Bulan 9 hari tu sempat juga beraya Aidiladha di Seoul. Ternampak promosi "last minute" AAGo terusla beli - rm700 per person untuk flight pergi balik dan penginapan 4 hari 3 malam- mmg berbaloi !
Guesthouse yang dipilih ialah YaKorea di Itaewon. Rational - senang nak pergi masjid nanti dan cari makanan halal pun boleh. Walaubagaimanapun guest house ini masih lagi 2 stesen dari stesen Itaewon.
Disebabkan pegi dengan 1st timer ( yang tolong sponsor tiket) Terima kasih :). maka kenala saya make sure pegi kesemua tempat drama, kpop dan scenery. Inilah itinerari kami untuk 4hari 3malam. Memang kena selalu check page KTO / Korea plaza KL sebab mungkin boleh redeem T-money ( 3000 won diperuntukkan didalam) . Baucer diskaun juga disediakan. Kena muat turun juga applikasi Seoul Subway untuk kemudahan. Untuk kemudahan Internet boleh dptkan prepaid wifi Olleh / sewa wifi atau /beli simcard EG.
*itinerari ini berasaskan pendapat individu sahaja.
Day1 / hari Pertama - Arrive Incheon Airport
- Songdo Park Incheon (dicadangkan untuk peminat triplets)
Stesen Central Park
- Check in Gueshouse - solat jamak
- JYP /Cube /SM /FNC ( wajib untuk fan kpop)
Stesen Cheongdam exit 7 and walk / Apgujeong Rodeo walk or take bus. Fan YG kena pegi stesen Hapjeong
- Sulbing ( sebelah Jyp dan Myeongdong pun ada 2) 9000won (kongsi berdua). Specialize in bingsu / abc/iceshave
|
Snowflake cheese is heaven |
- Dinner - Yang Halal BBQ (bajet 1 set daging 22000) boleh kongsi + nasi 1 mangkuk 1000
Stesen ( Yeoksam) exit 4 or 6
Day2 / Hari Kedua
- Nami Island ( tak tengok drama pun kena pergi juga sebab cantik) Entrance: 8000won
Lunch- Makan nasi goncang /dosirak *cheese kimchi - 6500won
Tedapat juga restoren halal di bangunan Musolla dengan menu pilihan makan asean.
Ketika kami melawat terdapat event khas untuk ulangtahun Pulau Nami termasuk persembahan preview muzikal Fantastick. Mereka juga turut menjual hasil tempatan seperti buah Peach. Sedap!
Stesen bedekatan : Gapyeong. Teksi ke Nami (3000won) - Kalau berdua boleh ajak another couple untuk share taxi bersama untuk lebih jimat.
Solat jamak di Musolla Nami Island
|
Musolla di Nami Island |
-Shopping di Ewha Woman University (Edae) . Pelbagai pilihan kasut dan bag 10,000won
Stesen :Ewha exit 2 or 3
- Hongdae kawasan busking anak- anak muda . Pelbagai pilihan stoking 1000won ( juga ada di Myeongdong)
Stesen: Hongik University exit 9
- Dongdaemun Design Plaza (DDP)
Stesen : Dongdaemun Culture & History Exit 1
Led roses ( i read this flower is not available during Winter) so kena selalu check website KTO.
Kalau tengok drama The producer. Inilah bunga yang diberi oleh Baek Seung Chan (Kim Soo Hyun) kepada Hye Jin (Gong Hyo Jin)
Dari sini boleh pergi ke Lotte Fitin untuk - Kpop Live dan offical merchandise all Kpop group di tingkat atas sekali
Boleh juga redeem goodies dan shopping di Doota Mall bersebelahan DDP .
Drama Screencap:
- Dinner - Sindang TTobokki Town - 11000 won untuk 2 orang
Stesen : Sindang
Day3 / Hari ketiga
Nandaemun market ( boleh pergi seawal 8 am ) kedai telah pun beroperasi
- stesen Hoehyon exit 5 - baju / kerongsang di (level 2 bangunan hijau ).
Souvenir seperti sudu /penanda buku /magnet dan keychain di bangunan oren
Selepas itu jalan kaki ke Myeongdong - kosmetik / baju berjenama / cd (di underground subway Myeongdong)
Kebetulan ada shop baru buka di Myeongdong, dapatla juga kami merasa beli seluar slack 10,000won
serta makan Sulbing lagi chocolate version
Solat di surau Korea Tourism Building termasuk melawat Cheongggyecheon stream
Stesen : Jonggak exit 3 *walaubagaimanapun ketika kami pergi KTO sedang diubahsuai maka kami solat di guesthouse saja...tp actually solat mana2 pun boleh cuma di bilik /surau lebih selesa.
|
Cheonggyeonchon stream |
- Istana Gyeongbokgung - Free English Guide at 11:30, 1:30, 15:30pm. Tiket : 3000won
Stesen Gyengbokgung exit 2
Jalan kaki ke Gwanghamun - King Sejong statue dan General Yi Sun Shin
Memorial Sewol juga terdapat di sini.
*Malam sepatut pegi tgk Rainbow bridge tp terdapat perubahan plan coz dpt masuk fansign Day6 .
lol
Dinner - Kebab di Itaewon
Day4 / hari terakhir juga Hari raya AidilAdha
Solat Raya bermula 10am di Seoul Mosque.Memang pengalaman yang menarik melihat pelbagai bangsa menyambut Aidiladha. Kami juga diberi roti dan air percuma. Khutbah selain dari ayat Alquran yang wajib dibaca ( Arab) ,ianya dibaca dalam Bahasa Korea dan Inggeris.
Stesen Itaewon
Makan tenggahhari - pelbagai pilihan: EID / Muree / Makan
Kami hendak mencuba Eid tapi Eid beroperasi agak lewat selepas solat raya. Sebagai alternatif kami mencuba restoran Makan yang juga khusus untuk masakan korea yang halal
2pm - naik airport bas ke Incheon Airport( 1jam lebih ) (14,000won)
*jika ada masa lebih boleh ke Pusat kraftangan di Incheon Airport atau singgah di Cafe Hello Kitty dan Cafe Charlie Brown . Bye Korea ...jumpa lagi.
Total spend /perbelanjaan :
Tiket dan guesthouse AAgo : rm700
Insurans : RM50
Beg kabin boleh kongsi 25kg : rm99 ( sorg bayar pergi, sorang bayar balik )kalau ber2. Actually nak jimat lagi hand carry sahaja.
Duit Tmoney dan tiket masuk : rm250
Duit makan dan banana uyu lol = bajet sehari rm50 x4hari = rm200. Banana/strawberry / melon uyu :1300won sebotol
Total : Rm1300
Tak termasuk duit souvenir,sim card /wifi ,cd dan cafe2- yang tempting nak singgah kan.
Tmoney ialah prepaid Touch n Go yang boleh digunakan untuk bas/subway / taxi serta barang grocery di 7eleven /Gs25