gurun dubai |
Dapat tiket promo KL -London Rm2200 . Takde refund dan terdapat syarat "no show" akan dikenakan penalti rm1000. Tapi kalau date dah pasti so takde apa2 masalah , rm2200 return tu dah cukup murah dah. Naik 6 jam transit Dubai dari Kuala Lumpur dan lagi 6 jam ke London.
Gap transit sejam setengah.
Yang paling best masa naik Airbus ke London. Siap ada free wifi lagi (kagum jer berwasap atas awan) tp dlm 15 min(dia bg in bytes) haha lepas tu sila beli.
Overall makan kenyang, yg penting dah siap2 halal. Facilities tiptop tp staff mcm kurang friendly.
Dalam menu ada option air coklat tp mcm nak tak nak je bagi sebab dia bawak jag teh n kopi je...ehh kena mintak gak, sapa suruh tulis dalam menu.
Feature yang menarik - Plane cam
Emirates dilengkapi ngan plane cam, so kita boleh tgk keadaan di luar , ada kamera di bawah , depan dan ekor kapalterbang * ekor hanya di model Airbus. Bila landing ,take off nampak le runaway.
Apa yang saya makan pergi dan balik
Entertainment- yang ni best sebab movie Korea dia yang update lol. Masa pergi tengok cerite Lee Seungi dan Moon Chae Won,balik tengok Twenty (Junho , Woobin Haneul) dan Rewrite (Hugh Grant), Marvel movie list pun ada. Layan sambil caj phone....tapi masa naik boeng KUL- Dubai duduk dekat tingkap takde tempat usb tu, kerusi tengah dan aisle je ada
Airbus- jakun jap ada tingkat atas..yelah selalu i naik Air Asia je.
oh kat situ tangga dia -org2 1st classlah kut |
safety exit |
Masa dari Kuala Lumpur ramai sangat orang kena undergo security sampai rasa kejap lagi ada yg miss kapal terbang ni...tp sempatla pegi surau dia jamak zohor asar....surau dia takde telekung yelah org arabkan dah siap terus solat pakai jubah dia dah siap tutup aurat dah...Masa balik gate baru dekat siap bole singgah Mcdonald. swipe pakai debit card sebab takde curreny dinar. Yang kat McD ni semua ckp english sebab semua foreigner. Special untuk rakyat msia yang transit lama boleh lah melawat Dubai , tak perlukan Visa dan siap boleh lalu Autogate sebab hanya perlu scan pasport sahaja.
Gatwick Airport
Sampai London dalam pukul 9mlm. Biasala immigresen sini kena tunjuk itinerari dan tiket balik. Gatwick ni ada North dan South terminal....dekat South ada Gatwick Express dan Shuttle bas (Easybus) ke city London.(victoria atau Waterloo) Nak jimat better book online.
Easybus GBP 11 beli on spot (sejam perjalanan ) Gatwick Express GBP 19.90 single trip, 34.90 return (setengah jam ) ke Vicoria
Easybus punya shuttle ni Van ..so kalau tak book online bahaya jugak sebab maybe dah full 12 org je muat...nak beli tiket onspot boleh tp pay by card..Ada 2 laki Itali ni takde card ....last2 driver ni suruh pinjam kat aku sebab aku ada card...so dapatla cash 22 GBP beria dia ckp thanks.
Kedua-dua terminal North dan South ada all religion prayer room. Dekat south, toilet dekat eskaletor tengah siap ada private sink...senang sikit amik wuduk.Dekat prayer room ada tempat wuduk tp 1 je so campurla laki dan perempuan .
Ada tempat boleh duduk dan caj ..syoknye UK sebab plug sama Malaysia senang!
Sempat gak tido jap sementara nak tunggu 5am 1st shuttle ke Waterloo ..ada polis akan round juga tp dia tanya2 begitu je n walau muka aku paling foreign tp dia tak tanya pun...haha
sempat gak tido |
Tips : register mygatwick dan dptkan free coffee any flavour |
tempat wuduk disediakan |
Free wifi : 90 min sahaja
Masa balik, seperti biasa nak habiskan siling belilah coklat yang takde di Malaysia. Dorg biasanya akan label suitable for vegatarian so bolehla makan
No comments:
Post a Comment