Saturday, 12 September 2015

Rome & Colosseum


 On the way ke Rome KC akan singgah Barberino Desigmer Outlet. Disarankan siapa yang mmg nak shopping tu sila google dulu brand apa yang ada dan terus aim ke store sebab 2 jam je kat sini.
Oh masa kat Venice hujan lebat, siap letak seluar jeans siap2 kat tepi khemah untuk pakai esok...basah lenjun ....tragis gak lah...ada family yang terus langsung terjaga dari tidur sebab air dah masuk.
Kami park bas dan makan dulu nasik kat Barberino ...masa tu cuaca panas "dalam hati nak je sidai baju dan towel kat pokok sini " hahaha tapi tak buatlah...nanti malu plak rakyat Malaysia. Sidai dalam bas jelah.

Kat sini akan dapat kad untuk selected brand 10% diskaun dan juga boleh beli minuman juga 10% diskaun. Oh kat sini free wifi....disebabkan aku wifi > shopping ,so sejam je pakai untuk upload gambar /wassap hahaha.

Aku nampak kawan2 lain beli Furla , Adidas. Aku beli lipstik Maybelline je dekat kedai Loreal sebabnya harga dia 4 euro sahaja..rasanya tak dpt kut kat Malaysia lipstik rm16.

Campsite:
Ok sebab sini harga berpatutan amikla kabin ..Harini upgrade sikit coz amik kabin with bilik air...Tapi takde aircond...panas panas.. Duduk sekabin dengan adik dari Papua , Regina. Sini ada free wifi tp kejap dapat kejap tak dapat. Kat Venice nyamuk dan hujan , tp sini plak panas ya amat...nak tido pun terjaga sebab panas. Kat sini ada juga mesin basuh dan pengering berserta penyidai sekali ( dapatla sambung sidai seluar jeans yang basah tu)


Harini tour akan naik train dan bas. Kami disarankan beli tiket yang boleh pakai untuk 75min....so kami disarankan beli 4 tiket untuk 1 hari tour. 1 tiket 1.5 euro.

Kami telah diberi amaran jaga beg masing2...yang best tu pegi naik train pun semua ada kaligrafi...macam kawasan ghetto pun ye gak....

stesen keretapi

huhu takut tak


Vatican city
Taec 2pm pun ikut pakej ke Vatican city ni...haha ..tak kenai ? takpe ignore je.
Kena beratur dan disini pun ada dress code...kena tutup lutut dan mesti berlengan. Masuk gak dalam sebab nak tgk siling  lol...ada askar yang menjaga Vatican City ni... sapa yg tgk Mission Impossible and Davinci Code sure taukan.





Next , kami jalan kaki ke Castello Sant Angelo , boleh beli souvenir...sini magnet murah 1 keping 1 euro dan bolehla negotiate nak lebih 1 ke kalau beli banyak... kami tukar tiket baru dan naik bas ke stesen Termini untuk lunch. Driver dia sangat mengerikan .....memang pakai belok je...rasanya masa tu lagi 1 minit duduk dalam tu  boleh muntah....

Dekat Termini ada banyak kedai halal . Kali ni jalan dengan Kak Mas...dah pi Itali kenala rasa makanan origin Itali kan...order lah pizza , Kak Mas order Kebab....pizza 5 euro  ingatkan 1 slice je ala Venice...sekali 6 slice tu...hadui kalau tau share je dengan Kak Mas (jimat pun jimat)...last bg kat adik2 meja sebelah makan 2 , bawak balik 1. 
Tips : Pizza boleh kongsi berdua. Kat sini juga hot kawasan untuk pencopet siap ada attempt lagi.

Margeherita 5 euro


Kat sini sebab panas asekla beli air mineral sahaja . 1 botol air =1 euro.
Kat Rome ni lagilah banyak pilihan Gelato . Tapi sebab harga 2.5 / 3 takdela beli...tapi mmg nampak menarik pun. Yang penting da rasa sekali kat Venice
Castello Sant Angelo
Kami naik subway ke Colosseum pakai tiket baru lagi. ke Stesen Colloseo. Keluar stesen je memang kagum ....tak sangka besar betui stadium zaman greek ni. Movie reference : 300 / Troy
Tips : Kalau nak masuk dalam Colosseum beli tiket online siap2 tak payah q.
Btw tak sempat masuk coz kat sini 45 min je...bolehje kalau nak masuk tapi kena join balik kumpulan kat tempat lain...disebabkan nak tgk tempat2 yang lain...takdela masuk dalam.



