Friday 20 August 2021

Photobook Promo in August

 


Photobook ada pelbagai promo untuk bulan Ogos. Gambar-gambar yang banyak tu bolehla dijadikan photobook.

Klik Di Sini


Saturday 29 May 2021

BTS Meal Malaysia Edition

 



Hi Siapa tak kenal BTS kan ? Bukan Bandar tasik Selatan ye.
BTS kumpulan Kpop popular dari Korea Selatan. Baru baru ini bekerjasama dengan McD.

Mereka telah keluarkan Set BTS Meal. Ada 10 nugget, kentang goreng , Air Coke dan Sos Cajun serta Sos Sweet Chili.



Sis saja buat video. Sis beli drive thru je...

Ha trivia menarik Malaysia negara terawal bersama dengan Amerika yang offer BTS meal ni. Korea Selatan pun offer lambat sehari dari Amerika dan Malaysia.  Untung Malaysia Army sbb dapat cawan dan paper bag customized. Kat Amerika takde pun paper bag dan cup ungu tu.




Borahae!

Jom daftar vaksin ! Lindungi diri Lindungi semua

 


Salam semua...Nampaknya kes semakin meningkat. Apa yang kita perlu buat ialah sentiasa patuh SOP

Kekalkan 3 W- Wear mask, Wash Hand and Warn . Jauhi 3 S- Sembang dekat, Kawasan Sempit dan Kawasan Sesak.

Sis potong q secara halal apabila kerajaan tawarkan vaksin AstraZeneca secara sukarela untuk 18 tahun ke atas yang berada di Kuala Lumpur dan Selangor. Ramai yang takut AZ ni , AZ ni datang dari Universiti Oxford tau! Kat UK ni adalah vaksin utama , sis pun lepas cucuk macam ada je slang British. Can I have a cup of tea ?? lol 

Masa batch sis tak perlu buktikan kemanusiaan lagi. Adalah dalam 15 min selepas slot dibuka dan sis berjaya daftar.

Sis pakai klik je rupa-rupanya sis punya slot ialah raya ke 3. Takpelah tak dapat balik kampung pun

Sis punya pusat vaksin bertempat di WTC dahulunya dikenali sebagai PWTC.


merasa rentas daerah

Pertama daftar vaksin di applikasi mysejahtera ataupun di https://www.vaksincovid.gov.my/

Anda akan dapat push notification dan sms.

Anda juga akan dapat panggilan reminder automatik dari nombor 0388733200 . Mesin yang bercakap.

WTC ni pusat vaksin terbesar dan mensasarkan 8k dos sehari.  Jadi jangan lambat dan jangan juga terlampau awal kerana anda mungkin menyebabkan kesesakkan. Paling ideal 15 min sebelum waktu temu janji dah ada di pintu.

Apa yang perlu di bawa ?

1. IC

2. Pen untuk tandatangan kebenaran

3. Telefon yang digunakan untuk mysejahtera



Tengok dekat mysejahtera ada tulis nombor stesen.

Untuk WTC ada sampai 3 stesen. Anda akan diberi konsultasi dahulu kemudian selepas anda setuju barulah anda akan disuntik. 

Anda dikehendaki berada di ruang pemerhatian selama 15-30 min sebelum anda bergambar macam saya di atas.

Kesan sampingan :

Setiap orang mempunyai kesan sampingan yang berbeza. Tapi secara purata anda mungkin akan demam. Anda cuma perlu mengambil paracetamol /panadol jika memerlukan. Anda juga boleh melaporkan simptom kesan sampingan di dalam mysejahtera.




Untuk WTC, anda juga boleh dapatkan diskaun untuk parking dan membeli belah di Sunway Putra Mall. *kena download aplikasi Sunway.

Jangan memilih vaksin, kerana semua vaksin ternyata mempunyai kelebihan lebih dari risiko. Walaupun kita masih boleh dijangkiti tp ianya tidak mempunyai kesan yang teruk atau memerlukan icu .Sudah maklum sekarang icu kita sudah hampir maksimum digunakan. Mari tolong daftarkan ibu bapa atau warga emas yang kurang arif menggunakan smart phone atau komputer. Mereka tergolong untuk kategori risiko tinggi.

Simple English version (Vaccination in Malaysia) 

Do's

Register on MYSejahtera / https://www.vaksincovid.gov.my/

You will received SMS and update on appoinment date.

