Follow by Email

Tuesday, 15 April 2014

Medan Part 2

Dekat Sinabung Hills ni ada pelbagai bunga2 yang menarik.... lepas breakfast bole jalan kat pool ni.
Bunga yang ada  kat Medan je rasanya - Bunga Trumpet


close up warna kuning


Bunga ni pun cantik - Bunga Tiga Bulan



Gunung Sinabung



Kalu bernasib baik( ke kira tak bernasib baik) ada yang boleh nampak mini letusan... bulan 2 hari tu mmg ada letusan besar sampai ada yang maut...n satu pekan berdebu.

Dekat pekan Berastagi ni ada pasar buah,sayur dan bunga boleh la beli...buah Salak, strawberi , delima etc . Nak makan jagung rebus bakar pun boleh...Naik kuda pun boleh



Sampai medan Pak Jahidin bawak kami ke main store kedai Telekung dan Batik....so pandai2la tawar menawar. Lepas tu request pegi Medan Mall kat sini bukan main lg Mak beli buku kraftangan Indonesia kat kedai Buku Granmedia. Saya nak carik tudung je... so sempat gak singgah Pasar ikan ( jalan ala Jalan Tar ) banyak kedai tudung dan telekung...takde ikan pun... dapatla beli tudung rega bawah rm10. By the way kat Medan ni bila parking kat restoren pun, mcm kena bagi duit kat  org(ala byr parkingla kut)...tp tak pasan le  driver bayar berapa , biarjela dia uruskan...

Singgah juga ke Istana Maimoon , istana Raja Deli. Raja sekarang ni muda lagi n masih belajar. Ada gak keluarga raja yang masih duduk di side main palace ni. Boleh gak kalu rasa berangan nak try baju pengantin kat situ.








rumah yang masih didiami family raja

Solat di masjid berdekatan Masjid Raya yang turut dibangunkan oleh Raja Deli


Malam tu kami stay kat Garuda Plaza yang ni ada lift n aircond. Breakfast buffet pun bnyk pilihan sedap Bapak nak makan... dia dekat gak dengan Masjid Raya ni.  Ada lift pun still ada porter hantar beg, tetiba tgk dia bukak tv macam tunggu lama ....kat luar pun dia tunggu lagi ( ehhh hulur gakla 2000)  tp tips patutnya ikhlas kan...n tak wajib kan tp begitulah pengalaman...Esoknya balik ke KL flight pagi....sebelum balik sempatla bagi Pak Jahidin tips sikit sebab dah 4 hari dia bawakkan.Alhamdulillah takde eksiden sumer...Tujuan pegi Medan ni pun sebab datuk asal Medan tp semua lost contact dengan org sana. Tapi rupanya kg asal dia dlm 8 Jam dr Danau toba tu...takpela atleast pernah menjejak negeri asalnya.

Medan , Indonesia part 1

Just back from Medan, bought AirAsia ticket in Apr 2013 for 3 pax (RM216 return) ticket around rm72 per person.The travel date is in April 2014 hahaha ofcourse 1 year to get that price.
Tapi the best Air Asia sales offer yang berjaya dibeli still tiket ke Tokyo RM400 return(personal achievement) lol ...skang tak dapatla nak 400 pegi balikkan?? one way jelah  tambah lagi dah visa free ni.

Tiket 216 ,utk 3 org ni tak termasuklah bagasi , sekarang ni AA dah takde bagasi 15kg terus 20kg je rugila tak beli awal2 masa ada rega 15kg. So amik 2 org bagasi 20kg pegi balik...tp bila balik kami pakai 30kg je...tak sopping banyak.Pastu pentingnya google awal2... sebabkan confuse dengan ada beza waktu ingatkan Medan ni jauh...dah pernah pegi Jakarta mcm lama gak... dia tulis departure 2pm arrive 2pm....  sebenarnya Medan lambat sejam dari Malaysia so flight ni 50min je. Tak payah le beli inflight food.... tapi dah terbeli....rugi di situ.... Memang tak sempat makan pun secara tenang, kena isi borang immegresen lagi tetiba dah cakap "We are preparing for landing"...

masa tu lagi beberapai hari nak pilihanraya Indonesia
Baca ramai gak yang amik khidmat supir , tp hotel semua di book sendiri. Tp ada gak terbaca kena bayar duit minyak semua....tp i senang saje..pegi Matta fair kat situ banyak ground package. so dah dicompare2 amikla agensi ni Inbound Sumatra per person RM582 ( yang lain bnyk rm700) n dlm brochure dia tulis makanan halal. Takde money transaction tp kita perlu email sahaja dan mereka akan mintak deposit 10%. Silalah mintak akaun no Bank Malaysia.servis suma ok, tp agensi ni respond emel lambat..sehari baru nak balas itujela yg kena improve

RM582 sorg utk 4h3m ni termasuklah hotel+ transport + makan sampai dinner + n khidmat supir + guide.(tak termasuk tips) memula risau gak terbaca kena bayar minyak tu... tp yang ni dah inclusive pun so datang prepare duit sopping je. Bayar remaining ni pakai duit RM bagi pak supir so senangla sikit ( kalu convert kan bermillion kut)
Transport kami - Toyota Kijang innova mmg selesa


