Saturday, 5 September 2015

Day 1 - London -Belgium- Amsterdam

Yeay excited, meeting point Kelana convoy  depan Hyde Park. Hari tu hari Sabtu, jalan jem so sume pun delay....kami menaiki ferry melalui Port Dover ke Port Calais, France sebelum merentasi Belgium ke Amsterdam.
Alternatif lain ialah menaiki keretapi tp En Hairul kata takde slot so naik ferryla kami ....
Punyala lambat dekat pukui 6 baru dapat naik ferry. Di sini juga kami makan nasi lauk kari.

Dalam ferry boleh beli prepaid wifi 3 pound. Kat dalm tu ada macam2 starbucks pun ada.
selat inggeris
white wall of dover & dover's castle
Europe sejam kehadapan dari London
Sampai di Calais, France hari sudah lewat malam , kami tidak sempat singgah untuk beli coklat Belgium. Kami sampai di Campsite Amsterdamse Bos ( dekat airport Schipol) dalam pukul 1am. Bas pun tak boleh masuk ...kami kena bawak beg+ sleeping beg..berjalan nasibla tak jauh sangat dan Khemah pun dan dipasang oleh Bas no.2 yang dah bertolak pagi.
 Memang kami lepas solat Isyak terus tunggu subuh yg dalam pukui 3 lebih kalau tak tak bangkit dah ni..
Disebabkan rules driver di Eropah kena rehat 9jam..perjalanan kami esok bermula dalam pukul 10.

Kemudahan : Free wifi di dewan makan
Air panas : Berbayar: 1euro untuk 5 minit
Mesin basuh dan pengering disediakan.

Masa di Holland, cuaca masih sejuk dan waktu nak balik hujan bukan main, Kena pack khemah waktu hujan.
Kami melawat  Voldendam dan area Rijksmuseum, Hard rock cafe 
Terdapa toilet berbayar menarik kat museum *area iamsterdam , memula nampak macam see through dari luar tp bila kita kunci dia akan kaburkan pintu...hahaha saya tak try sebab kena bayar...lol dengar cerita n tgk gmbr kawan jelah...

clogs

windmill


kat sini makan fish nugget
lembu pun jadik
City centre
Kota bebas Belanda -
Pelacuran itu biznes, ganja ada di dalam menu sekali di cafe.....tak taula nak kata apakan...



photo spot but too many people" Iamsterdam"







Gambar canal ni teringat movie " The fault of our  stars " scene dorang jalan2 sekitar Amsterdam .

makan malam harini oleh KC ialah KFC - iaitu Kelana Fried Chicken lol ....siap boleh makan 2 ketui lagi tu..dorg mmg suka masak hangit...haha tp sedap

next - Jerman

Lawatan singkat ke Stamford Bridge

Last chance jalan London sebelum pegi meeting point untuk Kelana Convoy pada pukui 12 noon...so saya pilih ke Stamford Bridge !!
Takdela sokong sangat, zaman2 sekolah rajinla tgk EPL. Masa 2009 pun join Wembley Stadium Tour. Memang menarik. 

Harini beli kad Oyster 15 GBP dari  mesin. Tapi mesin  tu tak accept cash tp dia accept kad kredit sahaja. Stamford Bridge pegi luar sahajala , tak dapat nak tgk dalam changing room semua sebabnya takde bajet...tp die hard blues janganla lepaskan peluang kalau dah ada kat London. Baik tgk games sekali.

Anyway terima kasihla pada staff yg sudi amikkan gambar saya yang sebelum pukui 9am dah datang sini2...Thank you  !!

Stesen : Fulham Broadway








Ada  seat khas untuk gambar berkumpulan

Next , Amsterdam aku datang -

London: Kingsman ,Harry Potter ,Notting Hill and more

Sampai London ,  ada 1 hari , so untuk penjimatan wang belilah pass 1 hari dekat machine $12 so boleh sesuka hati pegi mana2. Sebab setelah compute single way fare lagi untung amik ni...tapi takat nak pegi 2, 3 tempat tu tak payahle..pakai Oyster card je sudah. Download je free apps untuk Tube undrground map. Atleast  takde internet pun still boleh pakai.

