Saturday, 6 February 2021

Pengalaman naik kapal terbang yang dirindui + cuti2 Johor

 


Disebabkan covid19 cuti ke Seoul bulan 4 2020 pun terpaksa cancel. Tapi selepas pkpb, dibenarkan rentas negeri , kami pun rindu nak naik kapal terbang. AirAsia pun sale, jom ke JB (sebab utama nak staycation Legoland Hotel) masa cuti hari Malaysia bulan September lalu

Park dekat Putrajaya naik KLia Transit. Bayar pakai ewallet Touch N Go ada sedikit diskaun. 

 Kerusi KLIA2 ada sticker social distance tp dalam flight sudah full kapasiti *tiada social distance so semua kena masing2 sentiasa pakai mask dan sanitize tangan selalu.





Kami ada sepupu di JB sbb cuti Hari Malaysia dia pun jemput dan bawak kami jalan2 makan dan pergi ke Kedai buku terbaru yang ala kedai buku selalu muncul di Kdrama. 





Kedai Buku Book Xcess di Sunway BigBox Mall. 

Ketika ini parking pun percuma lagi. Ramai yang nak tangkap gambar lebih dari beli buku haha.



Malam tu tidur di Tune Hotel  RM60 sahaja satu bilik. 

Beli direct di website tune boleh late check out.

Next nak pergi Penang. Tiket pergi balik rm24. Beli baucer hotel di Klook . harap pkp dah berlalu bulan Mac 2021. Tp sebenarnya ada juga beli tiket Sydney 4 hari pergi balik rm300. hua tak dapatla sebab border pun tak bukak , vaksin pun tak boleh amik lagi. Harap AAX tak bankrupt..kalau tak melayang rm300






landmark


Esok pagi checkout pergi kedai roti tertua Salahuddin dan terus check in Hotel Legoland pula.








No comments:

Post a Comment