Attractions kat Medan ni mmg jauh2 so kena ada driver. Supir kami dari agensi tu namanya Pak Jahidin. Medan sekarang dah epot baru namanya Kuala Namu , so mmg cantik lagi.... sampai2 dia bawak pegi makan. Sebab makan dan termasuk sekali dlam pakej so lauknya banyak tp mesti ada ayam + 1 seafood + air kosong + pecal + buah+sayur. Kalu nak Milo ke Teh botol ke kenala bayar(pakej air kosong saje).  Ada gak baca org yg amik khidmat supir sahaja, dorg dibawa  restoran yang letak banyak2 lauk so kita akan dicaj kalu kita amik makanan tu walau sikit tp sebab ni mmg masuk dlm pakej so yang ni selamat sukahati kita la nak amik semua ni tp tak terabis pun.

Kat sini ada gak yang restoran yang panggang babi dan anjing uhuhu.
Penduduk dia pun Muslim dan Kristian. Kat Danau Toba tu katanya ada 2 je restoren halal.

Koleksi gambar dinner dan lunch provided.
masa ni sup tak sampai lagi ...ayam tu sorg satu...so ni satu dah kena amikla haha restoran simpang 3
ubi goreng dan udang tu sedap restoran makan muslim danau toba
Sampai2 dia bawak ke Danau Toba perjalanan 4 ke 5 jam tu ...so sebab amik flight kui 2 , dah gelap dah sampai sana tasik pun tak nampak ..so maybe patut amik flight pagi ?...
Dia akan singgah ke tempat jual snack..nama teng teng, tong tong ...nama dia mmg cenggitu ..boleh rasa semua.bole beli ada 10  kotak campur 225 000 rp


Danau Toba
Esoknya pegi ke Samosir...dekat tasik tu ada pulau lagi ..betapa besarnyalah tasik ni. Menginap di Danau Toba Cottage memang mengadap tasik, bila bukak pintu dan tingkap rasa macam kat laut dah. Tp sini mmg agak lamalah bangunan  n takde aircond sebab tasik ni dah agak dingin pun  dia tp biasala dah amik pakej standardkan. Oh sebab baca blog org sebelum ni kena bawak repellent, maka kat katil bilik tu dah tertampalla mosquito repellent. (lupa nak tanggal b4 balik) maap

Feri

lempar duitnya pak , lempar (ambil duit kertas)
Kat port nak ke Samosir ada ramai kanak2 yg akan tunjuk skill berenang, dia akan mintak kita baling duit n dia akan amik...so kalu nak sedekah bolehjelah.

Kat Samosir , Kg Tomok ada King Sidabutar Tomb ( kat Medan ni ada 5 keturunan dayak  so yang ni King dulu2lah) n ada kedai2 yang agak pushy juga. Siap pangil2 , pegang dan panggil sayang... sebab baru sampai n pening ada banyak 0 rasa mcm takdela dpt tawar banyak sgt...(dorg akan up price n bagi kita confuse konon dlm rm banyak ni tp sebenarnya bole turun lagi ) so sini mmg skill bargain kena tegasla baru dpt murah utk beli souvenir lake toba.Jenuh kira 1 juta = 300, 100 000 , 30 (lebih kurangla) so hati2 di sini.

Sinngah ke Permatang Purba. Istana zaman lama..tp masa ni hujan so takdela lama sangat. sebab nak hujan rasa mcm nak skip gak..tp dah sampai pegila dengan payung2 semua.




terusla bergerak ke Berastagi tp singgah sekejap ke Simarjunjung -situ bole makan gorg pisang n teh halia  (tak masuk pakej bayar sendiri)  sedap makan panas2 hujan ni.
By the way be prepare sebab dia panjat bukit, so jalan pun pusing2 silalah bawak bam or minyak cap kapak.
Tp tak taula apa nasib -hujan , so dekat situ patut bole nampak lagi Lake Toba yang cantik tp sebab kabus tak nampak huhuhu...Singgah juga ke Air terjun Sipiso Piso ...sini pun setbek hujan dah reda, tunggu sekejap bagi kabus clear baru boleh nampak waterfall ni.

last view of Danau Toba at Sipiso Piso
Kat sini dpt stay yang 4* Sinabung Hills ( takde aircond gak) tp sini lagi sejuk dr Danau Toba ...patut masa sampai dah nampak Gunung berapi Sinabung tapi kabus lagi.  ..sama macam Danau Toba Cottage takde lift so ada org tolong bawakkan beg... yang mana dilemma di situ,  to tips or not??? yang danau toba tu bagilah 5000 sebab jauh kut tangga tu kesian tp masa balik tak bagi (dah takde duit kecik) lol
Bilik ni cun , view cun makan dinner sedap gak tp tak taula sebab tak bagi tips masa bawak beg tingkat 1 lambat sangat extra bednya sampai. Wifi kat bawah lobi sahaja...tp sebab duk betui2 bilik atas lobi kadang2 dpt juga.


Sinabung Hills
dinner kat hotel,  tembikai tak sampai lagi


bersambung ~