Saturday, 29 May 2021

Jom daftar vaksin ! Lindungi diri Lindungi semua

 


Salam semua...Nampaknya kes semakin meningkat. Apa yang kita perlu buat ialah sentiasa patuh SOP

Kekalkan 3 W- Wear mask, Wash Hand and Warn . Jauhi 3 S- Sembang dekat, Kawasan Sempit dan Kawasan Sesak.

Sis potong q secara halal apabila kerajaan tawarkan vaksin AstraZeneca secara sukarela untuk 18 tahun ke atas yang berada di Kuala Lumpur dan Selangor. Ramai yang takut AZ ni , AZ ni datang dari Universiti Oxford tau! Kat UK ni adalah vaksin utama , sis pun lepas cucuk macam ada je slang British. Can I have a cup of tea ?? lol 

Masa batch sis tak perlu buktikan kemanusiaan lagi. Adalah dalam 15 min selepas slot dibuka dan sis berjaya daftar.

Sis pakai klik je rupa-rupanya sis punya slot ialah raya ke 3. Takpelah tak dapat balik kampung pun

Sis punya pusat vaksin bertempat di WTC dahulunya dikenali sebagai PWTC.


merasa rentas daerah

Pertama daftar vaksin di applikasi mysejahtera ataupun di https://www.vaksincovid.gov.my/

Anda akan dapat push notification dan sms.

Anda juga akan dapat panggilan reminder automatik dari nombor 0388733200 . Mesin yang bercakap.

WTC ni pusat vaksin terbesar dan mensasarkan 8k dos sehari.  Jadi jangan lambat dan jangan juga terlampau awal kerana anda mungkin menyebabkan kesesakkan. Paling ideal 15 min sebelum waktu temu janji dah ada di pintu.

Apa yang perlu di bawa ?

1. IC

2. Pen untuk tandatangan kebenaran

3. Telefon yang digunakan untuk mysejahtera



Tengok dekat mysejahtera ada tulis nombor stesen.

Untuk WTC ada sampai 3 stesen. Anda akan diberi konsultasi dahulu kemudian selepas anda setuju barulah anda akan disuntik. 

Anda dikehendaki berada di ruang pemerhatian selama 15-30 min sebelum anda bergambar macam saya di atas.

Kesan sampingan :

Setiap orang mempunyai kesan sampingan yang berbeza. Tapi secara purata anda mungkin akan demam. Anda cuma perlu mengambil paracetamol /panadol jika memerlukan. Anda juga boleh melaporkan simptom kesan sampingan di dalam mysejahtera.




Untuk WTC, anda juga boleh dapatkan diskaun untuk parking dan membeli belah di Sunway Putra Mall. *kena download aplikasi Sunway.

Jangan memilih vaksin, kerana semua vaksin ternyata mempunyai kelebihan lebih dari risiko. Walaupun kita masih boleh dijangkiti tp ianya tidak mempunyai kesan yang teruk atau memerlukan icu .Sudah maklum sekarang icu kita sudah hampir maksimum digunakan. Mari tolong daftarkan ibu bapa atau warga emas yang kurang arif menggunakan smart phone atau komputer. Mereka tergolong untuk kategori risiko tinggi.

Simple English version (Vaccination in Malaysia) 

Do's

Register on MYSejahtera / https://www.vaksincovid.gov.my/

You will received SMS and update on appoinment date.

Must bring item:

Identity card / Passport , Pen ( to sign consent form), Phone with Mysejahtera application

Check your station in mysejahtera either station 1/2/3 and q at the respective station.

Do not come too early to avoid overcrowded, the ideal time will be 15 minutes before your appointment time. 

You might received auto reminder call (machine generated ) from 0388733200 


No comments:

Post a Comment