Semua rakyat Malaysia perlu memohon Visa untuk ke negara China. Untuk memohon boleh gunakan khidmat agensi pelancongan ( yang dikenakan caj) atau boleh juga memohon terus di pusat pemprosesan visa China di Kuala Lumpur atau Penang
Business Hours:Monday-Friday. Closed on Saturdays,Sundays and Public Holidays.
Submission of applications: 9:00 to 15:00.
Payment and collection: 9:00 to 16:00.
Kuala Lumpur :
Level 5 & 6, Hampshire Place Office, Jalan Mayang Sari, 50450 Kuala Lumpur
Penang:
Ground Floor,17 Lebuh Bishop,10200 Georgetown,Pulau Pinang
.
Dokumen yang perlu di isi
1) Download dan isi borang di https://www.visaforchina.org/KUL_EN/generalinformation/downloads/264463.shtml
2) Pasport, 2 gambar bersaiz pasport dengan latarbelakang putih
3) Salinan Pasport (1)
4) Bahan2 sokongan jika ada eg tiket, surat jemputan
Maklumat lanjut https://www.visaforchina.org/OSA_EN/howtogetavisa/stepbystepguidance/282279.shtml
Pemohon tidak perlu berada atau menghantar permohonon ke pusat Visa. ( boleh minta wakil atau runner untuk hantarkan).
Visa mengambil 4 hari waktu bekerja.
Cara nak pergi ke Pusat Visa China di Kuala Lumpur via LRT:
1) Naik Lrt , berhenti di Ampang Park * ambil exit OSK
Akan nampak bangunan Bank of China, belok kanan dan jalan terus sampai nampak bangunan ni ( pakai google maps sure tak sesat).
Naik lif ke tingkat 5 untuk submit dokumen |
Pekerja akan check sekilas lalu dokumen ( ada servis fotocopy kalau ada yang tak cukup) dan akan beri angka giliran. Walau pun ada 34 orang di hadapan tetapi waktu menunggu cuma setengah jam sahaja.
Bila di kaunter , staff akan tanya maklumat eg bercuti dan bilangan entry...ini kerana ada yang mungkin ke china keluar ke hong kong dan masuk balik ke china ( double entry) . Tetapi kalau hanya ke China sahaja ia dikira single entry dan bayarannya ialah RM100 seorang.
Pekerja akan memberi slip untuk collection selepas 4 hari.
Selepas 4 hari boleh terus ke tingkat 6, buat bayaran dan collect passport.
Untuk makluman Facebook, Google , Twitter, Instagram tidak boleh dibrowse di China. Jika ingin menggunakan laman2 ni perlulah via vpn atau pun roaming. Jika pergi lebih dari seorang boleh dapatkan pocket wifi ( ada pilihan dengan vpn ) di Travel Recommends, Link : https://www.travelrecommends.com/
+ promo dr Roaming Man ( tanpa deposit) RM15 sehari
https://www.roamingman.my/china,-hong-kong-&-macau-standard-wifi-rental-
Anda juga boleh book hotel melalui booking.com . Download apps booking.com dan dptkan 10% pulangan balik dr pembelian. Masukkan code ac903063 di https://booking.com/s/71_4/ac903063