Jalan kaki ke Roman Forum....kami jalan kaki 4km sampailah ke Spanish Step


Trevi mountain- renovate takdela aku baling syiling..tp kalau tak renovate pun aku tak baling #cheapskate






habis jalan nampak paip ni terusla semua isi air masing2 . selamat diminum...aku semestinya amik, nak jimatkan

Next ---> Pisa

Friday, 11 September 2015

Venice

Venice ni sebenarnya option dalam Kelana Convoy tapi alang2 dah sampai takkan duduk campsiteje.
Kat sini dah terasa panas summer dan dah kena apply sunblock dah.
Campsite Fusina ni betul-beul tepi laut dan jalan kaki je nak pegi jeti ke Venice

Campsite tepi laut
Fasiliti :
Wifi berbayar, shower air panas percuma dan kemudahan mesin basuh dan pengering disediakan dan banyak. Satu kali basuh 4 euro ,kering 4 euro.  Kami memang basuh baju di sini, sesiapa datang solo tu kongsila2 dengan orang lain dpt gak jimat duit, masa keringkan baju terus combine dengan campmate so sorg 2 euro sahaja. Tapi memang kering, kuar2 mesin je panas. Disarankan bawa detergen serbuk untuk langkah2 penjimatan.
Terdapat juga pub di sini so malam tu mmg dengarla dorg jamming lagu Nirvana , Oasis etc 90's rock...tp dah penatle tu bising2 lagu come out n play pun i boleh tidor jugak...lol
Jeti ke Venice. Return 9 euro
Hari tu kami makan cekodok /cucur untuk breakfast. Hari ni lunch belanja sendiri. 
Gondola untuk 6 org= 90 euro. Kami pun pakat2 lah berkongsi untuk naik gondola.
Bak kata krew KC kalau kat Venice ni tak sah kalau tak sesat sebab lorong2 kecik dia memang mengelirukan.  Sampai kat square kena ingat dari sudut mana kita datang.Dekat sini juga banyak pencopet so kenalah berhati2.



Kagum juga dengan pekan atas laut ni

Pengemudi Gondola kami ni tidak pula menyanyi , bak kata krew kalau kami hulur duit mungkin dia akan menyanyi ...hahaha takpela kami semua jimat.
Krew KC mencadangkan tempat untuk KC tapi bajet dia dalam 15 euro....takpela rasanye kenyang lagi..
Tapi kawan2 yang makan tu kata sedap tambah lagi Spagheti Fruiti Di mare * berasaskan buah- buahan.
Disebabkan salah sorg dari kami, Zafran  pernah pegi ke Venice dia mencadangkan untuk ke Burano Island. Tiket ke sana sama rega bajet makan tadi untuk pergi balik 15 euro. Untuk kejar masa kami ber6 pun explore keliling Venice ke port Nove - Burano. Berpeluh gak , sempatla beli Gelato tengah panas ni.
Yang best tu tgh duk carik jalan tetiba jumpa kedai halal...hahaha dekat lorong  Barberia rasanya...tp beli air mineral je...sebab takut terlepas feri.


sini pun ada tower senget juga

Istana

kawasan hot untuk pencopet sila berhati2

Bridge of sigh adalah laluan terakhir banduan sebelum dihukum..sigh..get it get ??lol . Salah seorang banduan yang pernah dipenjarakan di sini ialah Casanova

Burano
Semua bangunan dia warna warni, banyak jual laces kalau berminat.

Burano dan lagi 1 bangunan senget




pelbagai perisa gelato
terpaksa letak beg kat depan takut pencopetkan
Anyway sebab sini tengah2 lautkan so makanan dia mahal...kat rom murah sikit makanannye termasuklah Gelato. Oh saya lunch gelato nutella je sebab dah tau balik akan dapat makan nasi lemak !!...  Nyam nyam my favorite kalau suruh buat review makanan yang KC masak, Nasi lemak paling best...siap tambah 2 kali lagi.

Next----> Rome

Innsbruck Austria




Lepas melawat castle , kami  bermalam di "Camping Oberland , Austria ".  Memang  awesome , kiri kanan mountain tu .  Tapi sampai2 lagi sejam nak maghrib pastu khemah basah plak tu dek hujan tempoh hari . Nak tak nak pinjam  towel dapur dan kena korbankan kain batik untuk lap dalam khemah.

kat belakang tu shower /toilet tempat basuh pinggan semua

Fasiliti : Shower air panas berbayar . Sink dan Shower diasingkan mengikut bilik kalau cuma nak basuh muka sahaja.

Sini takde tempat makan so KC kena siapkan khemah makan. Malam tu kami makan sphagetti sardin.
Esoknya breakfast cereal . Sebab breakfast cereal hari tu aku offerla Kuih raya sebagai makanan tambahan - biskut Arab...siap paksa habiskan sebab taknak simpan bekas.



Check out- hujan renyai2. Terpaksa tumpang letak beg depan umah jiran yang pakai mobile home ,macam rumah siap ada balkoni gitu

Pagi tu kami melawat Golden Balcony dan shopping Swarovski. Subhanallah Austria mmg cantik .









Amazing View
Zoom in

Innsbruck bekas tuan rumah winter olympic

Harga magnet di sini :  4 euro
Alternatif  :  Gelas kecil 1.9 euro.

Ada juga magnet yang menarik yang memerli perbezaan Australia dan Austria tapi tula mahai tu.

Perjalanan diteruskan ke Venice


On the way to Venice