Ada plak sambutan Aidilfitri dalm englishnye Eid celebration dekat Trafalgar  Square.
Dulu2 tempat yg banyak merpati ...yang dalam video klip Amy Mastura dalam cinta korporat lol...Tapi tak sempat pegi majlis sebab hari yang sama nak bertolak ke Amsterdam, so singgah 1 hari sebelum dah ada booth dah. Disebabkan last time dah jalan full kat London , ni kira pegi yang mana  belum pergi je. Hujan je...nasib baikla renyai2  Atas sebab2 susah nak tgkap gambar pakai payung , i pakai jaket yg kalis air dengan hood. Mmg berguna sampai ke Belanda  dan Venice.




Harry Potter  Platfform:
Stesen : King Cross & St Pancras
Masuk je King Cross dekat area2 kedai tu  nampak platform buatan...boleh bergambar free (pakai kamera sendiri ) or pakai kamera staff yg mana dorg siap akan bagi pinjam scarf untuk efek ala terbang ke Hogwarts. Dekat London ofcourse ada theme parknye The Making of Harry Potter sendiri but takde bajet nak pegi..pegi yang kat Jepun tu pun dah kira best ,cukupla tu. Ada kedai merchandise jugak untuk semua peminat Harry Potter.

menghayati watak, i pakai stokin Gryffindor


The real platform


St. pancras - stesen nak naik eurostar ke Paris.




Pukui 9am terus pegi ke stesen Bank  untuk tukar duit.Al Kisah masa 2009 konon2 nak simpanla duit lebih 50 pound (Houblon) lepas balik London. Nanti pegi mana2 boleh jadi backup.  Masa pegi Jepun oct 2014 , ingatkan nak tukar ke Yen sekali org Jepun tu cakap ni dah tak laku. Email ke bank of England,dia kata boleh post or walkin untuk tukar note baru.

so sapa2 kut ada Houblon ni maaf tak laku /sila tukar dengan Bank of England.
Masuk Bank of England ni kena lalu security n xray bag lepas tu senang je pergi kaunter terus dia tukarkan duit baru.Rasa macam tukar duit rm1 not baru kat Malaysia je sementelah masih syawal lagi....hahaha

It u still have houblon 50 note u can just exchange with new note at Bank of England or mail  it to them.

 
"Where can I exchange Houblon £50 notes?
The Bank of England will always exchange its old-series notes. Notes may be presented for payment either in person or sent by post (at the sender’s risk) to: Dept NEX, Bank of England, Threadneedle Street, London EC2R 8AH. "


Oxford street  
Ni mmh kawasan shopping tapi aku nak pegi tgk kedai jahit dalam movie Kingsman je ...lol
Manners makketh man !!
Stesen terdekat  :  Oxford Circus Station ( 7  min )
Alamat  : Huntsman 11, Savile Row

Notting Hill 
Stesen : Notting Hill Gate
Saja2 nak feel ala Hugh Grant & Julia Robert jalan2 area sini. Mmg ada umah William Thacker tp sebab hujan dah nak malam takdela beria nak carik.


Last stop : Sebab dah ada pass kan terusla pikir  "eh kena pegi gak 1 stadium bola"...walaupun masa tu dah pukui 9mlm...terusla ke stesen Arsenal.... tp still hujan and dia bukan macam stadium jalil terus nampak dr stesen lol//tp bak kata kazen just jalan je 100 m patut dah nampak emirates...masa tu takut plak kena mug kan jalan sorg2 tu yg patah balik.


