Tuesday, 28 June 2016

Boa Travel House / Halal Dosirak



Aku memilih untuk menginap di Boa Guest House kerana terbaca di website KTO mereka menawarkan makanan Korea yang Halal. Mereka juga di dalam list restoren di website " Have Halal Will Travel " Sementelah  berjalan bersama ayah , harapnya senangla untuk mendapat makanan halal. Lagipun lokasi mereka memang strategik di Hongdae , salah satu stesen ke Incheon sesuai untuk flight awal pagi bila pulang nanti .(Nama stesen : Hongik University)

Kebetulan Boa  membuat kuiz di Facebook dan dapatla 10% diskaun. Tapi rasanya lepas tolak 10% diskaun tu lebih kurg sama je dengan harga Agoda. Cuma tambahan dpt extra t-money hadiah untuk pemenang. Kami juga perlu bayar 10,000 deposit untuk kad access. Wang akan dipulangkan upon check out.

Muslim friendly
Mereka menyediakan kabinet khas utensil untuk muslim dan juga surau di rooftoop. Bilik berdua agak kecil untuk solat, untuk keselesaan boleh pergi ke Surau (rooftop).





For muslim only

rooftop


Halal Dosirak
Masa aku pergi ( bulan April) ,pesanan perlu dibuat sekurang2nya sehari sebelum. Yang tak syok kita perlu ikut timing mereka...option waktu cuma dari pukul 12noon hingga 3pm. Ini bermaksud sama ada kami perlu keluar berjalan selepas pickup dosirak  atau keluar berjalan dan balik sebelum pukui 3pm. Sebab nak merasa , kami pun berjalan awal pagi dan kemudian balik ke Guest house pukul 1pm.

Alhamdullillah  latest follow up halal kitchen sekarang beroperasi dari 12noon- 9pm dan telah pun di renovate..tidak perlu order in advance. Bebas sikit untuk pilih timing. Bagusla kerana mereka nampak potential halal market .Untuk yang tak stay di Boa pun boleh order makanan halal dan singgah untuk solat di sini.
Untuk lebih lanjut boleh refer website mereka : http://www.boatravelhouse.com/
FB Halal Dosirak  : https://www.facebook.com/halalkoreanfood

Pelanggan yang menginap di Boa akan dpt  10% off diskaun dari harga asal.  Saya pilih Chicken Dosirak , Jajangmyeon (black bean noddles)  dan  untuk makan malam Kimbap (simpan dlm peti ais)

Chicken Dosirak

Kimbap


Jajangmyeon
Kena pula hari yang order tu " Black Day" 14 April . Kononya hari untuk orang single yang tidak menyambut Valentine Day dan "White Day". Kronologinya Valentine Day , 14 Februari  hari kekasih (hari bagi hadiah), Di Korea ,14 march - white day hari lelaki memberi perempuan (GF /crush) hadiah so 14 April hari org single lawannya Black Day . So hari ni dicelebrate dengan makan Jajangnyeon yang hitam warnanya. Yang lucu tu aku yang ingatkan host ( yang tolong masakkkan  Jajangmyeon  kat dapur) hari ni Black Day. Tapi sebenanya sebab utama aku order Jajangmyeon tu sebab makanan China- Korea ni mmg susah nak dpt yang halal.

Tp as conclusion semua hari hari yang takde cuti ni adalah helah biznes je nak carik untung. Lagi satu dorg ada Pepero Day  ( 11 November) hari hadiah pepero untuk kekasih sebab pepero tu bentuk dia kan lurus sama mcm angka 11.(biznes gak tu)  Kalau di jepun di panggil Pocky Day hari hadiahkan snek Pocky ( kat malaysia dulu Rocky tp skang dah back to origin Pocky) setbek kita tak buat hari2 mencarik untung ni hahaha.

Untuk Boa, insyaAllah next time kalaulah pi Seoul lagi..kalau..n dapat harga murah bolehlah stay lagi. free promo lagi tau.

No comments:

Post a Comment