Monday, 23 April 2018

Disneyland Di Seluruh Dunia

Credit: Disneyparks
Sejak kecil saya telah pun mengenali Mickey Mouse dan rakan-rakan.  Setelah bekerja , negara kedua yang saya lawati untuk bercuti ialah Hong Kong semata2 kerana ingin melawat Disneyland.

Disneyland Trivia:

Terdapat 6 Disneylands dan 1 DisneySea di seluruh dunia. Istana Sleeping Beauty dikatakan diinspirasi dari Istana Neuschwanstein di Fussen , Jerman.  Cuba tengok gambar di bawah :


.

Disneyland Pertama :
Disneyland Anaheim, California. 



Dibina pada tahun 1955. Di sinilah anda berpeluang melihat Mickey Mouse dan kawan-kawan di kampung halaman mereka dengan berbahasa Inggeris!
Kesemua Disneyland mempunyai zon-zon yang sama cuma terdapat sedikit keistimewaan  di setiap negara yang bertujuan untuk menarik minat pelancong. Disneyland pertama lini menampilan ciri2 dan visi pengasas Disneyland, Walt Disney. Disebabkan ianya adalah  yang pertama, istana Sleeping Beauty di sini agak kecil berbanding yang lain.
Mainstreet USA, Adventureland, Fantasyland dan Tomorrowland adalah zone-zone yang ada di dalam Disneyland.


Entrance Tiket with discount : disneyland-park-disney-california-advyenture-park-los-angeles/


Disneyland Florida



Terdapat 2 taman tema air ,4 taman tema dan 28 hotel di sini
Saiz taman tema ini berganda2 dari yang di California. Malahan terdapat pass masuk sehingga semingu untuk explore semua sub taman tema Disney seperti Magic Kingdom,Epcot, Disney Hollywood Studio dan Disney Animal Kingdom.

Discounted multi pass entrance Walt Disney World  :Walt-disney-world-multi-day-park-hopper-orlando



Disneyland Tokyo , Jepun.



Credit: Theme park university

Disneyland pertama di Asia. Semua tarikan dan karekter bertutur dalam bahasa Jepun !
Walaupun terdapat petisyen supaya Disneyland Tokyo menyediakan surau dan makanan halal untuk Muslim ianya masih belum direalisasikan lagi. Namun pihak Disneyland memberi kebenaran untuk solat di kawasan City Hall, Main street USA.



DisneySea Tokyo, Jepun

Inilah satu-satunya DisneySea di seluruh dunia.  Tiada DisneySea yang kedua dibina
lagi. Tarikan DisneySea ialah ianya berasaskan air di mana acara perarakkan Mickey ialah di atas bot!
Photo Credit:  https://travel.gaijinpot.com/tokyo-disneysea/


Anda boleh membeli tiket gabungan yang lebih jimat untuk Disneyland dan DisneySea. Kedua-dua taman tema terletak bersebelahan.

 Disneyland or DisneySea ticket 1 day ticket :Tokyo-disneys-japan/

Disneyland Hong Kong

Ini mungkin Disneyland yang terkecil sekali di dunia namun inilah satu-satunya Disneyland yang Muslim Friendly. Terdapat 2 restoran halal dan 1 surau disediakan. Seingat saya sewaktu kali pertama kali ke sana, kami telah diberi survey dan kami telah mencadangkan makanan halal dan Alhamdulillah pihak pengurusan Disney pun telah menurut cadangan2 dari pelawat. Selain dari itu sama seperti di Jepun, tren /MTR ke Disneyland turut bertemakan Mickey Mouse.

Photo cr: Trip advisor


Halal restaurant in Disneyland Hong Kong :

1. Tahitian Terrace di Adventureland
2.Explorer’s Club Restaurant di Mystic Point ( Prayer room / Surau located here)
3.Main Street Market ( Stall) waffle dan hot dog



Tarikan terbaru ialah Iron Man experience ( belum berkesempatan lagi kerana kali terakhir saya ke Hong Kong ianya belum dibuka). 


Discount meal voucher :Disneyland-gourmet-meal-voucher-hong-kong/  ( it is cheaper than walkin price)

Untuk menambahkan lagi pengalaman Disney , peminat Disney boleh juga meginap di Disneyland Resort yang disediakan di setiap Disney Land. Bantal, lantai ,selipar kesemuanya berlakarkan Mickey Mouse. ( saya masih lagi menyimpan selipar berkenaan sehingga kini). Kami juga mendapat 2day pass apabila menginap di situ. Terdapat juga hotel yang bertemakan karekter yang lain seperti Toy Story.


