang best pasal optiontown : Flat bed + boleh dpt 20kg bagasi + inflight meal jika ada kekosongan . yang ni aku dpt masa pegi Seoul. yang best tu staff AA tu pun muka terkejut bila check "yela dapat upgrade lol"...elok pulak flght 1am ..best tido pakai selimut tebal.

Yang tak best :  hari departure baru ko tau ko dapat upgrade atau tidak , so kalau tak dapat jenuhla last2 minit nak kena beli bagasi dan makanan.

Anyway jika tak dpat upgrade bayaran akan dipulangkan kecuali processing fee kalau tak salah  kurang dari rm15.
Selain dari tu optiontown juga ada pilihan  untuk beli seat kosong , satu row tu ko yang punya bolehla baring jugak. Kebiasaannya kalau flight tak full boleh dapat. tapi kadang2 kalau flight takde orang sangat tak yah option town pun dapat gak seat sebelah kosong ha yang tu rare case lah mmg lucky.

Sebenarnya kita pun boleh tahu , kita boleh dapat ke tak upgrade. Contohnya kalau masa tu mmg cuti tahun baru cina,aidilfitri yang 1 malaysia cuti , cuti sekolah , sah sah ramai orang: chances LOW. Tapi kalau flight tu hari biasa , bukan cuti sekolah dan public holiday , insya Allah ada.  Yang aku dpt free upgrade pakai kad AA tu flightnya pukui 5petang --manada ada org nak beli flatbed haha dibandingkan dengan flight 1 am ...ada 4 org je dalam tu dari 12 flatbed .yang penting akak dpt luruskan kaki ...lega. Compare dengan upgrade optiontown , upgrade free benefit pakai kad dpt seat sahaja , tiada makanan dan bagasi.

Ok kembali kepada penggunaan kad , haritu pergi ke Busan pun redeem bigpoints sebabnya 2bulan sebelum tu keta aku rosak , kena ganti barang dekat rm700 kena...tapi bayar pakai kad AA dapatla juga sambil2 tu kumpul points walau nak nangis masa nak swipe haha. dah tensen2 tu kita gunakan points tu untuk pergi bercuti.

Untuk maklumat lanjut kad kad di atas boleh google pada website bank yang official. Yang paling utama dah ada kad tu jangan swipe sesuka hati, belanja ikut keupayaan diri . Pakai hanya untuk dapat benefit di atas sahaja...serius wey ramai je org bawah umur 30 tahun bankrap sebab kad kredit yang terlebih belanja kat Malaysia ni.

Kad kad lain yang mungkin boleh diconsider untuk faedah percutian( tapi aku takdela) cukupla 1 kad ni haa..

1) Standard Chartered Worldmiles Mastercard (partner dengan AirAsia Big)

Ok itu je yang penting swipe smart :)

PROMOTION CITIBANK:

 Free 20" Condotti trolley bag or multipurpose sport digital camera with this referral code. Click link:

https://www.citibank.com.my


Terms and condition:
1) Spend rm1500 within 60 days upon card activation

Kalau dalam hati cakap macam ni "Haish aku mana belanja sampai rm1500 ?" ( rm750 dalam sebulan ..sila apply kalau mmg belanja bulanan mmg akan capai amoun Rm1500 dalam 60 hari / 2bulan  contohnya :
1. Swipe untuk minyak kereta dalam 60 hari tu
2. Swipe untuk grocery dalam 60 hari
3. Swipe untuk bill telefon / makan kat restaurant ( paparich rm20 pun bole swipe)
4. swipe untuk insurans kereta /service  kereta within 60 hari pakai kad ( ni dah kautim cukup kut)

Sambil2 swipe, dapat free gift pastu  dapat kumpul point sekali.( kalau kad kredit Air Asia bole kumpul point convert ke Big points plak dan redeem tiket Air Asia) begitula alkisahnya tp make sure pakai link kat atas untuk apply sebab ada referral code. Sekian terima kasih kawan2



1 comment: