Thursday 8 April 2021

Kedai serbaneka Korea CU kini di Malaysia

 


Kedai sebaneka Korea CU kini berada di Malaysia. Cawangan pertama terletak di Centrepoint, Bandar Utama Petaling Jaya,

Gmbr ihsan google imej CU di Korea selatan :


Kalau di Korea, ini kedai untuk beli nasi express dan banana uyu.Tapi kini bahan2 segar yang dimasak di sini adalah meggunakan sumber halal. Staff mengatakan sijil halal masih dalam proses tapi tidak perlu khuatir dari segi sumber halal. Bolehla beli kimbap, ttokboki dan roti di CU. 

Tips: Pergi selepas pukul 6pm hari biasa atau Sabtu dan Ahad kerana parking Centrepoint adalah percuma pada hari tersebut.

Facebook Official :https://www.facebook.com/Malaysia.CU/

Saya pergi hari Sabtu , CU dibuka seawak 7am . Saya sampai dalam 8:45 dan sudah ada yang beratur tetapi dalam masa 15 min sahaja sudah dapat masuk ke dalam kedai.

Perhatian : Untuk produk siap dari Korea pastikan anda baca kandungan bahan terlebih dahulu kerana tidak semua produk siap mempunyai sijil halal . Produk siap ialah seperti snek/ ramyeon/ air/aiskrim dalam peti

Saya fokus pada produk yang disediakan dalam Malaysia. Jadi ini yang saya beli :




Goguma bingsu /ABC ubi kayu manis

Sikhye Jagung

Corn Cheese Dog /paling sedap

Roti dan dosirak ayam serta puding onde2


tobokki jajang pun ada,

Produk produk lain







Bolehla cuba nanti nak buka puasa pun boleh tp da cuma 4 meja di dalam dan lebih kurang 4  atau 5di luar .


No comments:

Post a Comment