Monday, 23 April 2018

Disneyland Di Seluruh Dunia

Credit: Disneyparks
Sejak kecil saya telah pun mengenali Mickey Mouse dan rakan-rakan.  Setelah bekerja , negara kedua yang saya lawati untuk bercuti ialah Hong Kong semata2 kerana ingin melawat Disneyland.

Disneyland Trivia:

Terdapat 6 Disneylands dan 1 DisneySea di seluruh dunia. Istana Sleeping Beauty dikatakan diinspirasi dari Istana Neuschwanstein di Fussen , Jerman.  Cuba tengok gambar di bawah :


.

Disneyland Pertama :
Disneyland Anaheim, California. 


Dibina pada tahun 1955. Di sinilah anda berpeluang melihat Mickey Mouse dan kawan-kawan di kampung halaman mereka dengan berbahasa Inggeris!
Kesemua Disneyland mempunyai zon-zon yang sama cuma terdapat sedikit keistimewaan  di setiap negara yang bertujuan untuk menarik minat pelancong. Disneyland pertama lini menampilan ciri2 dan visi pengasas Disneyland, Walt Disney. Disebabkan ianya adalah  yang pertama, istana Sleeping Beauty di sini agak kecil berbanding yang lain.
Mainstreet USA, Adventureland, Fantasyland dan Tomorrowland adalah zone-zone yang ada di dalam Disneyland.


Entrance Tiket with discount : disneyland-park-disney-california-advyenture-park-los-angeles/


Disneyland Florida



Terdapat 2 taman tema air ,4 taman tema dan 28 hotel di sini
Saiz taman tema ini berganda2 dari yang di California. Malahan terdapat pass masuk sehingga semingu untuk explore semua sub taman tema Disney seperti Magic Kingdom,Epcot, Disney Hollywood Studio dan Disney Animal Kingdom.

Discounted multi pass entrance Walt Disney World  :Walt-disney-world-multi-day-park-hopper-orlando



Disneyland Tokyo , Jepun.



Credit: Theme park university

Disneyland pertama di Asia. Semua tarikan dan karekter bertutur dalam bahasa Jepun !
Walaupun terdapat petisyen supaya Disneyland Tokyo menyediakan surau dan makanan halal untuk Muslim ianya masih belum direalisasikan lagi. Namun pihak Disneyland memberi kebenaran untuk solat di kawasan City Hall, Main street USA.



DisneySea Tokyo, Jepun

Inilah satu-satunya DisneySea di seluruh dunia.  Tiada DisneySea yang kedua dibina
lagi. Tarikan DisneySea ialah ianya berasaskan air di mana acara perarakkan Mickey ialah di atas bot!
Photo Credit:  https://travel.gaijinpot.com/tokyo-disneysea/


Anda boleh membeli tiket gabungan yang lebih jimat untuk Disneyland dan DisneySea. Kedua-dua taman tema terletak bersebelahan.

 Disneyland or DisneySea ticket 1 day ticket :Tokyo-disneys-japan/

Disneyland Hong Kong

Ini mungkin Disneyland yang terkecil sekali di dunia namun inilah satu-satunya Disneyland yang Muslim Friendly. Terdapat 2 restoran halal dan 1 surau disediakan. Seingat saya sewaktu kali pertama kali ke sana, kami telah diberi survey dan kami telah mencadangkan makanan halal dan Alhamdulillah pihak pengurusan Disney pun telah menurut cadangan2 dari pelawat. Selain dari itu sama seperti di Jepun, tren /MTR ke Disneyland turut bertemakan Mickey Mouse.

Photo cr: Trip advisor


Halal restaurant in Disneyland Hong Kong :

1. Tahitian Terrace di Adventureland
2.Explorer’s Club Restaurant di Mystic Point ( Prayer room / Surau located here)
3.Main Street Market ( Stall) waffle dan hot dog



Tarikan terbaru ialah Iron Man experience ( belum berkesempatan lagi kerana kali terakhir saya ke Hong Kong ianya belum dibuka). 


Discount meal voucher :Disneyland-gourmet-meal-voucher-hong-kong/  ( it is cheaper than walkin price)

Untuk menambahkan lagi pengalaman Disney , peminat Disney boleh juga meginap di Disneyland Resort yang disediakan di setiap Disney Land. Bantal, lantai ,selipar kesemuanya berlakarkan Mickey Mouse. ( saya masih lagi menyimpan selipar berkenaan sehingga kini). Kami juga mendapat 2day pass apabila menginap di situ. Terdapat juga hotel yang bertemakan karekter yang lain seperti Toy Story.


Photo cr: Camemberu
Disneyland Paris


Seperti di Jepun, karakter-karekter Disney akan berbicara dalam bahasa Perancis ! Saya berpeluang bergambar di pintu gerbang lol . Ia adalah salah satu pilihan ketika trip kami ke Paris. Samada premium outlet atau Disneyland. Saya pilih outlet walaupun saya bukanla hantu Longchamp, entah mengapa Mickey berbahasa Perancis agak kurang menarik minat saya.

Discount ticket :Disneyland-resort-paris


Disneyland Shanghai

credit: topmiles.com
Disneyland yang terbaru terletak di Shanghai, China. Dibuka pada tahun 2016. Salah satu tarikannya ialah Tron Rides, simulasi seolah2 kita menaiki motosikal. Ini adalah ride yang idea bagi saya. Sebab fahaman saya ianya bukan seperti rollercoaster yang tinggi dan paling menarik ianya laju ! (saya boleh main games Transformer berkali2 di Universal Studio Singapore hanya kerana elemen2 ini)
Buat masa ini perkara yang menghalang saya ke sana ialah lokasinya di China .Bagi saya lebih selesa travel dgn pakej untuk dptkan makanan halal, proses visa dan elak dari ditipu di China. Kemudian disebabkan China ialah negara terbesar di dunia, penduduk tempatan mereka saja  sudah boleh memenuhkan Disneyland. Rakan yang berpengalaman ke sana mengatakan tiada restoran halal namun makanan luar boleh dibawa masuk.
Boleh request untuk solat di information counter/city hall.

Ticket :Disney-resort-shanghai/


No comments:

Post a Comment