Sorry if the title is in English but the content will be in Bahasa. Supposedly travel for spring break early April in Seoul. However, as the number of Covid19 patients keeps on growing I have to be rational and cancel the trip.
July 2019 - Hati berbunga bunga bila baca Royal Brunei ada sale...Dahla tak pernah naik Royal Brunei lagi. Return trip rm1100 ke Seoul tp kena short transit dekat Brunei. dah dekat2 nak sama dengan Air Asia tu kalau tambah bagasi dan beg haruslah kena beli tiket ni.Plus boleh sokong airline tak jual arak dengan bagi kebebasan bertudung.
January 2019 - Covid 19 memunculkan diri ...takpe takpe. Seoul takde kes lagi.Sure dah reda ni masa bulan April. Dah siap browse and pergi Klook punya event nak beli pakej Jinhae macam ni :
Feb 2020-setiap hari makin meningkat pesakit Covid 19kat South Korea. Tempat kerja pun dah keluar memo "Travel Restriction" kalau pergi melawat 7 negara termasuk Korea kena kuarantinkan diri. Mula2 kata tolak cuti..pastu keluar memo kementerian kesihatan baru dorang ubah jadi cuti yang tidak direkodkan.
Mac 2020-semakin meningkat lagi dan lagi
Festival pun cancel..Bunga masih akan mekar tapi takkan nak pergi lagi kan...haha
Pastu terbaca petikan artiker Dr Maza;
"
“Jika kamu mendengar taun di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar daripadanya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini mengajar tentang tindakan kuarantin agar penyakit atau wabak tidak tersebar"
Sis pun dengan berat hati email Royal Brunei cakap nak cancel ticket. Mereka cakap kalau cancel ada caj penalti RM300. Takpelah burn rm300 nanti kalau terjangkit kat sana,lagi masalah besar.
Ini step-step yang sis ambil ;
Royal Brunei
Penalti : RM300
Contact : Royal Brunei KL branch (kulrba@rba.com.bn)
Jenis refund : Refund kembali ke kad kredit /debit semasa pembelian
Tempoh refund : 4-6 minggu
Hotel / Guesthouse:
Booking.com
Dapat 100% sebab cancel sebelum tarikh akhir pembatalan.
Jenis refund : Refund kembali ke kad kredit /debit semasa pembelian
Tempoh refund : 7-12 hari
Pocket wifi:
Roaming Man
Penalti : RM30 jika batalkan kurang 10 hari dari tarikh activation.
Jenis refund : Refund kembali ke kad kredit /debit semasa pembelian
Tempoh refund : 7-14 hari bekerja
Lesson learnt :
1. Insurans :
Ada benefit untuk trip cancellation. Especially kalau tak dapat pulangan 100%. Insurans akan coverkan amount yang burnt tu. Yang ni saya baca untuk pemegang polisi Etiqa (Gold dan platinum)
Kalau airline senndiri yang cancel pergi pasti boleh dpt pilihan tukar tarikh percuma atau refund penuh dari airline. Itupun etiqa tu cover untuk sesiapa yang beli polisi sebelum 27 Februari.
Saya tak claim insurans sbb ingat nak beli last minit huhu. Pengajaran beli awal2.
2. Penginapan :
Kalau harga murah sekali pun jangan amik jika tertulis "non refundable"
Selalu dekat booking.com atau agoda ada 2 harga yang mana 1 harga tu lebih murah tp syarat dia bayar awal dan non refundable. Kalau jadi kes wabak ni ..memang dorg takkan pulangkan sbb kita sendiri setuju "non refundable"
Nasib baik sis mmg selalu beli Pay later atau Free cancellation. Biar mahal sikit tp kalau jadi apa boleh dpt 100%
Itinerari (simpan untuk masa depan):
-Jinhae Cherry Blossom Festival
-Gangneung Cherry Blossom Festival / Pantai Jumunjin (goblin)
- Yonsei Uni Sinchon ( penangan Extraordinary You )
- Dongmyo market
Akhir kata,sis berdoa semoga kita jumpa ubat /vaksin untuk Covid19 dan semua org dilindung dari wabak ini. Amin.InsyaAllah ada rezeki tahun depan pula ke Jinhae lagi.