Saturday, 30 December 2017

3 hari ke Pulau Jeju bersama AirAsia X


Kalau tak kerana dapat tiket rm199 memang tak pergi ke Pulau Jeju. Tambahan lagi dpt fly pada penerbangan pertama AirAsia X (12.12.2017) macam2 barang percuma yang dapat.
Kalau ada kesempatan sila cuba sekali naik penerbangan pertama mereka ( inaugural flight). Tapi tak janjila mmg ada barang free sebab I bukan staff .Kebiasaannya mereka akan menawarkan harga promosi sehala yang murah.

Sampai di Klia2, staff AirAsia sudah sedia untuk bergambar dengan para penumpang.


Sebelum berlepas, bekas menteri YB Rafidah Aziz ( juga salah seorang orang kuat AirAsia) memberi setiap seorang penumpang goodie bag. Flight patut berlepas 6:40am disebabkan semua nak tangkap gambar dengan sign "Jeju and Im coming" dan amik goodie bag flight kami bertolak  7am +


Dalam goodie bag ni terdapat pelbagai produk Innisfree.Innisfree adalah jenama komestik organik yang berasal dari Pulau Jeju.

Tak cukup dari itu pihak Airasia X belanja satu kapal terbang pula dengan muffin gula melaka.Sedap!


Tetiba plak AAX nak bagi manisan percuma bila I dah pilih untuk maximize meal semata2 nak makan aiskrim. lol. Hidangan utama yang dibeli ialah Kimchi beef fried rice - urm biasajelah. Bila maximize meal akan dpt Pasta + Kitkat dan Aiskrim Haagen Dasz






Sebelum mendarat pihak AirAsia telah menganjurkan kuiz berkenaan Pulau Jeju. Hadiah hadiah termasukla set Innisfree ( lagi) , Big points ( i nak yang tu), dan hadiah utama tiket ke Jaipur ( juga salah satu penerbangan yang bakal dilancarkan pada 2018).  Semua orang dikehendaki menekan butang call untuk menjawab, peserta yang terpantas akan dipilih untuk menjawab soalan. I tak cukup pantas nampaknya. Soalan utama: Berapakah ketinggian Gunung Hallasan?  yang menang ni alahai budak cute lagi siap dpt bagi jawapan tepat lagi. Katanya nak pergi dengan mak atau ayah ke Jaipur.

C.EO AirAsia X - Benyamin Ismail
Kami mendarat dengan pancuran air bomba -pernah terbaca ianya salah satu adat dalam dunia penerbangan untuk  menyambut penerbangan pertama. (mungkin konsep baptis kut eh ni teori i je  jap lagi kata syirik plak lgpun ni pihak sana yang buat)





Keluar je pintu, ada lagi dpt goodie kali ni dari pihak Korean Airport Association

selimut santa

Sebab I tegar bawak handcarry 7kg je, jadila org terawal keluar ke pintu arrival, tgk dekat luar ada lagi orang tunggu dengan goodie bag. Sebab I keluar awal sangat dorang pun terkejut macam ni betul ke orang dari flight Kuala Lumpur??  hahaha tp mereka bagi jugak goodie bag. Kali ni dari pihak Jeju Tourism. Siap bagi limau Pulau Jeju lagi.



Memang terasa amat dialukan2 untuk melawat ke Pulau Jeju. I pilih duduk di Yeha Guest House Ianya berdekatan dengan Terminal Bas Pulau Jeju. Mereka juga menyediakan halal kitchen yakni utensil khas untuk Muslim. ( tp sebelum ni mengikut pengetahuan asalkan bilas dengan air dah cukup suci dah untuk pakai) tp orang dah sediakan pakai jelah. Dalam kabinet tu siap ada kicap dan maggi ( dari pengunjung2 terdahulu). Guest house ini juga menyediakan Yeha bus tour dan 10% diskaun diberikan  untuk yang  menginap di guest house. Harga tour dari 99,000 won. Kalau duduk guest house lain pun boleh beli tour ni ( sesuai untuk orang yang memerlukan guide english dan mempunyai kekangan masa)
http://www.yehatour.com/
Klik gambar untuk melihat harga bilik yang ditawarkan



Staff akan bagi password untuk unlock mangga

Sebenarnya ini kali ke2 I ke pulau Jeju selepas  beberapa tahun dulu ( first time ke Korea melawat pakai pakej tour Seoul -Jeju). Untuk first timer 3 hari dengan bas awam mungkin tidak cukup untuk melawat keseluruhan Pulau Jeju, lebih baik sewa kereta atau ambil pakej bus/ van /driver private tour.
Untuk naik bas awam memerlukan kemahiran membaca dalam bahasa korea ( tiada notis dalam ABC)jika anda tidak tahu nombor bas. Walau bagaimanapun difahamkan pihak tourism telah mempertingkatkan operasi bas untuk Free Independent Traveller , boleh menggunakan T-money (sama seperti di Seoul) , frekuensi bas yang kerap dan perhentian di umumkan dalam bahasa Inggeris.
Anda juga boleh bertanya nombor bas pada staff di terminal.
Untuk rujukan  http://www.ijto.or.kr/english/

