Thursday, 9 July 2015

Padang & Bukit Tinggi

Air terjun Anai
April lalu berpeluang ke Padang , Indonesia dengan Poto Travel. Padang mmg heaven untuk membeli belah kain sulam, batik dan telekung. Istimewanya Padang ni sebab sinilah asalnya adat Minangkabau...so orang nogori boleh relate eh jang...
Direct flight ke Padang hanya melalui Air Asia ~ sejam sahaja


Hari pertama terus ke Bukit Tinggi , kami singgah ke Lembah Anai dan melawat rumah Minangkabau. Menariknya Pejabat Pos kat Bukit Tinggi pun beratapkan minangkabau.











tiang dia mmg dibina senget ok...itulah uniknya
 Dalam perjalanan gak banyak kedai sulam /blaus / telekung yang boleh disinggah. ada juga kedai yang accept RM. Gambar sebelah ni kedai yang jual batik lemang sebab packagingnya ala lemang... cantik2 rm15 satu...

Esok paginya kami bertolak ke rumah kelahiran Buya Hamka ( the famous author )eg Tenggelamnya Kapal Van Der Wvick, Di Bawah Lindungan Kaabah. Transkrip Buya Hamka juga boleh dibeli di sini  sambil menderma untuk penjagaan rumah ini. Turut dijual bersama karya2 novelis Indonesia lain  yang terkenal.

Nak ke sini kena lalu kelok 44 mmg kepala boleh pusing jugakla tp ok takdela sampai muntah..Dapat juga melihat keindahan Tasik Meninjau di bawah kelok .








Bendera Minangkabau ni mmg ala2 Germany
Al-Fatihah

tasik meninjau
Sebelum kembali semula ke Padang, kami ke Grand Sianok Canyon yang terjadi disebabkan letusan gunung berapi. ini ala2 Grand Canyon di USA. Tarikan berhampiran ialah Lubang Jepang, terowong yang digali pihak jepun..tiada tiket tapi kena bayar upah tour guide di situ.

Sianok Canyon


Shopping time di Pasar atas. Trademark dia Jam Gadang. Boleh borong souvenir /tudung/ tshirt semua. Kenala pandai tawar menawar


Kami juga melawat Istana Minangkabau  di sana.

Makan seperti mmg menarik nasi padang, ayam penyet, jus alpukat mmg kenala dengan tekakkan. Overall mmg sesuai untuk kaki shopping :)