Tuesday 15 September 2015

Switzerland dan Swiss Army

Lake Como
Dalam perjalanan ke Switzerland kami melalui pelbagai tasik termasuk Lake Como , Itali. Ala lokasi majlis kahwin George Clooney dan Maya Karin tu (not together of course) .
Tapi mmg kami lalu banyak tasik yang cantik -cantik belaka .
biru tu...tapi tak ingat nama tasik ni apa di Switzerland
perjalanan dalam bas diselang-seli dengan main teka teki, yela kalau tak memang tido sahaja memanjang tp bangun je nampak view cantik gini mmg best.
Kali ni amik kabin ...sebab Switzerland kan ..takut sejuk...tp takdela sejuk sangat.
2 malam di sini
Salah satu option di sini ialah pegi ke Jungfrau  tapi kena sediakan Rm600.

2 bawah tu duit Swiss Franc
Aku pegi sini tukar duit GBP dan Euro je...haha langsung takde Franc..tapi jangan risau crew bole tukarkan kalau nak syiling untuk shower air panas. 0.50 swiss franc untuk 4 minit. Duit dia akan tulis 1/2 .  Di sini campsite Swenzebach  cabin semua tidak dilengkapi toilet so semua kena jalan untuk mandi.

Damen ialah female , herren - male
Fasiliti campsite - wifi berbayar untuk sejam  2 jam - 2 franc. Boleh bayar pakai euro tapi  duit kertas sahaja diterima dan baki dia akan bagi dalam franc. Ada kedai souvenir , boleh beli swiss army dan souvenir lain. Tapi mesin pengering tak bagus, baju akan still lembab. So sini basuh baju sidai2 kat tangga jelah. Ada paip air mata air, boleh amik untuk minum or kami panggil Natural Evian.lol

1st day kami buat Nature Walk dan melawat air terjum 10 tingkat ( 10 euro)  KC belikan tiket so dpt byr euro. 
walaupun summer jungfrau joch tak cair.
Nature walk
air terjun 10 tingkat tp sebab gelap gmbr kat dalam tu tak jadik sgt

lembu pakai loceng ala filem Dilwale Dil Jayange         



Lepas nature walk- free and easy nak pergi pekan Lauterbrunnen or Interlaken pun boleh. Ke interlaken boleh naik keretapi dari pekan Lauterbrunnen. Sempatla meninjau ninjau. Ada kooperasi ala mart, boleh beli coklat, ada pejabat pos yang boleh tukar duit euro ke franc dan ada bank. So selamat kuarkan dari Atm 30 franc sebab nak beli Swiss Army. Caj  withdraw luar negara rm10 asalkan ada kad atm /debit card. Yg penting atm tu ada logo mastercard/meps. Tapi ok gak rate dia- kuar 30 franc = rm120 . Cimb siap bg sms lagi confirmkan jumlah transaksi dalam RM.  Tapi tak tau kenapa kad kawan yang pakai Bank Islam tak direcognize.


Nak pegi ke tak Jungfrau?

kalau ada bajet pegilah -satu hari akan berada di sana. Kat situ ada juga jual coklat Lindt dan ada juga pejabat pos. Aku tak pergi sebab takde bajet RM600, lagipun i jenis tak tahan sejuk takut tak berbaloi je...yelah kalau turun awal tak ke haru...walaupun bawak Winter Jacket hahha tak jadik pi. Tambah lagi glove semua tak bawak lol tu yang malas tu kena plak beli glovekan... Anyway sapa yang pergi tu semua kata cantik  dan menarik. Ada gak yang pening2 sebab tempat tu tinggi , kurang oksigen. Kat atas juga kena pakai shades sebab matahari terik so akan silau bila kena salji.

So hari tu aku incharge bawak auntie yang tak pegi Jungfrau ke Pekan Lauterbrunennen lagi sekali ...dalam 7-10 minit jalan kaki dari campsite.Boleh juga naik bas 3franc...but no no no- jimatkan. Sebab ada org mintak tukarkan duit Pound ke franc so kena singgah bank jugak , dan pegi ke Pejabat pos untuk pos poskad ke Malaysia *saja suka2 even dah balik  , seminggu lepas tu baru poskad tu sampai Malaysia... beli poskad better kat kedai souvenir sebab murah sikit dari Pejabat Pos. Setem boleh beli di kaunter.

