Thursday, 5 April 2018

Cherry Blossom / Sakura



Cherry Blossom atau Sakura baru sahaja hendak berbunga ketika kami transit di Tokyo. Kami telah reschedule waktu transit kami dari 2 jam ke 7 jam hanya untuk melihat Bunga Sakura lol.  Nasib kami baik kerana bunga sakura telah pun berbunga walaupun bukan sepenuhnya.  Masa beli tiket tu pikir travel cuti sekolah je tak perasan yang di Tokyo 20hb ke atas bunga sakura sudah pun mula mekar. Kalau tau dari awal2 pilih transit yang lama walaupun harga mahal sedikit lol. Tapi sebab tak perasan  bayarlah jugak changes fee sebab nak merasa tengok bunga Sakura di Jepun.

Ada 3 taman yang saya telah shortlist untuk pergi antaranya ialah Ueno Park, Shijuku Goen Park atau Naka Meguro. Akhir sekali saya pilih Naka Meguro kerana ianya adalah percuma dan berlatar belakangkan  Sungai Meguro.

Starting to bloom






the fallen one







Hari tu baru lepas hujan, kalau langit baru lagi cantik viewnya
Nearest subway : Naka- Meguro station
Keluar je subway menuju arah sungai dah nampak dah pokok-pokok ni. Ada juga kawasan yang boleh berhanami tp waktu kami pergi takde orang yang bentang tikar lagi. Berhati2 melintas jalan kerana jambatan2 mini yang adalah laluan kereta..jangan terlalu asyik menangkap gambar. Park ini jauhnya cuma 15 min menaiki subway ke  taman Shinjuku Goen ( bayaran masuk diperlukan 200 yen) tapi masa kami terhad .Kami sempat cover 1 taman sahaja. Narita ke central Tokyo sahaja sudah sejam dan kami perlu ada di Narita kembali untuk immigresen check.

Kalau terlepas Sakura di Tokyo boleh turun ke Osaka * beza dalam seminggu  dan untuk Hokkaido , Musim bunga ialah pada Bulan May !
Photo credit : Japan Info


Aktiviti menarik di Jepun untuk melihat Sakura :
1)Kawazuzakura-cherry-blossom-viewing-tokyo
2) Sagano-romantic-train-ticket-kyoto/
3) Sakura-viewing-mt-fuji-gotemba-premium-outlets-day-tour-tokyo/

Salah satu tempat yang saya aim nak pergi tapi belum ada kesempatan untuk pergi ialah Jinhae Cherry Blossom festival di Korea.  Saya pilih Naka Meguro sebab ianya di tepi sungai sama seperti Jinhae. Jinhae lebih unik kerana ianya berdekatan dengan stesen kereta api. Di mana apabila tren tiba kita akan nampak kelopak2 bunga Cherry Blossom berterbangan. Menarikkan? Satu hari nanti, InsyaAllah.

Jinhae, Korea . Photo Credit: Trazy

Jinhae, Photo credit : Trazy
Kalau dari Busan , boleh menaiki local bus ke Jinhae.

Namun terdapat juga pilihan satu hari tour atau 2 hari tour ke Jinhae dari Seoul. Untuk keselesaan dan khidmat guide bolehla ambil pakej ini.

1) Jinhae-cherry-blossom-festival-gunhangje-1 day-tour
2)2d1n-busan-jinhae-cherry-blossom-festival

Package dari Busan/ Jinhae tour package from Busan :
Jinhae-cherry-blossom-tour-busan/

Kalau tak sempat langsung view Cherry Blossom untuk bulan April. Jangan risau Hokkaido masih menanti, Peak season adalah awal bulan May.

If you missed out or you cant take leave in April, do not worry you still have Hokkaido as their spring season starts in early May.

What to expect in Hokkaido :

Fort Goryokaku, Hakodate Hokkaido in Spring. ( photo credit : Vacation Niseko)
Saya pernah pergi waktu musim panas, taman ni warna hijau sahaja menarik juga bila spring warna pink dan bila musim sejuk taman berbentuk bintang ni bertukar ke warna putih.

You can view this from Goryokaku Tower. I went there during summer so it is all in green colour.



