Wednesday, 27 July 2016

AirBnB di Hokkaido -

AirBnB is the best alternative besides hotel. It is cheaper and can comes with facilites such as kitchen , washing machine and microwave.

Use this invite code ,$20 discount once you sign up. / Diskaun RM65 kali pertama daftar dengan airbnb.

www.airbnb.com/c/zabidin1

Update 2018 : Jepun telah memperkenalkan akta terbaru di Jepun di mana airbnb hendaklah mempunyai lesen. Untuk mempunyai lesen perlulah mematuhi beberapa peraturan yg ditetapkan. Peraturan ini telah menyebabkan banyak tempahan yg terpaksa dibatalkan.
Untuk lebih maklumat lanjut boleh rujuk vlogger di bawah :




Kami stay di Airbnb Asahikawa dan Sapporo.
Asahikawa : Tuan rumah  siap bagi 1000 yen duit taxi. Rumahnya pun cantik dan walaupun di jepun berkonsepkan english. Pink pink gitu. Kami ke sini pakai GPS tp tak perasan ada 2 rumah unit number sama cuma blok lain. Terpaksa kacau auntie presume jiran , tapi auntie ni baik siap jalan tunjuk dan tunggu sampai boleh bukak kunci dalam postbox. Next time kena bawakla snek malaysia muruku ke keropok ke, boleh juga promote sambil berterima kasih.
Rumah mcm  ni sesuai untuk sorg /2 je...bila bayangkan alahai auntie ni duduk seorang je ke untuk rumah sekecil ni. mmg minimalist sungguh. Anyway bukak inbox airbnb baru perasan tuan umah dah bgtau umah ni dia ada letak sign coz ada 2 unit no.sama hahaha*always check your inbox
Di jepun kena follow rules sampah kena separate untuk recycle purpose. Kecil je- konsep  apartment studio. Ada katil,wifi, dapur , bilik air dan toilet separate. Tuan rumah pun responsive apabila tanya pakai Airbnb messenger. Yang problem air panas, sekali kena on machine dia . Yang part tu dia lupa label tp tanya dalam message dia cepat je bgtau kat mana mesin air panas tu...remote tv, tong sampah semua dia label english.

Rumah ni dilengkapi washing machine, microwave sempatla kami basuh baju tinggal 2 malam di sini. Rumah ni ada heater sesuai juga untuk winter.

Lokasi : 15 min dari Asahikawajo .
Walaubagaimanapun terdapat bas direct ke Stesen Jr. asahikawa*190 yen.  Kami dapat panduan menaiki bas dari pejabat tourism Asahikawa .Siap bg note untuk driver bas bgtau kami perlu turun di mana. Details bas saya dah letak di bahagian review page airbnb pada sesiapa yang bakal stay di rumah ini di masa hadapan.



lawa sangat...with bidet

Sebab tuan umah ni ok , kebetulan ada brooch tak pakai lagi, tinggallah 1 dekat meja sebagai souvenir. hehe dia cakap thanks. Tapi tak boleh tahan dia bg review balik , she cleaned the house. Yang realitinya semua sampah kami buang ke tong sampah recycle sebab confuse nak biar ke kena letak kat tong sampah recycle lol. Ada 3 tong sampah 1 dekat bilik air,ruang tamu dan yang recycle di dapur.



Airbnb di Sapporo ( option paling murah yang ada)
Tuan rumah agak kurang responsive maybe sebab kurang mahir english. Tapi mintak direction mmg tak dpt dia jawab yes je lol. Kami pakai GPS  juga bila dah dekat terpaksa la tanya local untuk  blok dan bangunan  ( sebab address dalam bahasa jepun)  Jumpa auntie lg , dia tgh tanam bunga, dia pun mintak tolong student yg lalu , elokla student ni tau english . rupanya  bangunan  sebelah sahaja. Tapi ok gak Tuan rumah tanya dulu air panas ada ke * mungkin ini soalan yg selalu ditanya foreigner lol* tp tong sampah tidak dilabel hanya dalam bahasa jepun sahaja.

