Wednesday, 3 August 2016

Wakkanai - Cape Soya




 

The northernmost point in Japan. It is said that you can see Russia in clear weather. Well since it is dark and gloomy we dont see Russia. 
Bus fare ( from JR Wakkanai/ station terminal)  : 2500yen (return)
Must be aware on the bus time table due to low frequency (refer photo below).
Cape Soya stop is "Soya Misaki". Please go to the opposite road bus stop sign(near souvenir shop) to go back to JR Wakkanai



Sebab dah ada pass kami pun terus panjangkan langkah ke bahagian utara yang paling hujung iaitu Cape Soya. Frekuensi bas agak kurang tapi tempoh 50 minit (jadual bas ke JR Wakkanai) cukup untuk tangkap gambar dan pergi ke monumen2 yang terdapat di Cape Soya. Bersebelah bus stop terdapat kedai souvenir dan buku nota untuk pelawat2 menulis sebarang catatan.

Kami sampai di Wakkanai dari Asihakawa pd pukul 12:40 tghhari, letak beg di hotel dan beli tiket bas ke Cape Soya pukul 13:20pm. Sampai di cape soya 2:10pm. Kami balik ke Stesen Wakkanai menaiki bas 3:01pm kalau tak naik bas ni , next bas jam 5:46pm

Monumen yang paling impact adalah monumen memperingati mangsa pesawat komersil Korean Air yang ditembak pada tahun 1983. ( lebih kurang sama dengan MH17- Al-Fatihah)




Mengikut bacaan Wakkanai juga bermaksud/hampir sama bunyi dengan " saya tak tahu" dalam bahasa Jepun. so kalau org tanya  nak pergi mana ? kita jawab Wakkanai mungkin org akan tanya 2 ,3 kali sebab apsal tak tak tau plak....dalam bahasa jepun luculah hahaha.




Wakkanai Breakwater Dome
Jalan kaki dari stesen JR Wakkanai . Dikatakan untuk melindungi Wakkanai dari ombak tinggi dan angin.




Sign dalam bahasa russia


Wakanai Sun Hotel - Lesson learnt
Lokasi : 2 min dari  JR Wakkanai
Browse  Agoda pakai mobile website, nampak bilik rm230 eh murah ni kalau share 2 orang dahla lokasi best. Tapi bila dah book tgk person (1)tp tulis bilik max 2person....nak call agoda cs ni mahal...nak email hotel tanya,,tak jumpa plak email.. 
last2 pergi kat manage booking ,pretend tulis gak dekat bahagian request nak highest floor. Dekat note tulis pembetulan booking ni untuk 2 org  . tapi takde respons  ingatkan okla kut ni mmg harga bilik 2 org.
Sekali reception tu ckp sorry harga tu per person haha hadui. nak cancel, card payment dah tolak dah. Kena tambah kalau nak duduk berdua. nak tak nak tambahla duit. Takpela next time kena hati2 lebih tang price tu. ingatkan harga per room.  
Ikutkan boleh gak balik ke Sapporo train 5pm tp jenuh plak nak  cari tempat tido malam2.
Staff hotel  hantar kami ke lift , sebelum pintu lif tutup dia cakap sorry. haha ok salah aku gak tak call cs confirm kan? . Tapi mmg dpt la as per request  tingkat paling tinggi dan boleh view laut dan Dome dari tingkap.
Bilik  besar dan tatami pun selesa in conclusion sesuaila dengan harganya (sedapkan hati).



Kali ni train ke Sapporo 7am ,  pukul 6 kami pun pergi ke market Wakkanai(sebelah JR) takde dalam plan tapi sebab dah terbangkit awal pergijela jalan2.(subuh habis kui 4 kan) . Aiseh sekali kat depan tulis pukul 9am...kontrastla dengan operation hour market hakodate.





Dekat JR Wakkanai pun dah dilabel landasan terakhir di bahagian utara.



Anyway kalau tak bercadang pergi daki gunung, balik hari pun boleh Wakkanai  ni.