Friday, 13 October 2017

Senarai Pocket Wifi dan Sim Card Jika Melancong ke Korea dan Jepun



Ladang Tomita , Furano















Internet memang sangat diperlukan bila travel atas sebab2 berikut :

1. Google Maps ( Senang nak carik Hotel atau Guest House)
2. Google Translate ( bolehla tau ingredients halal ke tidak)
3. Update buat Live Facebook atau Instagram

Berikut adalah perbandingan  pocket wifi yang boleh di pickup di Klia / Klia2. ( ada yang saya pernah pakai ada yang tidak ). *Kadar data adalah seperti di display di website semasa artikel ini ditulis. Klik sahaja nama company untuk ke website company tersebut.

1.  Wiyo
Kadar Sewa di Korea : Rm20 /sehari
Kadar Sewa  di Jepun : RM20 /sehari
Deposit  : Rm200
Kadar data : Unlimited
Yang best : Boleh connect sehingga 7 device ( so group 7 orang ok dah ni) / Ada diskaun kadar sewa jika flight bertolak pada waktu malam.
Yang tak berapa best : Booth hanya di Klia2 / Jika ingin pickup di Klia kena atur dengan staff.Pernah live chat dengan staff, staff terus kata pickup di Klia2 sahaja. ( tidak friendly) walaupun dalam website kata boleh aturkan untuk pickup di Klia. Deposit mengambil masa 6 hari waktu bekerja.


2. Travel Recommends ** Update Promo** 14 May 2018-31 July untuk Jepun dan Korea
Kadar Sewa di Korea : Rm30 /sehari . *Kadar promosi Rm15/sehari
Kadar Sewa  di Jepun : RM30 /sehari. *Kadar promosi Rm18/ sehari .
Promosi Book dan travel 14 Mei- 31 Julai 2018. Masukkan code TRFOC2  bila book di https://www.travelrecommends.com/  2 HARI PERCUMA DGN KADAR RM18/SEHARI  (Jepun) RM15 Sehari (Korea)

Deposit : Rm200
Kadar data : Unlimited connect up to 5 devices only
Yang best - Memang aktif dengan promosi dan diskaun.
- Selain Klia,Klia2 boleh juga pickup di Penang Airport dan  Johor Bahru.
- Ada "Asia Package" untuk cover 2 negara asia ( boleh gabungkan Jepun dan Korea)
Kadar normal : Rm40/sehari
Kadar promosi : Rm22/sehari

3.Visondata dan Samurai Wifi ( satu company)
Kadar Sewa di Korea : Rm20 /sehari ( unlimited) sehingga 5 devices
Kadar Sewa  di Jepun : RM15 /sehari untuk 7G. Rm20/sehari unlimited
Deposit : Tiada deposit jika bayar dengan kredit kad. Walau bagaimanapun RM200 diperlukan jika memilih untuk pickup secara courier. Rm700 penalti jika pocket wifi hilang atau rosak. Ada option untuk tambah insurans.
Yang best - Ada pass untuk 3 negara sekali .
Oriental Pack 2 - Korea- Taiwan- Jepun : Rm25
Sesuai untuk orang yang nak cover 2,3 negara sekali .
Diri sendiri pun pernah buat Kul- Tokyo - Taipei- Kul

4. Wifibaby
Kadar Sewa di Korea : Rm12 /sehari ( unlimited) sehingga 5 devices
Kadar Sewa  di Jepun : RM12 /sehari unlimited
Deposit : RM200
Pickup di HQ Jalan Tun Razak atau di Klia ( tiada maklumat Klia2)
Ada option beli Sim Card Korea untuk 8 hari unlimited - Rm63


5.H.I.S Malaysia
Yang ni khas untuk yang hendak je Jepun. Selalu direkemen dalam group Facebook Road to Japan
Kadar sewa : RM30/sehari *Kadar promosi Rm15/sehari ( Unlimited)
Boleh share sehingga 10 devices.
Pickup di HQ H.I.S Bukit Bintang.

6. Roaming Man
Yang ni yang best tiada deposit diperlukan. Unlimited
Kadar sewa : RM12 sehari
Boleh share sehingga 5 devices
Pickup di Klia, Klia2


Sim Card :
Hello1010
Jepun  : 8GB 8 hari = Rm130 Kadar promosi : RM94 Japan-docomo-8gb-sim


Cherry Blossom di Seoul

Kadar Data roaming
dan pakej yang ditawarkan oleh syarikat Telekomunikasi Malaysia

Yang ni senang dan lebih murah jika travel secara solo. Tambahan lagi kita akan mengekalkan number sendiri untuk senang dihubungi.Jika tetiba nak tambah luggage AirAsia , tambah makanan or nak bayar bill senang dapat One Time Pin or Tac dr Clicks or Maybank2u. Kalau setakat short trip dekat hotel mesti ada free wifi. Maka boleh beli pass data yang cukup cukup sahaja.
Pertama sekali kena activate roaming. Kemudian, yang paling penting kena pilih operator yang partner dengan kita punya network. Search manual mobile operator yang dicadangkan, kalau auto select mmg habisla bill sebab dia akan caj kadar lain kalau tersambung dengan operator yang bukan partner. Klik pada nama company untuk ke website company tersebut.

1) U-mobile 

South Korea Unlimited - Rm10 /sehari  ( Pakej U Data Roam 10) -untuk postpaid dan prepaid. Kena activate roaming terlebih dahulu
Jepun  Unlimited- Rm36/ sehari


2) Celcom
500 MB Semua negara - Rm38/sehari

3) Digi ( Postpaid)
South Korea dan Jepun
a)3 days Pass - 2G +30 mins call: Rm25 untuk 72 jam. Pernah activate di Seoul cukup untuk untuk check email , peta,fb,instagram untuk 3 hari tapi nak buat live tak cukup internet connection katanya so rakam video dan post bila balik pakai hotel punya wifi LOL..kalau stay 6 hari boleh beli lg tambahan 3hari after pass 3 hari pertana dah expired.
b) 1 Day pass - Unlimited Social Media + 50 MB : Rm5 /sehari
Yang ni sesuai untuk org yang pergi pakej dengan Travel Agency. Sebabnya dia tak perlukan peta n translator, Tour Guide dah ada. So bolehla upload gambar dalam FB, Twitter, dan berwhatsApp, wechat nonstop.
c) Unlimited data : Rm36/sehari

4) Maxis
South Korea dan Jepun
500 MB  : Rm38 /sehari



6 comments:

  1. bestnyaaa tak tahu ada banyak options. tau wiyo sebab pernah guna sekali. thank you share info ni =)

    ReplyDelete
  2. saya nk ke osaka pertengahan januari. any suggestion which pocket wifi should i choose?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf tak perasan komen. For sure dah dpt solution dan rekemen dr source yang lain. Saya pasti anda enjoy osaka. Harap sumber internet yang dipilih worth it.

      Delete
  3. Replies
    1. Sama2..btw update list ada lg 1 company baru:
      Roaming man juga ada offer pocket wifi ke korea dan jepun

      Delete