Rumah ni opposite  dr rumah asahikawa haha tapi dari listing dah tau dah, takde internet, takde washing machine ,microwave dan aircond. Maka haritu kami pasang kipas sahaja. Tilam mmg nipis, last2 sekali pakai tilam utk extra person tidur atas lantai sahaja. Tapi basic need cukupla ,heater pun ada.

Lokasi : 5 min dari subway Kotoni




dalam citer jepun  selalu nampak meja ada selimut untuk winter


Toya - Asahikawa



Dari Hakodate kami ke Stesen  Toya.
Di Toya paling popular adalah tasik Toya ( yang kedua besar di Hokkaido) juga salah satu tasik yang takkan beku bila waktu winter dek terlampau dalam. Kami letak beg di dalam locker yang paling besar (700 yen) . Kami beli tiket bas return di kaunter JR ( 600yen) . Nama perhentian bas ke Lake Toya ialah Toyako Onsen. Bus stop berada di luar Stesen JR. 
Sekali Toyako Onsen  locker dekat Kaunter tourist Toyako Onsen ni 300 yen  je cehh  boleh jimat di situ. Dekat Toyako Onsen ni ada toilet bidet. Stesen JR biasanya takde bidet.

Kami spare  2 jam kat situ dan naik cruise pusing lake toya (50 minit) .




Boleh bagi burung camar /seagull makan chips. Bukan main menggila lagi burung2 ni bila tourist Korea baling chips.








dari stesen Toya kami ke Asahikawa ( tukar tren di Sapporo )
Stesen Asahikawa bersebelahan dengan Aeon sempatla kami bershopping groceries di situ. Aku gunakan pamphlet 5% diskaun yang dapat masa Matta Fair di Booth JTB - Aeon.


salad ,pisang dan air

Tips : cheaper locker at Toyako Onsen (300 yen) in comparison to 700 yen at JR Toya station.
In hyperdia choose Toya JR Muroran for lake Toya.



New Chitose Airport - Hakodate

New Chitose Airport sahaja pun dah jadi tempat yang paling best untuk di lawat.
Disebabkan flight ke KL AirAsia adalah flight pagi kami pun jalan-jalan di sini dulu selepas landed 8am waktu tempatan.

1. Doraemon Sky Park http://www.new-chitose-airport.jp/en/doraemon/
Operation Hour: 10am -18:00
Park Zone :  Adult 800 yen (3rd floor)
Cafe di luar, tidak perlu bayar tiket masuk. Kami pergi cafe sahaja


latte dan dorayaki with red bean
2. Royce Chocolate World (3rd floor)
Operation hour : 8am , free
Boleh tengok dari cermin bagaimana pemprosesan coklat Royce.
Coklat Royce ni berasal dari Hokkaido. Kalau kat KL kedai dia ada kat The Gardens.  Beli kat sini untung sebab lagi murah hampir Rm10-20 dari Malaysia. untuk coklat Royce Nama ingredients ok boleh makan yang ditulis tiada alkohol , boleh juga rujuk website royce malaysia untuk ingredients dalam english sebab mmg mereka import dari Jepun.


3. Pokemon Store
Disebabkan nostalgia tgk Pokemon dolu dolu sempatla singgah jap. Masa ni Pokemon Go dah menggila kat US sempat gak lak download apps tu tapi dah tangkap Charmander dekat bilik kat Hakodate lepas terus takde dah (sebab belum launch) . Dah balik seminggu baru Jepun launch game PokemonGo. Kalu tak syok gak sambil travel sambil collect Pokemon haha.