Spring speciality. You can enjoy Sakura based drink, products etc

Japan :






Kit Kat Sakura Matcha ( photo credit: Japan Info)


photo credit : Japan info

Starbucks Japan


Special coke design bottle



Korea

The famous binggarae line. Seasonal products

Cherry blossom


My sister just back from Korea but she only manages to buy the mulberry one.




photo credit : Klook

Jinhae kau tunggu aku datang.....tahun...xxxx

Tuesday, 3 April 2018

Okurayama Ski Jump Stadium



Original itinerary: Tzururan Sledding Hill and Mount Moiwa Ropeway, saw a post about this Ski Jump stadium- it got everything that I want...( I want white snow more than sledding and I want to view Sapporo City) so I cancel those 2 plans and go to Okurayama.

Actually, I don't know I should write in English or Bahasa. My visitor stats show the visitors from English speaking country too lol but maybe because it is related to Kpop or Kdrama. I will write in Bahasa but the tips and direction will be in English in case someone need some info.

#TipsCikLeha - Guna Sapporo Subway 1 day pass untuk jimat. 1 hari 520 yen sahaja pada hari Sabtu dan Ahad termasuk hari cuti awam. Kebetulan pada  hari itu cuti Spring Equinox jadinya staff kata kami boleh beli pass satu hari dari mesin.  Standard harga perjalanan ialah 200 yen. Makanya asalkan kita naik Subway 3 kali dah jimat dah. Untuk satu hari ini boleh suka hatilah nak jalan segala arah tanpa risau akan kos.Tu yang tetiba last minit terus pergi Sapporo Mitsui Factory Outlet.

#Use Sappporo Subway 1 day pass ( Saturday and Sunday + Public Holiday): 520 yen if you are planning to use the Subway more than 3 times a day. Standard fare between 1 station is 200 yen


Direction :
Naik Subway dan turun di Stesen Maruyama Koen. Pergi ke stesen bas bersebelahan dan naik bas JR no. 14 berhenti di Okurayama Kyogicho Iriguchi Tak pasti samaada ini stop terakhir bas atau tidak tetapi semua penumpang turun dan kami boleh nampak ski jump sebelum stop ini. Bas JR lebih user friendly kerana dilengkapi  English audio namun sebab enjin bas yang agak bising kita masih mungkin  terlepas dengar.Untuk kepastian cuma perlu confirm lagi sekali dengan bus driver. Kita akan tap pintu belakang dan tap lagi sekali di pintu hadapan bersebelahan driver bus jadinya memang berpeluang untuk bercakap dengan driver. Boleh juga pergi Zoo dari stesen bas ini.

#Take subway  to Maruyama Koen station. Go to the bus station nearby ( u can see it from the sign) and take JR bus no. 14 to Okurayama Kyogijo Iriguchi. You can also go to the Zoo from this bus station. Jr is better than Chuo bus because they have  English audio but because the bus engine can be loud so u might cant hear the stop name properly. You can always reconfirm with the driver. If you are using IC card or cash u still need to exit at the front door. When we were there everyone stops at the same bus stop.




Follow the sign and walk around 5-10 minutes to the Ski Jump Entrance

Ski lift : 500 yen
Ski Jump Museum : 600 yen.
#tipsCikLeha  - Buy combo( ski lift +  Museum) at the ticket box = 1000 yen and 50 yen voucher for the soft-serve.




Observation deck.

The view of Ski Jumper


Bandar Sapporo








Stadium Baseball yang dipenuhi salji selelpas zoom in
Memang tak sangka stadium ni masih lagi beroperasi kerana ianya dibuka pada tahun 1972! Hebat sungguh planning jangka panjang mereka , walaupun Olimpik sudah berakhir , ianya dibuka sebagai tempat pelancongan untuk meninjau bandar Sapporo. Oh ya ini adalah satu2 tempat yang saya pergi sepanjang percutian yang tandasnya tiada bidet lol ( mungkin sebab dah lama terbina)

Olympic Stadium Museum

Memandangkan masa lagi post sindrom olympic PyeongChang tu yang seronok melawat muzium yang dilengkapi dengan permainan VR.





Kesukaan saya - King of Ice Skating - Yazuru Hanyu !






Paralympic equipment


Siap bawak air panas dalam Thermos lagi untuk makan maggi dengan view salji hahaha ( ada bangunan kafetaria juga tapi kami tak masuk)

Stadium ini juga dibuka sepanjang tahun bukan winter sahaja !


Credit Sapporo Travel . View in Summer