Sunday, 30 August 2015

Flying with Emirates , Dubai Transit and Gatwick Airport


gurun dubai

Dapat tiket promo KL -London Rm2200 . Takde refund dan terdapat syarat "no show" akan dikenakan penalti rm1000. Tapi kalau date dah pasti so takde apa2 masalah , rm2200 return tu dah cukup murah dah. Naik 6 jam transit  Dubai dari Kuala Lumpur dan lagi 6 jam ke London.
Gap transit sejam setengah.
Yang paling best masa naik Airbus ke London. Siap ada free wifi lagi (kagum jer berwasap atas awan) tp dlm 15 min(dia bg in bytes) haha lepas tu sila beli.
Overall makan kenyang, yg penting dah siap2 halal. Facilities tiptop tp staff mcm kurang friendly.
Dalam menu ada option air coklat tp mcm nak tak nak je bagi sebab dia bawak jag teh n kopi je...ehh kena mintak gak, sapa suruh tulis dalam menu.







Feature yang menarik - Plane cam
Emirates dilengkapi ngan plane cam, so kita boleh tgk keadaan di luar , ada kamera di bawah , depan dan ekor kapalterbang * ekor hanya di model Airbus. Bila landing ,take off  nampak le runaway.



 Apa yang saya makan pergi dan balik





Entertainment- yang ni  best sebab movie Korea dia yang update lol. Masa pergi tengok cerite Lee Seungi  dan Moon Chae Won,balik tengok Twenty (Junho , Woobin  Haneul)  dan Rewrite (Hugh Grant), Marvel movie list pun ada. Layan sambil caj phone....tapi masa naik boeng KUL- Dubai duduk dekat tingkap takde tempat usb tu, kerusi tengah dan aisle je ada


Airbus- jakun jap ada tingkat atas..yelah selalu i naik Air Asia je.


oh kat situ tangga dia -org2 1st classlah kut
safety exit
Dubai Airport

Masa dari Kuala Lumpur ramai sangat orang kena undergo security sampai rasa kejap lagi ada yg miss kapal terbang ni...tp sempatla pegi surau dia jamak zohor asar....surau dia takde telekung yelah org arabkan dah siap terus solat pakai jubah dia dah siap tutup aurat dah...Masa balik gate baru dekat siap bole singgah Mcdonald. swipe pakai debit card sebab takde curreny dinar. Yang kat McD ni semua ckp english sebab semua foreigner. Special untuk rakyat msia yang transit lama boleh lah melawat Dubai , tak perlukan Visa dan siap boleh lalu Autogate sebab hanya perlu scan pasport sahaja.















Gatwick Airport
Sampai London dalam pukul 9mlm. Biasala immigresen sini kena tunjuk itinerari dan tiket balik. Gatwick ni ada North dan South terminal....dekat South ada Gatwick Express dan Shuttle bas (Easybus) ke city London.(victoria atau Waterloo)  Nak jimat better book online.  
Easybus GBP 11 beli on spot (sejam perjalanan ) Gatwick Express GBP 19.90 single trip, 34.90 return  (setengah jam ) ke Vicoria 
Easybus punya shuttle ni Van ..so kalau tak book online bahaya jugak sebab maybe dah full 12 org je muat...nak beli tiket onspot boleh tp pay by card..Ada 2 laki Itali ni takde card ....last2 driver ni suruh pinjam kat aku sebab aku ada card...so dapatla cash 22 GBP beria dia ckp thanks.
Kedua-dua terminal North dan South ada all religion prayer room.  Dekat south, toilet dekat eskaletor tengah siap ada private sink...senang sikit amik wuduk.Dekat prayer room ada tempat wuduk tp 1 je so campurla laki dan perempuan .
Ada tempat boleh duduk dan caj ..syoknye UK sebab plug sama Malaysia senang!
Sempat gak tido jap sementara nak tunggu 5am 1st shuttle ke Waterloo ..ada polis akan round juga tp dia tanya2 begitu je n walau muka aku paling foreign tp dia tak tanya pun...haha

sempat gak tido
Tips : register mygatwick dan dptkan free coffee any flavour
tempat wuduk disediakan


Free wifi : 90 min sahaja

Masa balik, seperti biasa nak habiskan siling belilah coklat yang takde di Malaysia. Dorg biasanya akan label suitable for vegatarian so bolehla makan