Wednesday, 27 July 2016

Hokkaido July 2016 Hokkaido Rail Pass


7days Sapporo - Hakodate - lake Toya- Furano- Asahikawa- Wakkanai - Otaru

Travel bucketlist mmg nak ke Hokkaido , dulu2 jalan2 matta fair nampak brochure ladang Lavender  tgk rega pakej ada yang RM5000-6000 fuhh tu yang simpan dalam hati je dulu. Masa AirAsia launch pun dah seronok dah nak pegi. Elok pula haritu ada sale Air Asia dpt la grab tiket return rm800 untuk seminggu.

Dah semingu takkan  nak duduk Sapporo jekan terusla baca2 tgk itinerari adik yg dah sampai dulu waktu winter. Hari2 salji di sana.  Takpe kita jalan waktu summer khas untuk Lavender. Better beli Hokkaido Rail Pass kalau nak travel ke daerah daerah lain di Hokkaido.


Hokkaido Rail Pass ( yay or nay ?) Perlu ke tak
Yes for /  Perlu:
  •  Kalau kita travel lebih dari 1 daerah , tak perlu kalau setakat nak duduk sapporo sahaja / u will save more if you travel more than 1 city , no use it if you just stay at sapporo. Use hyperdia.com to compare the cost  of purchasing single journey ticket and Hokkaido Rail Pass
Harga Hokkaido Rail Pass / Price for Hokkaido Rail Pass:

  • 3 days  - 16,500 yen
  • 5 days  - 22 ,000 yen
  • 7 days  - 24,000 yen
  •  4 days flexi  - 22,000 yen * non consecutive valid for 10days
  • Hokkaido have limited  express train and coach is divided into non reserve (free seating) . reserve and green car (vip).
Setelah timbang tira kami pun beli 4 days flexi sebab bukan hari2 nak travel naik train.

Wakkanai
Jumlah harga tiket tanpa pass dari Sapporo ke Hakodate ke Asahikawa dan Wakkanai : 43,270 yen . kalau  ambil pass Hokkaido harga pass 24,000 yen sahaja (termasuk upgrade reserved seat). Untuk Sapporo ke Wakkanai sahaja harga tiket one way 10,000 yen so mmg berbaloila kami ambil pass ni.
 
Hokkaido ni punyala besar , dalam Hokkaido ni pun ada airport di Wakkanai, Asahikawa dan Hakodate. So kalau rajin dan plan awal mungkin juga boleh dpt tiket kapal terbang yang murah. Tapi kelebihan naik train - dapat tgk view ,  tak perlu 2 jam tunggu untuk departure, asalkan naik 5 minit sebelum pun takpe dan disebabkan pakai pass, kalau terlepas pun boleh naik tren seterusnya. ( kalau kapal terbang dah burn dah tiket)






Tips untuk pengguna pass keretapi / Tips for train 's pass user:

  •  Pakaila beg kecik atau backpack sahaja sebab kalau besar sangat tiada tempat untuk letak beg. ( tempat letak beg besar kebiassannya di depan atau belakang koc) selain dari tu boleh letak di rak di atas kepala.  / Please avoid large cabin bag and use small bag as the only space will be the overhead rack and the front + back of the train's coach.
  • Saiz bag juga menentukan saiz locker yang bermula dari 300yen -700 yen. / Your bag size will also determine the locker size. The price range start from 300yen(smallest) -700yen(largest)
  • Guna Hyperdia  untuk plan masa, tarikh perjalanan dan nama train dalam satu kertas. Bila dah sampai Hokkaido senang tunjuk je kat staff so dia boleh bookkan "reserve seat" Kalau lambat reserve mungkin seat penuh dan nanti mungkin tak dapat seat kalau ramai org/ Use hyperdia to plan the itinerary. In order to reserve the seat , better if u list all the train name. date and time on 1 piece of paper  Once u at JR station u will get  all the reserve seat ticket for the whole 1 week.



Kelebihan Hokkaido Rail Pass / Hokkaido Rail pass benefit
  • "Reserve seat " percuma / Free reserve seat upgrade
  • Diskaun di Bic Camera Sapporo / Bic Camera Sapporo Discount
  • Diskaun sewa kereta JR / Discount for JR Rent a car
masalahnya dorg tak mention discount ni dekat pass tu so kalau tak baca website mmg tak perasan. Yg bic camera ni pun perasan bila dah pergi Bic camera tak dapatle extra diskaun selain dari tax free.

 Disebabkan ada diskaun kami pun sewa kereta satu hari di JR Asahikawa , company ni bawah JR so tempat kereta ni dalam stesen JR juga . Ini khas dengan tujuan pergi ke Furano dan Biei.




Lavender di Furano

Lake Toya
Ticket holder  for reserve seat

Mengikut observation ,train limited express ni tiada wifi. Hanya train sapporo ke asahikawa sahaja yang ada plug point. Tandas tiada bidet. Makanan atau air ada dijual.Staff JR akan bawa troli/ bakul  ala jualan air asia .Kalau tiada jualan makanan mereka akan announce dari awal sebelum bertolak. Shinkasen dari Tokyo pun dah beroperasi tp ianya cuma di Hakodate. Dari Hakodate masih lagi kena naik tren biasa.

Untuk persedian :
Pocket wifi kami sewa share harga promosi rm13/day dari Travel Reccomends.  http://www.travelrecommends.com
Kami pakai untuk google map , google translate dan social media.








View from the train feat Pikachu ( dah kat jepun kan)

look down for  unique manhole cover


Accomodation :
Kami pergi waktu peak, harga hotel memang naik , tak dpt lah nak merasa tidor di JR INN yang sebelah je dengan stesen keretapi.  Alternatif paling murah  ialah Airbnb di Asahikawa dan Sapporo
Discount airbnb RM65 / $30 off untuk first timer :
www.airbnb.com

Money changer dan Atm
Memang tak nampak money changer, nak tukar duit dekat Bank..
Kalau nak senang , yang penting activate kad atm untuk pengeluaran duit luar negara.
Asalkan kad atm tu ada function debit card dengan logo mastercard dan visa dah boleh withdraw dah.
Caj : RM10 per transaksi
Atm Aeon di Aeon Mall Asahikawa


Makanan :
Makan 3x je makanan jepun sepanjang seminggu tu. . Kami bawa makanan express dan beli nasi express / onigiri. Jimat dan senang tak payah fikir halal ke tak .Onigiri still kena pakai google translatelah tanya staff sebab intinya.

Walaupun ramalan cuaca  predic hujan dan mendung. tapi Alhamdullillah takde pun keluar payung sepanjang kami berada di Hokkaido. Highlight memang area Biei dan Furano cantik sgt. Sebab pergi musim raya mmg plan nak bergambar dengan baju raya di Biei dan Furano.

Highlight Biei dan Furano : biei-furano

Terima Kasih Hokkaido



7 comments:

  1. cantiknyaaa bunga.. bookmark ni. kalo nak pegi Jepun kena study betoi2.. macam2 pass ada hehe pening..

    ReplyDelete
  2. nak pi Sapporo.. nak golek2 kat snow.. nak senoooooooow huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tulah yang best winter kat Sapporo salji tiap2 hari confirm.Kalau ada rezki nak juga pergi waktu winter.

      Delete
  3. brape harga sewa kereta lepas dpt discount tu ye?

    ReplyDelete
  4. Berapa jauh drive dari asahikawa ke furano?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejam gak tp dari asahikawa tu lalu Biei sebelum Furano so mmg cantik gila pemandangan

      Delete