Selepas makan di Ocean Restaurant kami pergi melawat S.E.A Aquarium. Memang besar dan menarik. Ada juga Dolphin Island. Tetapi sebenarnya Dolphin Island ni boleh masuk berasingan dengan S.E.A Aquarium.
Bukan sahaja giant aquarium tp mereka ada seksyen ikan jerung, ikan -ikan kecil, katak serta batu karang
semangat nasionalisme ke |
Tiket : https://www.rwsentosa.com/en/attractions/sea-aquarium atau boleh dapatkan harga promosi di klook Sea-aquarium-singapore
Dolphin Island
Tetiba ternampak booth ni dalam S.E.A Aquarium... dahla tak payah berenang dapat sentuh dophin yang disukai pula!
Siap buat promosi selalu harganya SGD70 , sekarang promosi SGD 30...terusla kami terpujuk. tp ada trick dia jeng jeng jeng....ko kena letak segala bag , telefon dalam locker sbb mereka yang akan tangkap gambar. Ok fine boleh je.
Selepas taklimat keselamatan . ( more to keselamatan dolphin) eg jangan pegang fin dia.Kami pun dibawa ke pool.
Kumpulan kami ( 1 kumpulan 5 orang) dpt Dolphin betina bernama Singa.
Apabila singa eh Dolphin bernama singa berenang di hadapan kami boleh sentuh sisinya. Lembut je body dia. Kami juga diajar atonomi dolphin , mulut,pusat genital, cara lompatan semua dia terangkan. Selalunya more to suruh singa percikkan air kat kami haha. Tapi still kering yang dinyatakan Risau juga kalau ni untuk keuntungan sahaja tp trainer kami kata Dolphin mereka sihat, terjaga makan ikan fresh dan umur mereka lebih panjang di sini. Lebih pada pusat jagaan.
Okla dalam 20 minit kami berinteraksi dengan dolphin. Selepas itu mereka offer gambar2 sessi tadi. Paling murah $SGD 100 hahaha lepas tu kalau nak semua gambar up lagi harganya.
Anyway sebab i datang dengan kakaks merekalah yang beli I snap je gmbr mereka beli hahaha...tp mana nak jumpa dolphinkan? bukannya ada kat Sungai Klang.
main subject yang lompat tu |
English : You can enter just by paying SGD 30 for touching the dolphin without getting wet. However if you want to purchase the photo of you and the dolphin interactive session, it starts from SGD 100. There is also an observer only entrance too.
More info : https://www.rwsentosa.com/en/attractions/dolphin-island/tickets