Sunday, 16 November 2014

Modern Toilet Restaurant Taipei

Aha dah pegi cafe yang cute- cute sebelum ni, untuk finale pegila untuk restoren yang "euwww" .
Restoren unik " Modern Toilet" bertemakan tandas dan tahi . Adakah anda akan makan dengan berselera di sini ? Hmm kita tengok. Masa ke sini ditegur oleh rakan serumpun dari Indonesia yang tidak lokek  tunjukkan lokasi restoren ni.









duduk pun atas toilet yer



souvenir


Sampai- sampai je staff terus greet dalam bahasa Inggeris. Tiada paksaan untuk belanja minima seperti cafe-cafe sebelum ni.  Kalau baca blog pelawat sebelum ni akan terdapat soft icecream dlm bentuk "poop".
Tapi ini hanyalah untuk set sahaja. Takdela order sebab takde makanan alternate yang sesuai.

Demi tujuan bergambar orderla ice shave. Staff dah warning ini makanan untuk 2 orang. Tapi cakap  "its ok i  just wanna take picture" lol .Air pun amik dalam option urinal ( so boleh take away ) kalau tak habis minum.

abc dalam tandas



 Stesen metro terdekat :

Ximending


Hello Kitty Dining Taipei

Lepas pergi Barbie cafe' terusla pegi jalan kaki je ke  Hello Kitty Dining. Dah masuk dah waktu minum petang.
Yang ni pun kena customer wajib spend minima NT300 juga.






lampu pun hello Kitty





toilet
oreo but urm so so jelah
Tak order minuman sebab akan bagi air kosong once kita duduk.Sebelum dapat main dessert dia akan bagi puding dulu.

this pudding is more delicious > oreo lol




lagi suka Hello Kitty kat airport Incheon sebab takde paksa kena belanja berapa...keke


Barbie Cafe Taipei

Kecik-kecik main patung Barbie, so bila baca ada cafe ni memang teringin sangat nak pegi. Siap pernah pegi rumah kawan ala playdate gitu bawak Barbie masing2...pastu budak laki kalau tau mulalah buat lawak lame  " eee ko pegang babi ..." tak lawak pun.

Cafe ni dalam capaian metro so senang nak carik. Cafe ni ada waktu dia untuk makan tghhari *pasta dan minum petang ( untuk kek dan manisan ). Lepas tu wajib kena belanja  minima NT300 ( mungkin sebab tak nak orang datang tangkap gambar je). NT300 tu utk sorg saja nak order 2 air pun boleh kutla ragu2 apa dalam menu tukan...





















toilet pun pink

Nearest Metro :
Zhongxiao Dunhua exit 12 via underground mall.
You will see the cafe once u exit
This cafe is also near to Hello Kitty restaurant




Taipei Grand Mosque

Selepas dine in di Hello Kitty , amik cab ke Taipei Grand Mosque.Mula-mula uncle tu tak paham, tapi berjaya tunjuk google map yang discreencap masa ada wifi . Barula dia paham "ooo Moselim ". Uncle tu siap cakap "sorry i no english ".Tapi yang lawak tu sebab baru exit dari Tokyo asyikla nak terkeluar "chotomate" perkataan korea pun nak terkeluar gak tu padahal uncle cakap dalam Mandarin. Macam manala orang yang memang mahir dalam pelbagai bahasa kan.. yang tau sikit- sikit ni pun dah keliru.

Masjid ni berdekatan gak dengan church ( satu line ) 






Masa nak balik, berjalan kaki ke main road pergi ke bas stop dan sebab takde internet kenala gunakan human skill. Aim yang muda2 ala pelajar U. Aim sukses lol .Siap sebab takde duit syiling  dia tambah  nak bagi cukup XieXie ni girl.Dia juga bagitau bila nak turun untuk pergi ke Metro  (Stesen Daan)
 

Thursday, 13 November 2014

Menara Taipei 101

Salah satu tempat yang mmg dalam bucket list ialah Menara Taipei 101. menara ni memang cantik dan pernah menjadi menara paling tinggi di dunia mengalahkan Menara Petronas dan sekarang dikalahkan oleh Burj Khalifa ( juga ada dalam bucket list) tak taule bila nak sampai. .


okcat in Taipei
sampai2 angin tiup bukan main lagi sampai risau ni nak taufan ke?? dahle nak naik bangunan tinggi tp Alhamdulillah takde apa2. Tiket boleh beli di kaunter NT500

i like
berdengung telinga naik lif terlaju ni





ini lah yang menstabilkan menara ni apabila angin kencang


Yang menarik boleh beli poskad dan setem di kaunter dan terus pos dekat mailbox ni. Merah dan hijau sama je dia kata.* dekat 6 harilah jugak baru sampai Malaysia.








View dr tempat paling atas...kenala letak pagar kan...
Mula- mula dia kata tingkat 91 outdoor ni tak bukak sebab cuaca..*angin kuat. tapi lama2 dah ok dia bagi juga naik.

view paling atas sekali

Taipei in 24hours

Sampai Taipei pukui 12 malam , terusla carik tempat tido. Nak jimat tido epot sahaja.


Tempat yang sesuai  boleh baring sambil caj henfon. Tengah2 nak tido sambil set adapter ngan extension ada org approach nak tumpang caj sebab takde adapter. Rupanya dari Sg..sama2 pakai 3pinkan.
Google - google ada Free half day tour for transit /transfer passenger. 7-24 hours before the next connecting flight. Malaysia adalah visa exempt entry country so mmg qualifyla untuk free tour ni.

Departure : 8:15 am   Taoyuan - Sanxia & Zushi Temple - Yingge - return
Departure : 13:45 pm Taoyuan - Songshan Cultural & Creative Park - Taipei 101 - return
*can only join one tour

Dah tulis dah nama untuk pagi punya tour tapi lepas tu baru perasan Taipei 101 ada kat yang petang je...takkan nak tunggu lama2 kut ..walaupun azalinya suka benda free hahaha..last last cakap cancel n orang tourism rekemenla bas yang sesuai ke Taipei 101. Dari airport mmg kena naik bas ke city centre. City centre baru ada metro /subway.

Overall yang nampak , Taiwanese drive belah kiri .Bahasa - mandarin. maap tau xie xie ni, toubouchi je.

plan mmg simple je ..taipei 101 ngan barbie cafe ok cukup...kalu ada masa baru pegi yang lain. Stesen Taipei 101 - Taipei 101 World Trade Center. Fare pun dlm NT20
Taipei Metro Map kalau dah lepas Seoul rasa , subway lain boleh paham kut...elok plak tempat nak pegi dekat2 je.




Ada 1 tempat restoren halal dekat medan selera Terminal 1 ni :



Menariknya prayer room pelbagai agama juga diletakkan satu sudut (3 bilik) *Taoyuan Terminal 1


Untuk muslim , tempat wuduk tidak disediakan, kenala amik di tandas.