Follow by Email

Wednesday, 27 July 2016

Toya - Asahikawa



Dari Hakodate kami ke Stesen  Toya.
Di Toya paling popular adalah tasik Toya ( yang kedua besar di Hokkaido) juga salah satu tasik yang takkan beku bila waktu winter dek terlampau dalam. Kami letak beg di dalam locker yang paling besar (700 yen) . Kami beli tiket bas return di kaunter JR ( 600yen) . Nama perhentian bas ke Lake Toya ialah Toyako Onsen. Bus stop berada di luar Stesen JR. 
Sekali Toyako Onsen  locker dekat Kaunter tourist Toyako Onsen ni 300 yen  je cehh  boleh jimat di situ. Dekat Toyako Onsen ni ada toilet bidet. Stesen JR biasanya takde bidet.

Kami spare  2 jam kat situ dan naik cruise pusing lake toya (50 minit) .




Boleh bagi burung camar /seagull makan chips. Bukan main menggila lagi burung2 ni bila tourist Korea baling chips.








dari stesen Toya kami ke Asahikawa ( tukar tren di Sapporo )
Stesen Asahikawa bersebelahan dengan Aeon sempatla kami bershopping groceries di situ. Aku gunakan pamphlet 5% diskaun yang dapat masa Matta Fair di Booth JTB - Aeon.


salad ,pisang dan air

Tips : cheaper locker at Toyako Onsen (300 yen) in comparison to 700 yen at JR Toya station.
In hyperdia choose Toya JR Muroran for lake Toya.



2 comments: