Ini adalah kali pertama saya menaiki Malindo Air. Terima kasih Celcom yang menaja penerbangan pergi balik Kuala Lumpur- Jakarta.
Apa yang unik mengenai Malindo Air ni ialah nak kata low cost dia ada servis macam full service airlines. Tapi harga tiketnya mungkin di range tengah2 tak terlalu murah dan tak terlalu mahal. Sebab kalau murah takkan I tak pernah naik lagikan...hahaha
Malindo ni berlepas dari KLIA. Ramai yang kata seat dia lebih banyak ruang compare dengan syarikat A...haha...tp org kaki pendek tak terasa sgt dengan perbezaan ni lol...
Yang best ada usb port dan makanan serta air yang disediakan.. muffin tu sedap.
Kuala Lumpur- Jakarta |
Jakarta - Kuala Lumpur |
Ada movie tp bila mintak earphone katanya flight 3 jam sahaja mereka akan bg earphone...sebab Jakarta 2 jam takdela ( tp kalau pakai sendiri punya earphone bolehje cucuk ( android userla kut sebab iphone jack dia lain). So untuk mengelak kebosanan bila tiada earphone bolehla tgk movie yang confirm ada english subs seperti movie dalam bahasa cina, korea atau hindi. ( takde suara baca subs sahaja)
majalah dan barang2 duty free |
barang2 yang dijual |
Untuk flight KL- Jakarta mmg on time, tp flight Jakarta - KL ada delay dlm 15 minit. Masalahnya dorg takde nak buat annoucement, hanya bila tanya barula staff beritahu yang kapal terbang baru mendarat. Patutnya kena juga announce.
Overall servis memuaskan akan beli tiket Malindo kalau mmg dpt harga sale yang best bagasi pun dah termasuk 25kg ( tp pergi Jakarta 1 malam I bawak hand carry shj). Masalahnya bila company ni positionnya harga rangenya di tengah2..kalau takat tambah seratus dapat tiket Mas...rasanya mmg cenderung ke Malaysia Airlines lagi.
Walaupun kami travel 2 hari 1 malam sahaja, nasib baik still dpt merasa makanan Indonesia di hotel kami- Atria Gading...sambal hijau mmg terbaik !
No comments:
Post a Comment