Photo cr: Camemberu
Disneyland Paris


Seperti di Jepun, karakter-karekter Disney akan berbicara dalam bahasa Perancis ! Saya berpeluang bergambar di pintu gerbang lol . Ia adalah salah satu pilihan ketika trip kami ke Paris. Samada premium outlet atau Disneyland. Saya pilih outlet walaupun saya bukanla hantu Longchamp, entah mengapa Mickey berbahasa Perancis agak kurang menarik minat saya.

Discount ticket :Disneyland-resort-paris


Disneyland Shanghai


credit: topmiles.com
Disneyland yang terbaru terletak di Shanghai, China. Dibuka pada tahun 2016. Salah satu tarikannya ialah Tron Rides, simulasi seolah2 kita menaiki motosikal. Ini adalah ride yang idea bagi saya. Sebab fahaman saya ianya bukan seperti rollercoaster yang tinggi dan paling menarik ianya laju ! (saya boleh main games Transformer berkali2 di Universal Studio Singapore hanya kerana elemen2 ini)
Buat masa ini perkara yang menghalang saya ke sana ialah lokasinya di China .Bagi saya lebih selesa travel dgn pakej untuk dptkan makanan halal, proses visa dan elak dari ditipu di China. Kemudian disebabkan China ialah negara terbesar di dunia, penduduk tempatan mereka saja  sudah boleh memenuhkan Disneyland. Rakan yang berpengalaman ke sana mengatakan tiada restoran halal namun makanan luar boleh dibawa masuk.
Boleh request untuk solat di information counter/city hall.

Ticket :Disney-resort-shanghai/

Bawa pocket wifi dan ambil di Klia / Klia2 sebelum berangkat.
Roaming man tidak ambil deposit dan ada pocket wifi yang merangkumi 3 wilayah, Macau, Hong Kong dan China. https://www.roamingman.my/china,-hong-kong-&-macau-standard-wifi-rental-278/?share_mark
Kalau saya ada banyak duit nak je buat trip Disneyland Hong Kong pastu sambung ke Disneyland Shanghai dalam 5 hari. ( I wish)

Tuesday, 10 April 2018

Halal Restaurant and Prayer Room in Otaru and Sapporo


Otaru :
1.  Donburi Chaya (with prayer room)

Kalau pergi Jepun, install Halal Navi Apps kerana dia akan listkan segala restoran halal/ vegetarian atau muslim friendly. Yang best apps ni dia boleh search nearby halal restaurant. Untuk restoran ni tak boleh search GPS pakai nama roman. Malahan sign dia pun dalam tulisan Jepun . #tipscikleha pergi ke halal navi dan copy coordinate restaurant. Masjid Otaru ada di sini tapi kalau kekurangan masa boleh solat terus di restoran ini. Tempat wuduk disediakan.

U need to install Halal Navi apps as the apps will list all halal restaurant available in the area. For this restaurant particularly, the sign is in Japanese and it won't pop up in Google Maps if you type their Roman name. You can copy the coordinate provided in Halal Navi.Otaru has their own mosque but you can also pray here at the restaurant. 


idokle paham







Saya order Grill Squid sebab tak minat makan seafood yang ala sashimi. Lagipun kat luar sejuk so kena makan makanan panas2.Harga pun ok bawah 1000 yen siap tambah nasi dan sup. Kakak order grill salmon.




bilik wuduk ada kat tepi
Menurut artikel ni selain Otaru, restoran ini juga terdapat di airport dan di Sapporo.

http://www.halalmedia.jp/archives/22713/halal-muslim-friendly-seafood-in-hokkaido-donburichaya/2/


2. Jin Syabu Syabu ( Susukino Branch) Exit 4

Ha ni pada yang minat nak makan daging wagyu. Restoran ni baru sangat lagi takde pun dalam halal navi. Info ni dapat sebab join group FB Road to Japan. Restoran ni ada sessi lunch dan dinner. Urm sebab dinner harga mahal sikit so mmg dah plan awal makan waktu lunch.  Keluar exit 4 dan GPS " Syabu Syabu Jin " (jalan 4 min ) kalau GPS Jin sahaja nanti branch Sapporo yang keluar (jalan 13 min  dan yang tu tak serve daging halal). Lunch habis pukul 3pm.

