Alkisah menang tiket USS dari contest TVN... terusla cari tiket yang murah dari KL ke Singapore...tiba-tiba Air Asia buat sale pula...terus terfikir pilihan alternatif naik flight dari KL ke JB...dapat pergi balik Rm 110 . Dibandingkan dengan flight balik Singapura- Kuala Lumpur sahaja dah mencecah RM230
Naik bas one utama- KLIA2 beli online dapat jimat RM1.50 lol...book di https://www.skybus.com.my/ dari Senai Airport mmg ada direct bas ke JB sentral / ciq. Kalau ada return tiket dari AA boleh juga book shuttle bas RM12 ( return) . Tapi bila tgk jadual tak kena... sebab bas dari JB Sentral paling lewat 5:30pm kami amik flight pukul 11 malam ke KL.
Bas paling awal dari Senai ialah 8:30 am. Flight kami sampai 8:15 . Kalau ikutkan masih sempat kejar bas lagi sebab airportnya kecik tapi sebab kami tak beli , kami tunggu bas causeway link ( akan nampak kaunter bas) yang berharga RM8 bertolak pada 9am.
Masa ni kalut sikitla tak jumpa kaunter bas direct ke sentosa.. so kami naik je bas ke Kranji. Aturannya lalu immigresen Malaysia naik bas lepas tu turun ke Immigresen Singapura naik bas balik ke Kranji. Sejam jugak prosesnya walaupun murah tp masa lebih panjang untuk masuk ke sana.
Dari Kranji kami naik MRT hinggalah ke Harbourfront. Dari harbourfront bayatr 4sgd Sentosa Express. Kami dapat check in Hotel Festive awal jam 12:45 tghhari . Waktu asal check in ialah 3pm.
Untuk 3 orang , seorang akan tidur di sofa bed. Terdapat water dispenser berdekatan dengan lift. Walaupun dpt check in awal, tp nampaknya pihak pengurusan terlepas pandang info 3 orang. Terpaksa call minta towel tambahan sbb towel ada 2 sahaja. Kami pergi uss esok pagi
Hotel ini berkongsi pool dengan Hotel Hard Rock
Festive Hotel
Click to check price
Bilik kami
sofa bed |
USS akan mengadakan sambutan ulang tahun ke 50 sesame street dari 8 Mac hingga 28 April.
Sesame Street 50 years in USS
Istana Shrek dan Fiona, serta Puss
Kami banyak habiskan masa di kawasan ini, selepas 4d, kami makan di Goldilock * yang halal . Kemudian kami tunggu persembahan tarian Puss ( boleh bergambar selepas itu) selepas menaiki rollercoastar ala Jack and the bean stalk. ( ada momen tutup mata juga waktu turun haha). Kemudian kami terus ke pub Donkey yang akan berinteraksi secara langsung.
Oh jangan risau pasal toilet. Ada satu toilet di setiap section dengan paip. hahaha...tp toilet cangkung. Dia akan labelkan di hadapan pintu.
Selepas itu kami solat di surau. Area Sci-Fi di bawah roller coaster human. Maafla yang ni tak berani naik. Ada tempat wuduk dan surau laki serta wanita. Tp tiada telekung di surau wanita.
Selepas itu kami terus ke kawasan Transformers . Ride ni tak tinggi so tak gayat.
Next kami menonton persembahan Elmo Tv Show. Kesemua karakter menyanyikan lagu popular yang diubah liriknya. Kemudian makan lagi di Mel's Drive in . ( sebab td makan waffle je)
Kemudian kami pusing-pusing habiskan masa dan gerak keluar menaiki bas Resort World Sentosa- JB ( SGD7).
Anda boleh dapatkan tiket direct di resort world sentosa secara online.https://www.rwsentosa.com/en (ada pakej dengan meal voucher)
atau dapatkan harga promo di Klook Universal-studios-singapore . Kadang2 ( terutama cuti sekola) mereka ada promosi buy 1 free 1. Tiket secara generalnya berharga (SGD 75 dewasa, SGD 59 kanak-kanak) kalau dapat murah dari tu silalah beli.
Pukul 8 kami naik bas ke Senai dan balik ke Kuala Lumpur.
Hi Admin & Kawan-kawan. :) mari join 💡"Singapore Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔵Backpacker Trip Jelajah SG serendah RM90-RM60...
ReplyDeleteJuga ada promosi; 🔺PAKEJ USS Trip dari JB @ 🔥Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-more than 30 TYPE) All at %Discount Price!
Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: +6012-7760219 ✅
*Silakan lawat☺ >> FB.COM/LOVETRAVEL86