Kalau yang boleh baca hangul bole download applikasi Jeju bus. Boleh seach nombor bas dan perhentian bas yang berdekatan. Kali ni masih sewa pocket wifi dr Travel Recommends Guna promo code aft16 dapatla diskaun rm20. Pocket wifi ni hari ke3 pun masih ada bateri separuh lagi. Padanla dengan saiz dia kut...
dekat Seongsan Ilchubong tp bolehla lupa nak buat live bila dah ada kat atas tu haha penat sgt 

Masa sampai suhu 2'c dan ada snow halus2 ( kalau nak snow tebal kena pergi Hallasan dan sekitarnya)

Sebab dah pernah pegi Jeju makanya  I pergi kat tempat2 yang belum pernah pergi sahaja. Yang Seongsan Ilchubong ni repeat kali ke 2 sebab cantik.
1. Jeongbang waterfall  ( Air tejun terus ke laut)


2. O'sulloc Tea Museum dan Innisfree Jeju Store
Kat Seoul pun ada O'sulloc n Innisfree tp di sini ada view ladang teh dan produk terhad istimewa di Jeju sahaja

3. Hello Kitty Island ( rindu dulu2 ada cafe ni kat Incheon)


Boleh beli tiket entrance dengan diskaun dari Trazy :Hello Kitty Island Jeju Discount Ticket
Tunjuk emel je dan mereka akan scan barcode. Harga asal 12,000 won (USD 12) harga diskaun : USD 9.90 = 9,900 won.

4. Cafe de Suyeon ( Lokasi  rumah Architecture 101)

5.Seongsan Ilcubong ( Unesco Heritage)






6.  5 days market


hallabong
7) Jungang Underground ( tax free) sejuk2 baik pergi sini shopping. Ala2 myeondong underground


Banyak penerbangan murah Pulau Jeju- Seoul kalau nak melawat Seoul atau balik dari Seoul. Akan mendarat di Lapangan Terbang Gimpo.
Dengan pembelian tiket Rm60 merasalah naik Eastar Jet. Eastar jet siap air kosong lagi.




Itulah penamat trip tahun 2017. Selamat tahun baru 2018 !. 2018 ada beli tiket Alor Setar dan Penang rm20 pergi balik Kuala Lumpur kita tengokla jadik pergi atau biar burn sahaja.ish ish





7 comments:

  1. waaaah bestnyaaa pengalaman first flight.. dapat shower lagi tu hehehe.. hargantiket pun murah kan.. menarik2.. yg Jeongbang Waterfall tu boleh pegi dengan bas ke ? kalo orang first time ke korea terus Jeju.. tmoney bleh beli dinairport ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki.aha boleh naik bas 600 bas shuttle dr airport berhenti dekat Hotel Paradise..lepas tu jalan ikut sign.
      T-Money boleh beli dekat 7e dekat airport Jeju kalau first time.

      Delete
  2. Sis..klu sy berdua je g jeju tu berbaloi x klu sewa kereta je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen ni masuk kat spam maybe dah sampai jeju dah kut...just tgk rate sewa kereta kalau masuk dlm bajet lepas share 2 org berbaloilah tu..ada kereta boleh gerak jual sendiri

      Delete
  3. Hi. Terima kasih sebab kongsi pengalaman di sini. I'm going to Jeju for the first time in 31st january-3 february. Saya pergi berdua je dengan kawan. Impossible ke travel jeju dengan bas? Sebab nak jimt since sewa kereta mahal kalau naik dua orang je. Boleh bagi pendapat? I'll be staying at Jeju Won Resort, in Seongwipo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,takdela impossible dia depends dengan tempat yang awak nak pergi tu contohnya kalau nak naik hallasan naik n turun sahaja dah 4jam. So kemungkinan sehari dah habis kat situ. kalau tempat2 yang awak nak pergi tu semua dekat2 takde masalah. Awak stay kat seogwipo tu dah banyak dah tempat attraction yg dekat contohnya teseum, kpop play tu satu area. Waterfall yg saya pergi tu pun dlm route bus 600 yg lalu tempat2 tu. Saya duduk jeju city nak pergi seogwipo tu pun dah sejam lebih.+ reason saya duduk situ sebab 10 minit je dengan airport coz saya balik flight pagi. O sulloc and hello kitty tu pun ada tourist shuttle bus 820 (1 route). O sulloc tu tutup pukul 6pm...so better check operation hour tempat2 yg nak pergilah.bole gak amik golden bus hop on n hop off 12000 won yg tourist friendly. Saya tak naik yg tu sebab semua tempat yg dia pergi tak menarik minat saya tp kalau takat nak pusing2 Jeju bolehla.

      Delete
    2. Ohh i see. Terima kasih atas maklumat

      Delete