Saturday, 13 February 2016

Frozen X Winter Sonata di Nami dan Hwacheon Sancheono Gangwon , Korea

Tasik beku di Gyeongbokgung
Niat di hati untuk pergi kali ke 2 ke Hwacheon Festival di Gangwon tapi bila kami jejak ke kaki keluar dari stesen subway, angin sejuk menderu2 , terasa hingga ke tulang. Rupanya local govt. pun dah keluarkan alert "cold wave" suhu jatuh mendadak hingga ke -26'c.



Philstay Ewha
Tidak dibayar untuk review tapi lokasi guesthouse ini sgt strategik, dekat dengan stesen Ewha  exit 2. Yang penting ada breakfast * roti dan sup cendawan* serta ada lif.
dah macam hotel dah 1 bangunan dia je
Staff peramah dan mesra , siap bagi kami heatpack percuma dan membenarkan kami check in pukui 11am.
Bilik dilengkapi lantai pemanas dan bilik air private.
Tingkap pun ada ais kerana cuaca sejuk yang teramat

Nak tak nak takkan nak memerap di bilik je, kami pun membungkuskan diri sebanyak lapis yang boleh untuk keluar. Heat Pack boleh dibeli di kaunter 7e / GS25 dengan harga 1000 won.

Nami Island yang beku
Untuk ke Nami , perlu menggunakan ITX di mana ianya bukan stesen bawah tanah  , memang menguji tahap ketebalan kulit. Tangan pun boleh hilang deria rasa kalau tidak memakai glove. Nasibla apps subway menunjukkan waktu jadual yang tepat, sekurang2nya kami boleh stay di tingkat bawah  sebelum bergerak ke platform (yang masih sejuk kerana angin luar dapat masuk tapi at least tidak la terus mendedahkan diri dengan angin sejuk di platform)

On the way ke Gapyeong , stesen transfer ialah Sangbong. Di sini kami duduk sebentar di menghirup hot chocolate untuk memanaskan badan

 Di sini juga terdapat tangga piano kalau sahaja nak main piano sambil bersenam.

Sampai sahaja di Nami, memang menakjubkan kerana permukaan tasik telah pun beku ......nasib feri ke pulau masih boleh memecah ais dan bergerak.
Elsa was here lol


ucapan 2016 di nami
Walaupun sejuk tapi tiada salji makanya jadikla gambar pokok begini sahaja

ninja
setiap 100 meter ada unggun api untuk memanaskan badan
Paling menarik di musolla, ada library kanak2 dan galeri



Hwacheon Sancheoneo
Kami terlepas bas yang didiakan tourism , maka kami naik bas express di terminal Dongseoul berdekatan dengan subway Sangbong( 2jam 40 minit) . Bas berhenti di termninal Hwacheon ,untuk ke tapak festival , jalan kaki 10 min . Kalau naik bas yang disediakan tourism bas berhenti di tapak festival.



ice fishing- tahun ni prestasi menurun seekor sahaja




 
Untuk traditional ice sled - 5000 won, voucher 3000 won akan diberikan.Boleh redeem di kedai untuk beli air (1500 won dan gula kapas (1500 won)
Fishing - 8000 won - voucher yang diberi (5000won ) boleh digunakan untuk membeli kail

Others 
Kedai brooch baru .Selain dari ahjumma 209 dekat bangunan hijau nandaemun tu boleh juga pergi dekat 404 takdela sempit sangat. Nandaemun ni sampai kena pegi 2 kali sebabnya masa 1st day pergi pukul 5pm semua dah nak balik. Bangunan brooch pun dah tutup sebab hari tu 23 Januari 1st day hari yang suhu jatuh mendadak. ( kami je yang berjalan haha) . Orang kat Nami cakap last sekali macam ni 10 tahun lalu...lol nasib kami la dpt merasa begitu......

Nasibla last day salji turun dan kurang angin. Pengalaman winter kali ni memang mencabar dan hampir terfikir taknak dah pergi winter haha...tapi we will see.


Sejuk -sejuk nak gak bergambar depan tony moly coz ada 2pm ...sempat jugak singgah JYPe sempena birthday Lee Junho. Saja nak tangkap gambar birthday banner




Oh untuk mengurangkan pegi outdoor, kami sempatla spend waktu dekat Lotte Fittin , sempena melawat Dongdaemun Design Plaza. Dekat tingkat atas sekali ada K-live yang ada performance hologram dan jual barang2 official merchandise

Gotoon Got7



Thursday, 11 February 2016

Seoul Latest Landmark I seoul U

























Amsterdam ada "I Amsterdam" , dekat Seoul pun dah ada "i Seoul U .Kalau kat KL , Taiwan dan Tokyo ada LOVE je rasanya. Tahun lepas kempen "i seoul u" telah pun dilancarkan. Sempena dengan kempen tersebut landmark baru turut dibina.

Nak cerita waktu ni coldwave melanda semua orang local duduk rumah, tourist yang dah terbeli tiket ni yang terpaksa tebalkan kulit berjalan sehingga -26'c. Gambar diatas ditangkap pada pukul 9malam sebab itula takde orang. Dinasihatkan pergi waktu siang (tapi mungkim ramai orang pula) sebab tiada lampu di sini . Ini cahaya sipi dari lampu jalan. pakai phone Samsung flash pun langsung tak nampak apa, nasibla ada kamera kakak yang canggih sikit jadikla gambar di atas

Stesen terdekat : Children's Grand Park exit 1 (depan Universiti Sejong)

****************
Seoul latest photo spot , the new campaign " i Seoul U"  is here in Seoul , in KL, we have the word LOVE, Amsterdam with "I amsterdam " well i went to Amsterdam but all photo taken there is full of other people.
So how do i manage to be alone in the photo ? It was cold wave week and all local been advised to stay home. As we already come here we just embrace the windy and cold weather up till -26'c.
It is advisable to come during the day as there is no lamp here. The only light comes from the street's lamp and Samsung phone with flash wont do here only DSLR  .

Nearest subway station:  Children's Grand Park exit 1 ( in front of Sejong University)