Located at exit 4 Susukino. Key in " Syabu Syabu Jin" in GPS and it is only  4 min away. If you just key in " Jin restaurant" it might lead you to Sapporo branch which is 13 min away. Sapporo branch is not halal certified. Lunch session ends at 3pm.







Kami order 1 syabu-syabu dan 1 steak ,,fuh memang berbaloi dan sedap. Daging tu nipis n lembut je .
Sayur pun banyak ...memang kenyang. Kalau order steak dpt nasi sekali.
the vegies









Restoren ni bakal ada ruang solat tp waktu kami datang ianya belum lagi disediakan. Jadinya kami solat di Masjid Sapporo.

3. Sapporo Mosque ( Kita Junijo Station -1 station after Sapporo)




4. Mitsui Sapporo Outlet.


Mitsui also provided prayer room as one of the facilities. Sorry since we already pray at the mosque, I can only show you the sign. lol


Display all of other  Mitsui outlet outside Japan including sepang,Malaysia

Halal Map ( 2015)

http://www.halalmedia.jp/wp-content/uploads/2015/09/SAPPORO-MAP-FOR-MUSLIM1.png



Monday, 9 April 2018

Otaru Aquarium


Selain dari Otaru Canal boleh juga melawat Otaru Aquarium kalau pergi ke Otaru. Jika pergi sebelum 28 Februari, anda juga boleh saksikan Penguin Walk di sini tanpa perlu ke Zoo Asahiyama yang terletak di Asahikawa. Ini #tipscikleha untuk #jimat belanja dan masa untuk yang fly via Sapporo . Tapi kalau dah ada JR Hokkaido Pass atau JR Pass tu tak kisahla boleh je jelajah semua Hokkaido.

Dalam ni ada dolphin, walrus, penguin , ikan dan segala jenis hidupan air. Jangan lupa amik perhatian pada waktu persembahan dalam brochure yang akan diberi oleh staff. Dalam Aquarium ni ada 3 jenis building satu bangunan untuk dolphin dan ikan2 kecil termasuk penyu, kedua di bahagian bawah ada Walrus dan Penguin. Kawasan showcase Walrus, Anjing laut dan Penguin  ni adalah terbuka / open air makanya memang menggigilllah sambil menonton. Masa datang hari tu siap ada snow lagi tapi terhibur dengan teletah binatang2 yang comel. Ironinya Aquarium ini betui2 terletak di tepi laut. ( kalau movie Nemo , mereka cuma perlu cari cara untuk lompat ke laut)







sebelah laut adalah tempat seal 





Direction / Guide :
Get of the train at JR Otaru Station → Take the chuo bus for 25 minutes.
from the 3rd bus stop at Chuo Bus Terminal in front of Otaru Station. Otaru Aquarium is the last stop.

Jangan risau sampai je JR Otaru station keluar terus nampak bas terminal, cari platform yang ke 3 . Otaru Aquarium adalah stop yang terakhir.




Tak berapa jelas di sini tp penyu ni kudung kaki sebelah

Walaupun kadang2 ada dilema bila melawat tempat begini tp bila tengok penyu kudung yang diselamatkan tanpa tempat ni dia tak boleh survive.
Video ikan pari , jerung dan penyu



Kat mana2 pun nak gak jumpa penyu penguin ( last time kat Perth), penguin penguin ni sebijik macam penguin yang dalam movie madagascar..boleh hijack plane ni hahaha. Selain dari sessi winter yang ada penguin walk, musim biasa ada sessi walk to the sea. ( kami terlepas takde rezeki sebab lupa nak kira waktu menunggu bas haha). Masa tu sessi dia pukul 1.15pm. Kami sampai pintu dalam 1:30pm
/ edit baru sedar tulis penyu tp maksudkan penguin -hahaha dahle dah lebih 200 org view...hahaha
takpe2 dorg tengok gambar je kut..( jangan tulis blog waktu mengantuk hahaha)






Memerang/ otter



Entrance fee :

Winter season ( by february) : 1000 yen

Outside winter season : 1400 yen  ( they will close 2weeks in March so please always check the schedule https://uu-hokkaido.com/corporate/otaru-aq.shtml )

Next winter season session  :  2018/12/15 - 2019/2/24



Thursday, 5 April 2018

Cherry Blossom / Sakura



Cherry Blossom atau Sakura baru sahaja hendak berbunga ketika kami transit di Tokyo. Kami telah reschedule waktu transit kami dari 2 jam ke 7 jam hanya untuk melihat Bunga Sakura lol.  Nasib kami baik kerana bunga sakura telah pun berbunga walaupun bukan sepenuhnya.  Masa beli tiket tu pikir travel cuti sekolah je tak perasan yang di Tokyo 20hb ke atas bunga sakura sudah pun mula mekar. Kalau tau dari awal2 pilih transit yang lama walaupun harga mahal sedikit lol. Tapi sebab tak perasan  bayarlah jugak changes fee sebab nak merasa tengok bunga Sakura di Jepun.