Tips : Kalau nak tukar pound ke Franc, pegi ke Bank Eki kerana caj comision ialah 3SF sahaja berbanding bank lagi satu *sebelah pejabat pos (tak ingat nama) 4SF.  Make sure pegi bukan waktu break..


make sure kalau keluar pagi before 11:30
Kami jugak lepak dekat Cafe Airtime yang menawarkan free wifi sebab nak tunggu pejabat pos bukak balik kui 2pm. Coin euro juga diterima 1:1 nisbah pada franc. Sebab nak pakai duit beli setem tu takut tak cukup beli air. nasib baikla barista kata ok boleh je bayar euro.Tolong orderkan untuk auntie2 siap duit lebih tu dorang suruh order gak air sendiri.Mekasih.


Saya minum kopi , auntie2 saya rekemen Alpine tea -dorang kata sedap...


Souvenir
Magnet sini  harganya 4 SF.
Swiss Army dalam RM 70 (basic) boleh beli di pekan or kedai souvenir di campsite. Yang penting boleh engrave  nama free. Tapi yang corak2 payah sikitla takut tak nampak nama...yang plain sure ok. Tapi memang rambang mata sebab cantik-cantik belaka.

Air evian kat sini murah tapi takdela beli dah ada natural evian.

Nak beli Toblerone pun boleh tp bila convert mcm lebih kurang je harga.
Anyway Switzerland memang tenang dan indah permai. Sungai pun clear. Hijau....fuh patutla menjadi kesukaan Jun. k 2pm  lol.





 naxt the journey going to end---> Paris

Monday 14 September 2015

Pisa

Perjalanan dari Rome lebih kurang 5 jam ...sebelum bertolak kami singgah di mart dalam camp.Air mineral cuma 0.30 euro sahaja . Mungkin sebab semalam semua tourist spot so semua caj mahal.  Hari ini tiada lunch disediakan, kami dibawa singgah ke shopping mall.


Pelbagai produk Kinder  ada tp semua ingredients in Italy baca tgk asa soia (soy) / veggie tu macam InsyaAllah ok

Roti ada yg tulis ingredients dalam english...kalau kat Jepun roti  pun susah nak carik coz emulsifier dia bnyk dr binatang


besar2 tembikai sini
Kami banyak memilih  anggur sebab ianya adalah produk tempatan harga pun murah. Kat sini kena pakai glove plastik amik sayur/buahan (takle buat mcm Msia) , tgk code  yang ada dekat tag  dan  pegi kat tempat timbang, pilih kod tu untuk harga per gram. Contoh untuk tembikai ni tekan 3.  Btw kat sini pakai beg plastik kena caj gak dalam few cents.

So beli roti + kek kinder panechoc + anggur = 4.43 euro.

bunga2 bunga matahari di sepanjang perjalanan
Dah sampai campsite, kembali berkhemah.... sini shower air panas free, free wifi- dia akan bg password boleh pakai untuk 8 jam.Tapi sebab password limited bole share dengan kawan2..so maybe sorang 4 jam ke  tp yang orang pertama tu make sure log out kalau tak dia akan running je. Tandas kat sini pun ada paip.
Nak pegi Pisa kena jalan sikit..lalu tunnel  dan kedai. (dalam 5-7 min)

kali ni campsite ada atap kurang sikitla kalau hujan
Kat sini menu special Kambing masak kurma... aku ni makan tapi tak minat sangat so dpt replacement telur goreng 2 biji lagi....takpe bagi orang lain yang minat makan lebih.
Pukui 5 krew dah bawak ke pisa, tapi kami tunggu makan malam dulu  dalam pukui 6+  kengkonon nak tgk Pisa waktu siang dan malam.
kecik je Pisa ni -dalam pukul 6:30pm




7:30 malam



pisa upclose
dekat sinilah pelbagai aksi kreatif untuk gambar mode perspektif.... ada yang peluk ...ada yang tolak  Pisa. Macam2 boleh buat.

Kat luar boleh beli souvenir termasukla keychain Pisa ..comei comei gitu 5 euro boleh dpt 6 biji.

Next - Switzerland !