Tuesday 18 October 2016

Halal food and Prayer Room / Musolla / Surau in Tokyo, Seoul and Bangkok

I am too lazy to make a separate posts lol...

Tokyo :
Bagi saya dibandingkan dengan negara2 bukan Islam yang lain, Jepun adalah yang terbaik dalam meyediakan keperluan Muslim seperti surau dan makanan halal. Kalau tgk halal map merata2 prayer room dekat Tokyo. Kebanyakkan prayer room disediakan di kedai2 tax free seperti Laox ( yang juga menyediakan souvenir halal). Yang penting juga kebanyakkan Toilet di mall jepun  dilengkapi dengan bidet. Tu paling best tu lol...

Masjid utama ialah Masjid Tokyo Camii ( stesen terdekat Yoyogi Uehara ) . Sampai di airport jangan lupa ambil brochur Tokyo Map for Muslim , dekat Osaka dan Sapporo pun ada map ni.
Dekat Haneda ada 2 prayer room level departure ( cumanya takde logo laki perempuan) so confuse yang belah mana sikitla lol. Tempat wudhu disediakan cuma mmg tak bole stay lebih dr 15 min .akan ada officer yang suruh keluar.(dia taknak kita tidur di situ)



Shinjuku:
Shinjuku Laox:

 Wudhu boleh ambil di tandas bersebelahan.
Alternatif lain di Shinjuku : Takashimaya Times Square ( kedua2 bangunan ni cuma 7-8 minit dr stesen Shinjuku)

Bole makan di Shinjuku Ramen Ouka (stesen terdekat -ShinjukuGyoenMae) 2 stesen dr stesen Shinjuku. Kalau google taip je halal ramen shinjuku , mesti jumpa page dia ( tulis dalam bahasa jepun)
untuk rujukan ni website dia : http://www.m-ouka.jp/

Suka makanan restoren ni sebab ramen dia set dengan nasi ,ayam ,telur + ada pemanis mulut sekali. Harga 1050 yen (small)tu berbaloilah sebab kenyang. Kena bayar dulu dekat vending mesin dan ambil kupon.






lepas makan ramen tuang kuah ramen dlm nasi




Cara nak pergi Ouka:
Stesen ShinjukuGyoenMae Exit 2. Pusing kiri sampai nampak Bank Mitsubishi Tokyo UFJ. Pusing Kiri jalan sikit nampak dah restoran tu dekat corner (sebelah kanan anda)

Bank Mitsubishi UFJ
Asakusa juga pusat utama makanan halal . Kebanyakkan restoren menyediakan ruang solat sekali. Yang paling senang di Jepun ni boleh pakai Google maps je untuk direction. ( dibandingkan dengan Korea google maps telah di"disablekan" hanya map bahasa korea je yang boleh pakai.

Restoran Ippin , Asakusa
Haritu Sabtu baru nak rasa Kari Jepun dia tutup plak.

Nasib baik Naritaya beberapa minit je dr sini.  Terus tukar makan ramen.
Naritaya ada kat centre ni



Halal Ramen
  Ruang sembahyang disediakan juga tp sempit sgt untuk seorang je.


Skytree Asakusa
siap taruk logo halal untuk aiskrim (seberang jalan stesen asakusa arah ke temple dan Naritaya)
Seoul :
Masjid Utama di Itaewon, sekeliling masjid tu penuh restoran halal.

Dibandingkan dengan Tokyo surau yang ada di Seoul cuma di Korea Tourism HQ. Boleh juga jalan2 tengok Cheonggyeocheon stream.
Stesen terdekat : Jonggak  exit 5 ( bangunan KTO bersebelahan dengan citibank so nak withdraw duit pun ok) Rasanya kalau Seoul payah gak nak jumpa global atm kena carik citibank/standard chartered.

Laki dan perempuan diasingkan . Tempat wudhu disediakan. Tiada telekung waktu saya pergi (mungkin disediakan tp kena minta untuk pinjam dr staff) sebab ada terbaca memo mesti pulangkan barang yang dipinjam dekat surau tu.





Boa Guesthouse  , Hongdae
Selain Itaewon boleh jugak dapat makanan halal di Hongdae ( stesen Hongik University Exit 4)
Hari tu dah pernah stay sini tp masa tu dia kena reserve tapi sekarang ni boleh je walk in tak perlu reservation.
Guide bergambar untuk ke Boa Guesthouse boatravelhouse.com
Tutup: Hari Khamis
Waktu Operasi : 12pm- 9pm







Hari tu beli topokki dan kimbap tuna sahaja. Disebabkan seorang je chef, mungkin kena tunggu lama sikit kalau ramai orang.




Bangkok Impact Arena dan Don Muang
Surau ada disediakan di Airport Don Muang ( level 1) . Wudhuk perlu diambil di tandas  di level yang sama ( tempat membasuh kaki disediakan).
Impact Arena juga ada surau (masuk ikut entrance opposite Novotel) Memory lost tak sure kenapa tak ambil gambar sign langsung lol
Makanan halal yang ada di Impact Arena ialah  Kebab sahaja. Makanya kalau ada event di Muang Thani / Thunder Dome makan kebabjelah.


No comments:

Post a Comment