Ada 3 taman yang saya telah shortlist untuk pergi antaranya ialah Ueno Park, Shijuku Goen Park atau Naka Meguro. Akhir sekali saya pilih Naka Meguro kerana ianya adalah percuma dan berlatar belakangkan  Sungai Meguro.

Starting to bloom






the fallen one







Hari tu baru lepas hujan, kalau langit baru lagi cantik viewnya
Nearest subway : Naka- Meguro station
Keluar je subway menuju arah sungai dah nampak dah pokok-pokok ni. Ada juga kawasan yang boleh berhanami tp waktu kami pergi takde orang yang bentang tikar lagi. Berhati2 melintas jalan kerana jambatan2 mini yang adalah laluan kereta..jangan terlalu asyik menangkap gambar. Park ini jauhnya cuma 15 min menaiki subway ke  taman Shinjuku Goen ( bayaran masuk diperlukan 200 yen) tapi masa kami terhad .Kami sempat cover 1 taman sahaja. Narita ke central Tokyo sahaja sudah sejam dan kami perlu ada di Narita kembali untuk immigresen check.

Kalau terlepas Sakura di Tokyo boleh turun ke Osaka * beza dalam seminggu  dan untuk Hokkaido , Musim bunga ialah pada Bulan May !
Photo credit : Japan Info


Aktiviti menarik di Jepun untuk melihat Sakura :
1)Kawazuzakura-cherry-blossom-viewing-tokyo
2) Sagano-romantic-train-ticket-kyoto/
3) Sakura-viewing-mt-fuji-gotemba-premium-outlets-day-tour-tokyo/

Salah satu tempat yang saya aim nak pergi tapi belum ada kesempatan untuk pergi ialah Jinhae Cherry Blossom festival di Korea.  Saya pilih Naka Meguro sebab ianya di tepi sungai sama seperti Jinhae. Jinhae lebih unik kerana ianya berdekatan dengan stesen kereta api. Di mana apabila tren tiba kita akan nampak kelopak2 bunga Cherry Blossom berterbangan. Menarikkan? Satu hari nanti, InsyaAllah.

Jinhae, Korea . Photo Credit: Trazy

Jinhae, Photo credit : Trazy
Kalau dari Busan , boleh menaiki local bus ke Jinhae.

Namun terdapat juga pilihan satu hari tour atau 2 hari tour ke Jinhae dari Seoul. Untuk keselesaan dan khidmat guide bolehla ambil pakej ini.

1) Jinhae-cherry-blossom-festival-gunhangje-1 day-tour
2)2d1n-busan-jinhae-cherry-blossom-festival

Package dari Busan/ Jinhae tour package from Busan :
Jinhae-cherry-blossom-tour-busan/

Kalau tak sempat langsung view Cherry Blossom untuk bulan April. Jangan risau Hokkaido masih menanti, Peak season adalah awal bulan May.

If you missed out or you cant take leave in April, do not worry you still have Hokkaido as their spring season starts in early May.

What to expect in Hokkaido :

Fort Goryokaku, Hakodate Hokkaido in Spring. ( photo credit : Vacation Niseko)
Saya pernah pergi waktu musim panas, taman ni warna hijau sahaja menarik juga bila spring warna pink dan bila musim sejuk taman berbentuk bintang ni bertukar ke warna putih.

You can view this from Goryokaku Tower. I went there during summer so it is all in green colour.



Spring speciality. You can enjoy Sakura based drink, products etc

Japan :






Kit Kat Sakura Matcha ( photo credit: Japan Info)


photo credit : Japan info

Starbucks Japan


Special coke design bottle



Korea

The famous binggarae line. Seasonal products

Cherry blossom


My sister just back from Korea but she only manages to buy the mulberry one.




photo credit : Klook

Jinhae kau tunggu aku datang.....tahun...xxxx