Tuesday 25 October 2016

Hachiko Reunion , Akihabara , Roppongi Hills , Godzilla Hotel & Haneda

Haneda Terminal 2

Tidor di aiport-
Sampai Haneda dah pukul 11pm , terus cari tempat port tidur...kalau ada bajet lebih boleh pergi Terminal 1 ada Haneda Cabin.
Terminal 2 sahaja yang  buka 24 jam so boleh overnight sini. ( Kalau Hokkaido / chitose hari tu dah mmg terang2 kat wensite dorg tutup sampai 11 malam so tak boleh overnight sana)

ni kerusi keras takdela nak tido sini unless kalau mmg takde tmpt sgt













depan hello kitty ada kerusi yg empuk bolelah tido
Observation deck pun bukak / seriuslah panas malam pun tak rasa sejuk takde angin.

dah tak boleh tido jalan2 dlm ni sahaja

Esoknya pergi Terminal 1 (domestik) naik bas free untuk amik simcard (CD Japan)  dekat pejabat pos.

sini pun ada observation deck juga

minum dulu dekat starbucks sementara tunggu pejabat pos buka
Tourist mode :Rpppongi Hills

Roppongi Hills ni ala2 Bukit Bintang gak. Yg menarik banyak arca di sini. Termasukla labah2 gergasi ni.





Lepas tu jalan2 pergi Hedgehog cafe : http://www.harinezumi-cafe.com/english
 Dorg ada bukak reservation kat website tp walkin pun boleh juga.
Tajam duri hedgehog ni...tapi sebab dia mcm hamster yg ada duri takdela nak pegang lebih2 sgt lol. Tapi cutelah...


boleh pilih nak hedgehog yg mana


Fee : 1/2  jam free air : 1400 yen

Akihabara :

Niko niko ni...otaku kalau tak pergi mmg bukan Otaku. Sampai je kagumla mmg mcm komik sungguh.
Sebenarnya nak cari Pikachu je sebab "electric town " kan tp takde pun muncul. Balik2 Eevee , pidgey, rattata.

Sapa minat jpop mesti kena group AKB48 ni mmg dekat entrance /exit station  Akihabara je

haritu kebetulan plak ada special mini bus AKB48 sempena album baru dorg
tgk org q n dgr cite kawan2 kata egg tart sini best..terusla q bersama2 lol



Pablo ni bakal buka cawangan pertama kat One Utama , tarikh buka tak tau lagi. Tp mmg sedaplah.


Lovely Hachiko:
Hachiko. Hachiko yang utama ada kat exit Hachiko stesen Shibuya . Tower Records Shibuya pun ada juga replika Hachiko.


Tapi yang terbaru adalah statue Hachiko dengan tuan kesayangannya di Universiti Tokyo. Mmg dekat je dengan subway. Tuan dia  Dr. Euno ialah lecturer di Universiti Tokyo.


Baca ni pun dah nak keluar air mata.....

Stesen terdekat : Todaimae Station ( cari exit ke Universiti Tokyo)
Jalan terus nampak je gate yang pertama  terus masuk...tak perlu access kad sebab statue ni kawasan kampus (Agriculture Faculty) yg semua org boleh masuk sebelah tempat guard je.

PokemonGo:

Sentimental sikit sebab Pokemonkan mmg origin di Jepun. Excited gak dpt pokemon2 yang tak jumpa masa kat Malaysia.

Golduck di Roppongi Hills


Scyther di asakusa

wartotle di Yoyogi....so funny this appear while i am q'ing for JYP nation MD
Godzilla Hotel @ Grazery
website :  http://shinjuku.gracery.com/
Dari JR Shinjuku cari East exit, 5 min kami pakai GPS je cari.
Boleh pergi cafe juga...so boleh naik atas tangkap gambar mata dekat lobi hotel. Tapi haritu i tangkap gmbr dari jauh je...sebab masa tu mcm seganla plak kalau pergi cafe tapi tak order apa2 *coz nak jimat. lepas tu baru baca dekat lobi pun boleh je tangkap gmbr hahaha. masa tu dah penat jalan pun lol

Siapa yang true fan mmg kena stay sebab bilik dia pun decoration semua bertemakan Godzilla.
 

 Sekian coretan Tokyo yang overdue.

No comments:

Post a Comment