Saturday, 5 September 2015

Day 4 -Fussen - Istana Neuchwanstein

Al-Kisahnya Raja Ludwig dari kecil berangan nak lawan istana ayah dia dan bina istana paling cantik di dunia. Memang cantik ! sampai jadi inspirasi Mr Disney untuk logo Disney dan istana di Disneyland.


Untuk naik ke atas boleh pilih naik bas atau naik kereta kuda.
Naik bas : 1.8 Euro untuk 1 perjalanan. Boleh pilih hendak pergi ke jambatan atau istana dahulu.

Jambatan ni sapa yang gayat sila jangan naik. Dari segi struktur pun jambatan ni dibina dari kayu makanya agak kurang stabil di situ.






















bahagian sisi

depan / front door



tepi / side
pandangan dari jambatan /view from the bridge









waterfall view from the bridhe


Istana kepunyaan ibubapa Raja Ludwig juga turut berdekatan



Harga fridge magnet : 1 magnet: 4 Euro


Next : Innsbruck , Austria

Day 3 - Frankfurt , Germany


Sepatutnya kami pegi Hedeiberg tapi sebab campsite full, makanya beralih arah ke Frankfurt. Kami tido di hostel so selamatlah dari khemah yg basah kena hujan semalam tu.Kami lalu highway yg takde speed limit bak kata crew KC, Abu Top Gear selalu shoot kat highway ni....dan kenapa takde speed limit..well inikan negara Mercedez benz, Volvo, Volkswagen...pasti selamat deh...

Jakun taxi merz

Menariknya di r n r. Toilet kena bayar dan akan diberi token, token 0.50 akan ditolak  balik apabila kita beli apa2 dari kedai eg air /coklat.
Tips: Kalau datang dengan keluarga dan semua pergi tandas. Boleh beli barang tolak dengan 3 kupon sekali kan dah jimat 1.50 euro ??
Rules driver : mesti rehat 45 min setiap 4jam setengah journey




Bilik hostel kongsi ber8 dan shared bathroom. Tapi takpe shower air panas free n free wifi .  Dekat tepi hostel ada makanan ala2 arab.
Dinner dekat hostel vegetarian style ,breakfast roti. Breakfast tu siap bg nutella pek kecik2 ala jem...urm saya amik 3 je untuk makan dalam bas...kiki


red house





Frankfurter sausage dtg dari sini le





bangunan yang unik
Fridge magnet price benchmark : 
Amsterdam : Volendam 3 for 4.7 euro
Franfurt :mahai 4Euro , nasib baik jumpa 1 kedai yg dekat hujung 2.50 1  design sahaja.

Next - Fussen

Day 1 - London -Belgium- Amsterdam

Yeay excited, meeting point Kelana convoy  depan Hyde Park. Hari tu hari Sabtu, jalan jem so sume pun delay....kami menaiki ferry melalui Port Dover ke Port Calais, France sebelum merentasi Belgium ke Amsterdam.
Alternatif lain ialah menaiki keretapi tp En Hairul kata takde slot so naik ferryla kami ....
Punyala lambat dekat pukui 6 baru dapat naik ferry. Di sini juga kami makan nasi lauk kari.

Dalam ferry boleh beli prepaid wifi 3 pound. Kat dalm tu ada macam2 starbucks pun ada.
selat inggeris
white wall of dover & dover's castle
Europe sejam kehadapan dari London
Sampai di Calais, France hari sudah lewat malam , kami tidak sempat singgah untuk beli coklat Belgium. Kami sampai di Campsite Amsterdamse Bos ( dekat airport Schipol) dalam pukul 1am. Bas pun tak boleh masuk ...kami kena bawak beg+ sleeping beg..berjalan nasibla tak jauh sangat dan Khemah pun dan dipasang oleh Bas no.2 yang dah bertolak pagi.
 Memang kami lepas solat Isyak terus tunggu subuh yg dalam pukui 3 lebih kalau tak tak bangkit dah ni..
Disebabkan rules driver di Eropah kena rehat 9jam..perjalanan kami esok bermula dalam pukul 10.

Kemudahan : Free wifi di dewan makan
Air panas : Berbayar: 1euro untuk 5 minit
Mesin basuh dan pengering disediakan.

Masa di Holland, cuaca masih sejuk dan waktu nak balik hujan bukan main, Kena pack khemah waktu hujan.
Kami melawat  Voldendam dan area Rijksmuseum, Hard rock cafe 
Terdapa toilet berbayar menarik kat museum *area iamsterdam , memula nampak macam see through dari luar tp bila kita kunci dia akan kaburkan pintu...hahaha saya tak try sebab kena bayar...lol dengar cerita n tgk gmbr kawan jelah...

clogs

windmill


kat sini makan fish nugget
lembu pun jadik
City centre
Kota bebas Belanda -
Pelacuran itu biznes, ganja ada di dalam menu sekali di cafe.....tak taula nak kata apakan...



photo spot but too many people" Iamsterdam"







Gambar canal ni teringat movie " The fault of our  stars " scene dorang jalan2 sekitar Amsterdam .

makan malam harini oleh KC ialah KFC - iaitu Kelana Fried Chicken lol ....siap boleh makan 2 ketui lagi tu..dorg mmg suka masak hangit...haha tp sedap

next - Jerman

Lawatan singkat ke Stamford Bridge

Last chance jalan London sebelum pegi meeting point untuk Kelana Convoy pada pukui 12 noon...so saya pilih ke Stamford Bridge !!
Takdela sokong sangat, zaman2 sekolah rajinla tgk EPL. Masa 2009 pun join Wembley Stadium Tour. Memang menarik. 

