Bulan Oktober yang lalu berpeluang melawat Fukuoka dengan rakan- rakan yang suka travel.
Beli tiket Fukuoka one way masa hari launching pada tahun 2018.Date ni yang paling hujung dan dapat harga rm200. Kawan beli keesokkan harinya dah naik jadi rm250.
Beli one way ni sebab masa tu plan nak singgah Osaka or Tokyo. Namun selepas tu rasa macam kena gak pergi Korea haha so beli tiket balik KL dari Busan. Mmg kami beli sikit2..start March beli tiket balik Busan-Kul, book pocket wifi, pastu bulan depannya book hotel, bulan depannya lagi beli tiket Fukuoka- Busan. Satu fakta yang menarik kita boleh juga pergi ke Busan menaiki Feri dari Fukuoka. Mmg Fukuoka ni dekat dengan Busan. Harga flight ngan Feri lebih kurg je dalam rm300 so kami pilih naik flight (Air Busan) sbb cepat dlm 50 min.
|
Air Busan RM270 dengan bagasi 15kg |
Hari pertama : Lesson learnt
Lama travel tak check in beg, baru tau AirAsia sekarang pakai mesin untuk checkin. Dulu2 manusia jaga bolehla kalau terlebih 1 kg..ni takle..pastu kami pulak letak dulu beg kawan ( sharing 25kg) so beg tu dah jalan dulu, next bag lah yang kena keluar2kan barang kalau terlebih..( padahal kawan tu dah siap pack n barang2 yang boleh jadi hand carry). So lesson learnt. Timbang dulu siap2 n repack kat luar.
Sampai Fukuoka dalam kui 7am. Kami pilih hotel Heiwadai Hotel Arato .
Yang best- dekat ngan subway ( Ohori stesen yang juga satu line dengan Airport) so tak perlu nak transfer. Oh ,subway Fukuoka Airport ni dekat dengan Terminal Domestik. So kita cuma perlu naik bas percuma ke terminal domestik dr Terminal Antarabangsa. Lagi satu kami sampai kui 10.30am dah boleh check in bilik. Ada lif senang sikit sbb kami travel dengan warga emas.
|
japanese style room |
Kami terus ke stesen Tenjin untuk Tour trip yang pertama ke Yanagawa. Beli tiket di Stesen Nishitetsu untuk trip Yanagawa dan Dazaifu.
Dia macam venice tp ni sampan Jepun. Sungai dorg pun tak busuk ok je damai. ada satu masa pakcik Jepun pun turut menyanyi. Boleh nampak dah masuk musim Pisang Kaki berbuah.Lepas tu berhenti di Dazaifu untuk pergi Starbucks yang unik dan makan mochi ( ada tulis sticker muslim friendly kat kedai)
Solat jamak taakhir - dekat belakang Starbucks ni huhu, Tandas jepun pun kebiasaannya ada bidet.
Makan malam di Motsunabe Kiwamiya..ada dlam google maps tp arah tu still ada beza dlm 200m so kena gak tanya org Jepun haha tp mmg dekat je dengan info Google maps.
Alhamdullillah kawan belanja makan.
Lepas tu kami pergi ke Jr Hakata ke observation deck tp dah malam tak nampak apa2 yang menarik sgt. Kami pun pergi ke Hard Rock Cafe Fukuoka yang terletak di Stesen Hakata juga.
Sempat beli Coke Special perisa Apple before balik tido bilik
End of Day 1