Thursday, 5 October 2017

Pakej Korea-Vietnam bersama Poto Travel


Hari Pertama
Kami menaiki Vietnam Airlines dan transit di Ho Chi Minh selama 2 jam.  Perjalanan dari Kuala Lumpur ke sana mengambil masa 2 jam. Namun waktu tempatan adalah lewat sejam dari Malaysia. Jadinya kami berlepas 8pm tapi sampai di sana 9pm waktu tempatan ( 10pm waktu Malaysia)


Hari Ke2
Dari ke Ho Chi Minh ke Incheon mengambil masa 5 jam. Kami sampai di Incheon dalam pukul 7am tetapi kerana terdapat ramai orang selepas imigresen dan bagasi kami hanya berjumpa Tour Guide , MJ dalam pukul 9am.
Kami bergerak ke  Nami , tetapi kami akan makan tenggahhari dulu di Nami Ok. ( menyajikan ayam yang halal ) . Selepas itu baru kami menaiki feri ke Pulau Nami. Solat Jamak Taqdim di Musolla nami ( yang terletak di atas Library Kanak-kanak).  Saya pernah ke Pulau Nami 2 tahun lepas dan nampaknya kali ini pihak pentadbiran telah "upgrade" fasiliti surau.  Ianya turut dilengkapi dengan Shower room!









Kami kemudian melawat Petite France. Perkampungan ala Paris yang juga kawasan popular untuk rancangan Running Man, serta k-drama ( My Love from the star)






Kami makan malam di Itaewon dan check in di Hotel Recenz.
Hari Ke3
Kami melawat kedai Ginseng sebelum bertolak ke Everland.
Everland terkenal dengan roller coaster kayu ,safari dan taman bunga yang indah.
Everland telah mula dihiasi dengan tema Halloween yang di sambut hujung bulan 10. Tiada restoren yang mempunyai sijil halal tapi para pelawat boleh membawa makanan luar masuk ke Everland.Ini kerana mereka juga menggalakkan pelawat tempatan untuk berpiknik di dalam Everland. Saya bawak nasi goreng je, ada yang siap sedia bawak plus dengan air panas dan makan maggi di sana. Kami Jamak taqdim di Surau Everland. ( tempat wudhu disediakan ) namun ianya berkongsi lelaki dan perempuan) Boleh bergilir2 untuk solat. Surau diletakkan di sebelah Mystery Mansion. Bulan Sept adalah penghujung musim panas dan bermulanya autumn. Daun2 sudah menunjukkan kekuningan dan waktu pagi serta malam sudah mula terasa digin dan angin sepoi2 bahasa. Waktu tenggahari panas seperti biasa.







Roller coaster, safari memerlukan pelawat untuk beratur. Jangkamasa beratur mungkin menjangkau 15 minit hinggalah sejam. Berikut adalah tempat yang menarik untuk dilawat tanpa perlu beratur :
Penguin, Polar bear, Sea lion dan harimau yang bersebelahan safari.Alkisah tak pernah tgk polar bear jadinya excited tapi lepas dah tengok sedih plak tengok muka polar bear ( dinding polar bear di lindung dan untuk melihat pelawat perlu membuka cover ala tingkap) . Adakah kita yang menggalakkan mereka dikurung dan duduk dalam kurungan ? 













Kami makam malam Bulgogi di Restoren Halal Hibiscus dan melawat doota di Dongdaemun.


Hari ke3 
Kami melawat kedai Red Pine ( herba) dan melawat Masjid Itawon. Makan tengahhari di Kervan.

Kami melawat Cheongyecheon stream,duty free serta Istana Gyeongbukgung



Sebelum free shopping time di Nandaemun dan Myeondong, kami makan malam di restoren Malaysia , Kampungku. Kampungku terletak di Myeondong berdekatan dengan hotel Pacific ( berdekatan Exit 2 dan 3)





Kami bermalam di Incheon untuk flight awal pagi ke Ho Chi Minh. Boleh juga sarapan di food empire foodcourt. ( berdekatan gate 118- gerai Halal  Nimat ) menyajikan nan dan kari.

Kami disambut oleh guide yang boleh berbahasa Melayu , Mr An. Hotel kami berdekatan dengan pasar Ben Tanh. Malah restoren untuk  makan malam juga bersebelahan hotel, Hotel Sunrise Central. 





Apa yang boleh dibeli di sini ?
baju kurung dan suit siap boleh tempah siap sehari.
Kain
tudung * bukan aslilah nok kalau start dari rm10
Telekung dr Rm30 * lycra
Boleh bayar dalam RM malah harga pun dah label rm bukan dong lagi. lagi satu fakta penting Vietnam penuh dengan motosikal. Kita boleh lintas jalan kerana mereka masing2 akan slowkan motosikal atas budi bicara mereka. Mr An kata asalkan jangan lari pejam mata pun takkan kena langgar lol 





Sini ada Jalan Melayu/ Malaysia yang banyak jual tudung/telekung dan kedai2 halal


Tak sah kalau tak pekena kopi Vietnam. Rm3 bayar pakai Rm sahaja


Esoknya free shopping time lagi ( pasar Ben Tanh buka dr 8am). Selepas itu kami melawat Notre Dame Vietnam dan Pejabat Pos Besar mereka yang terkenal. Di belakang blok bangunan2 ini terdapat Hard Rock Cafe untuk peminat2 HRC. Untuk certain pembelian boleh dapat topi tradisional Hrc ( yang berbentuk tudung saji dengan tulisan HRC Saigon)




Boleh beli setem dan poskad untuk dikirim pada kawan2 atau diri sendiri di pejabat pos.

beli untuk hadiah hari lahir kakak

Kami melawat juga Masjid di Vietnam. Tetapi belum masuk waktu jadinya solat jamak taakhir di KLiA sahaja.





Kami makan tengahhari di Satay House dalam perjalanan ke Airport
Alamat-  307/25 Nyuyen Van Troi St. mereka ada tanda "jalan jalan cari makan"


Semua selamat sampai di Klia jam 6.30pm


Wednesday, 4 October 2017

Guri Cosmos Park



Photo credit to KTO

There is a Cosmos Festival by end of September every year at Guri Park.  I was in Seoul early September, so I decided to take a peek as I believe some of the flowers are already blooming. I was into Cosmos field because of Moonlight Drawn by Clouds. The end scene of Bogum and  Yoojung ( idk the exact location tho). Plus the Jealousy Incarnate drama. Pyo Na Ri was reporting the weather update from Cosmos Field before Hwashin come and pick her up with a helicopter. ( also cant verify the exact location)  but as long as there is Cosmos lol


The park is nearby Han river. People come to jog and cycle here.  This is my view. It is still not fully bloom yet hahaha but it is still pretty.






Fast forward I was at Everland on 20 September. This is how the flowers look like. I bet the Guri Park will look triple fabulous. 



Back at Guri Park - you can see Han river and bicycle lane 


Morning glory besides the river

I took bus number 1670 from Jamsil exit 7 ( look at the bus number at the board). Only 1 stop and  the stop is  Topyeong IC 토평IC . 
You will see the park. To go back just take the same bus at the opposite direction. You can take other buses too as long as it is display Jamsil station. (from the board display - it is written in hangul tho 잠 )  
The bus is not in blue or green color ( it is like an express bus)