Harini beli kad Oyster 15 GBP dari  mesin. Tapi mesin  tu tak accept cash tp dia accept kad kredit sahaja. Stamford Bridge pegi luar sahajala , tak dapat nak tgk dalam changing room semua sebabnya takde bajet...tp die hard blues janganla lepaskan peluang kalau dah ada kat London. Baik tgk games sekali.

Anyway terima kasihla pada staff yg sudi amikkan gambar saya yang sebelum pukui 9am dah datang sini2...Thank you  !!

Stesen : Fulham Broadway








Ada  seat khas untuk gambar berkumpulan

Next , Amsterdam aku datang -

London: Kingsman ,Harry Potter ,Notting Hill and more

Sampai London ,  ada 1 hari , so untuk penjimatan wang belilah pass 1 hari dekat machine $12 so boleh sesuka hati pegi mana2. Sebab setelah compute single way fare lagi untung amik ni...tapi takat nak pegi 2, 3 tempat tu tak payahle..pakai Oyster card je sudah. Download je free apps untuk Tube undrground map. Atleast  takde internet pun still boleh pakai.

Ada plak sambutan Aidilfitri dalm englishnye Eid celebration dekat Trafalgar  Square.
Dulu2 tempat yg banyak merpati ...yang dalam video klip Amy Mastura dalam cinta korporat lol...Tapi tak sempat pegi majlis sebab hari yang sama nak bertolak ke Amsterdam, so singgah 1 hari sebelum dah ada booth dah. Disebabkan last time dah jalan full kat London , ni kira pegi yang mana  belum pergi je. Hujan je...nasib baikla renyai2  Atas sebab2 susah nak tgkap gambar pakai payung , i pakai jaket yg kalis air dengan hood. Mmg berguna sampai ke Belanda  dan Venice.




Harry Potter  Platfform:
Stesen : King Cross & St Pancras
Masuk je King Cross dekat area2 kedai tu  nampak platform buatan...boleh bergambar free (pakai kamera sendiri ) or pakai kamera staff yg mana dorg siap akan bagi pinjam scarf untuk efek ala terbang ke Hogwarts. Dekat London ofcourse ada theme parknye The Making of Harry Potter sendiri but takde bajet nak pegi..pegi yang kat Jepun tu pun dah kira best ,cukupla tu. Ada kedai merchandise jugak untuk semua peminat Harry Potter.

menghayati watak, i pakai stokin Gryffindor


The real platform


St. pancras - stesen nak naik eurostar ke Paris.




Pukui 9am terus pegi ke stesen Bank  untuk tukar duit.Al Kisah masa 2009 konon2 nak simpanla duit lebih 50 pound (Houblon) lepas balik London. Nanti pegi mana2 boleh jadi backup.  Masa pegi Jepun oct 2014 , ingatkan nak tukar ke Yen sekali org Jepun tu cakap ni dah tak laku. Email ke bank of England,dia kata boleh post or walkin untuk tukar note baru.

so sapa2 kut ada Houblon ni maaf tak laku /sila tukar dengan Bank of England.
Masuk Bank of England ni kena lalu security n xray bag lepas tu senang je pergi kaunter terus dia tukarkan duit baru.Rasa macam tukar duit rm1 not baru kat Malaysia je sementelah masih syawal lagi....hahaha

It u still have houblon 50 note u can just exchange with new note at Bank of England or mail  it to them.

 
"Where can I exchange Houblon £50 notes?
The Bank of England will always exchange its old-series notes. Notes may be presented for payment either in person or sent by post (at the sender’s risk) to: Dept NEX, Bank of England, Threadneedle Street, London EC2R 8AH. "


Oxford street  
Ni mmh kawasan shopping tapi aku nak pegi tgk kedai jahit dalam movie Kingsman je ...lol
Manners makketh man !!
Stesen terdekat  :  Oxford Circus Station ( 7  min )
Alamat  : Huntsman 11, Savile Row

Notting Hill 
Stesen : Notting Hill Gate
Saja2 nak feel ala Hugh Grant & Julia Robert jalan2 area sini. Mmg ada umah William Thacker tp sebab hujan dah nak malam takdela beria nak carik.


Last stop : Sebab dah ada pass kan terusla pikir  "eh kena pegi gak 1 stadium bola"...walaupun masa tu dah pukui 9mlm...terusla ke stesen Arsenal.... tp still hujan and dia bukan macam stadium jalil terus nampak dr stesen lol//tp bak kata kazen just jalan je 100 m patut dah nampak emirates...masa tu takut plak kena mug kan jalan sorg2 tu yg patah balik.