Masa bulan Februari berjaya menjejakkan kaki ke negara jiran, Brunei.
Secara kasar
Tiket AirAsia - RM80 pergi balik ( tengah2 minggu)
Hostel - 30 Brunei Dollar ( RM90 total 2 malam)
Roaming - Digi RM25 3 hari
Perjalanan KL- Brunei 2 jam.Teruja pesan makanan istimewa sempana tahun baru China. Beli set dapat sekali dengan Tat Nanas.
Ayam butter tu biasa je tp Tat Nanas mmg sedap !!. Beli pakai Big Pay dpt diskaun, total makanan pergi balik RM19. Kalau belum ada nak buat, sila pakai kod reference ni : UEHM1T4R4N , sama2 kita dpt RM10 percuma.
Sampai sahaja di airport teruslah berlatih baca jawi .
Naik bas ke Hostel yang berdekatan dengan stesen bas dan kampung air. Tapi yang peliknya bas dia agak lama .Ada beberapa bas je yang nampak baru. Tak ada loceng cuma beritahu pada konduktor kat mana kita nak berhenti. Bas dari airport akan melalui masjid Ash-Shalihen * yang bercirikan senibina Morocco. Boleh singgah sini dulu kalau nak.
Tiket bas dia 1 Dollar jarak jauh n dekat sama je.
Masjid AsShalihin
Joy Backpakers.
Ni hostel paling murah dapat ( share bathroom ) tp air panas ada 1 je boleh pakai. Shower ada 3. Aircond central control, lepas tu terbuka hahaha so kalau bercakap mmg orang sebelah dgr termasukla dengkuran kalau tidak bernasib baik. Yang paling bagus cumanya dia berdekatan stesen bas. oh ya bas sampai pukul 6pm sahaja. Kalau betul2 nak pusing Brunei sampai ke malam better sewa kereta. Haritu nak tido Pusat Belia tetapi nampaknya pusat belia yang patutnya 10 dollar semalam masih dalam renovation.
Petang terus berjalan ke Kampung Air dan Masjid Omar Ali Saifuddin ( ada yang akan offer bawak standard pusing kg Air 10 Brunei dollar. Siap bg singgah ke Galeri Kg Air.
Ada bomba gak dekat kampung air, tp fire truck dia fire boatlah jadinya |
Sekolah di kampung air |
Dari Kg Air nampak kubah emas Istana Darul Iman je...waktu raya semua boleh melawat. |
Lepas habis round Kg Air cuma berjalan kaki je ke Masjid Omar Ali Saifuddien
Jalan depan sikit boleh ke Royal Regalia * masuk percuma . Boleh tahu sejarah dan info kesultanan Brunei.
Tak boleh bawak kamera dan phone. Locker akan disediakan. Cuma boleh snap gambar di ruang lobi sahaja |
Dah lapar terusla ke Pasar Gadong. Masakan sama je dengan orang Malaysia. Masakan unik Brunei ialah nasi katok dan Ambuyat. Nasi Katok ni 1 dollar .Ada ayam tu mmg murahla . Dekat pasar Gadong ni ada juga jual buah-buahan. Carik juga pisang merah tapi tak ada. Pisang merah ni di cadangkan oleh Han dari Stray Kids. ( dia sibuk suruh teammate try red banana) terkejut orang Malaysia sendiri tak pernah makan. Tp lepas diselidik, pisang merah ni ada dekat bahagian Borneo sahaja. Tu yang cuba juga cari.
Masjid Hassanal Bolkiah plak ( dekat juga dengan pasar Gadong)
Sebab dah mmg ada kampung air ni selain dari Teksi biasa. Ada juga water teksi. Masa pergi pasar / Tamu Kianggeh ( dekat area bandar) memang nampak orang menunggu)
Makanan franchais
Kat sini ada Jollibee ( asal dari Filipina) yang halal cuma ada di Singapura dan Brunei. Khabarnya akan dibuka juga di Malaysia. Ada branch dia di airport kalau saja nak merasa. Spaghetti dia agak sedap. ( tetapi masakan utama dia sebenarnya ayam- aku ni mmg suka order yang aku suka je haha)
Lagi satu Blizzard. dia mmg akan terbalikkan akan ice cream ni sebelum serve ke kita. Hari tu saja nak try perisa durian.
Walau majoritinya Melayu, dekat mall masih lagi ada sambutan tahun baru China dan Tokong di tengah2 bandar.
Lawatan saya berkisarkan di Bandar Seri Begawan sahaja. Boleh juga naik bot ke Temburong.
Boleh juga dapatkan pakej dari travel agency tempatan.
Ni video artis Korea ( Penyanyi Solo - Roy Kim melawat Brunei) sebagai reference.
Great to travel such a beautiful destination. There are great restaurants for tourists as well where they are served nicely.
ReplyDeletestansted airport cheap parking