Must bring item:

Identity card / Passport , Pen ( to sign consent form), Phone with Mysejahtera application

Check your station in mysejahtera either station 1/2/3 and q at the respective station.

Do not come too early to avoid overcrowded, the ideal time will be 15 minutes before your appointment time. 

You might received auto reminder call (machine generated ) from 0388733200 


Wednesday 21 April 2021

POPLOOK BAZAR RAMADHAN

 




Ramadhan Bazaar | Up to 25% Off Raya 2021

Boleh browse Poplook Malaysia kut ada baju baju untuk anak atau sendiri . Mana tau ada 
yang berkenan di hati.

Ni sample baju raya dan kemeja .







Raya Bersama Shopee

 



Kalau dah terlepas 12 April , jangan lupa next jualan pada 23 April 2021.
Yang penting penghantaran percuma.
Baju Raya dah beli ?
Kuih Raya pun boleh preoder di Shopee.



Ni barang yang sis dah order tapi belum dapat lagi lol 

Kuih raya. Tengok gambar macam sedap je tu yang place order. 

Nama kedai: OkedKama




Yang ni yang plan nak beli
Tudung saji pink ( yela nak letak rendang) tapi rm44 lol so tengok kalau ada lebih bajet

Nama kedai ( boleh search kat apps Shoppe) : Banfang




Ketupat LED


Sedih raya kat Perantauan lagi selagi tak boleh cross negeri,

sambil tu2 layan jela lagu Shopee

Raya bersama Shopee
Penghantan Percuma Jualan Puas Hati
Raya bersama Shopee 
Penghantaran percuma
Tawaran seringgit setiap hari
Raya bersama Shopee
Penghantaran percuma puas ku membeli
Istimewa raya tahun ini kita beli di Shopee

Offer :
[Exclusive Code] Raya Bersama Shopee: 15% Coins Cashback for Existing Customer

Code :IA55EC




[Exclusive Code] Raya Bersama Shopee: RM10 off min spend RM20 for New Customer

Code : IA55NC


Thursday 8 April 2021

Taman Persahabatan Selangor-Jepun di Shah Alam

 



Tak dapat pergi Jepun tak mengapa pergi dulu dalam negara.Berdekatan dengan masjid Shah Alam.

Dibuka percuma bermula dari 10 pagi.

Boleh juga untuk rekreasi dan makan ( ada meja2 disediakan)








Sakura palsu pun ada, mintak MBSA tolong tanam Tecoma






Kedai serbaneka Korea CU kini di Malaysia

 


Kedai sebaneka Korea CU kini berada di Malaysia. Cawangan pertama terletak di Centrepoint, Bandar Utama Petaling Jaya,

Gmbr ihsan google imej CU di Korea selatan :


Kalau di Korea, ini kedai untuk beli nasi express dan banana uyu.Tapi kini bahan2 segar yang dimasak di sini adalah meggunakan sumber halal. Staff mengatakan sijil halal masih dalam proses tapi tidak perlu khuatir dari segi sumber halal. Bolehla beli kimbap, ttokboki dan roti di CU. 

Tips: Pergi selepas pukul 6pm hari biasa atau Sabtu dan Ahad kerana parking Centrepoint adalah percuma pada hari tersebut.

Facebook Official :https://www.facebook.com/Malaysia.CU/

Saya pergi hari Sabtu , CU dibuka seawak 7am . Saya sampai dalam 8:45 dan sudah ada yang beratur tetapi dalam masa 15 min sahaja sudah dapat masuk ke dalam kedai.

Perhatian : Untuk produk siap dari Korea pastikan anda baca kandungan bahan terlebih dahulu kerana tidak semua produk siap mempunyai sijil halal . Produk siap ialah seperti snek/ ramyeon/ air/aiskrim dalam peti

Saya fokus pada produk yang disediakan dalam Malaysia. Jadi ini yang saya beli :




Goguma bingsu /ABC ubi kayu manis

Sikhye Jagung

Corn Cheese Dog /paling sedap

Roti dan dosirak ayam serta puding onde2


tobokki jajang pun ada,

Produk produk lain







Bolehla cuba nanti nak buka puasa pun boleh tp da cuma 4 meja di dalam dan lebih kurang 4  atau 5di luar .