Lepas tu kami ke stesen JR di B1 beli Hokkaido Rail Pass ( Hokkaido Rail Pass je boleh beli di Jepun kalau Japan Rail Pass kena beli outside Jepun) Kami beli juga Otaru pass sebab boleh dapat kad Subway unlimited travel  1 hari , di samping tiket JR dari Sapporo ke Otaru. Staff juga book "reserve seat" tiket untuk kesemua train kami

Hakodate  Day 1 - Super Hokuto
Di tiket reservation ada tertera "car 4 , seat 4c" itu maksud Koc no.4 . Untuk tahu kedudukan koc , kita boleh tgk dekat signboard di  platform berpandukan nama tren ( Super Hokuto) dan ada display untuk car 4 kedudukan ialah di tiang no. 8 (contoh) . So boleh je terus tunggu di situ. Sempat jumpa another Malaysian dari kedah, en ong terrer ckp loghat kedah. dia pun utilize cuti raya nampaknya

Tren kami sampai pukui 4pm.kami terus check in di Hakodate Bay Guest House. On Gps dalam 7 minit dari stesen Hakodate. Guesthouse kami dekat je dengan stesen Trem (shiyakusho mae) tp sebab nak jimat haha kita jalan kakijelah . Di sini kami duduk bilik private shared bathroom.

Lepas check in kami pun naik tram ke Jujigai untuk ke Ropeway. Masa tu dah nampak dah kabus , dekat sign pun ada tulis "foggy" Kami tanya staff dia kata mungkin view tak nampak clear  sebabkan kabus. Terus cancel dari ropeway kami jalan kaki ke kawasan motomatchi. Dekat sini ada church orthodox dan slope.







mmg kabus tebal
Kami jalan terus ke  kawasan redbrick




dari sini kami jalan kaki balik ke guesthouse.

Hakodate day 2.
Subuh 2:05am dah masuk dah sebab summer- siang panjang dari malam. Subuh habis pukul 4am. Pukui 4am dah terang dah. (3am pagi waktu malaysia) haha bygkan kena bangkit b4 pukui 3.
Morning market pukui 5am dah bukak- tapi kami pergi dalam pukui 8am

Boleh tangkap sotong dan sotong yang ditangkap akan disiang fresh - sashimi sotong.(1040 yen)

 

Fresh squid


Kami pergi ke stesen JR sebab semalam semasa naik tren ada dengar stesen Goryukaku so ingat bolehlah pergi Goryukaku park dari sini. Staff di JR beria bawak kami ke kaunter tourist. Dorg explain naik bas (5min) lagi dekat dari naik tren dan tram(15 min) ke Goryukaku Park. Boleh beli pass 1 hari 800yen ( bas sahaja) atau 1000 yen (bas dan tram.) Pass bas ni sekali dengan "mountain climbing bas" maksudnya tanpa naik ropeway /kabel car dah boleh view dah Hakodate dari atas bukit. Untungla sebab kalau naik ropeway sahaja dah 1000 ni campur sekali dengan bas yang pergi ke tempat2 lain. staff akan bagi jadual dan number bas yang valid dengan pass tu. 

Bas akan buka pintu belakang, kita kena ambil ada tiket kecik dari mesin ,bila nak turun bg balik tiket kecik  dan bayar , untuk pass holder pulangkan tiket dan cuma tunjuk pass bila nak turun di pintu hadapan . Nama stesen akan diberitahu  dalam english.

Goryukaku Tower :Entrance 840 yen


Paling unik sebab taman ni berbentuk bintang dan setiap musim mmg akan nampak view yang berbeza. Kalau musim bunga mmg taman ni dikelilingi pokok sakura so nampak mcm Pink. Musim winter akan warna putih dek salji yang tebal, musim luruh warna kuning.

Former magistrate office di Goryukaku Park
 Alang2 dah ada pass , dari Goryukaku kami pergi ke area Gereja lama (trappistine) . Elok plak dekat sini banyak gila bunga 3 bulan cantik je tengok ada yang hijau, biru , ungu. Dekat hakodate ni tempat turun dan naik bas sama .Siap dekat bus stop ada tulis bas tak akan lalu di opposite side.





Dekat sini juga dapat diskaun untuk soft ice cream (bas driver yg bagi). Tapi sebab dah makan icecream 1 kat Goryukaku kami bagi jelah kertas diskaun dekat tourist yang jumpa di Hydragea park.Nampak kulit mcm org dari south east asia tp cakap english sempatla tanya dari mana, rupanya org Hawai.

Kami balik Guesthouse untuk solat dan keluar balik ke Mount Hakodate naik bas .  Mmg view cun sungguh tapi kami tak  dpt snap view malam yang cun sebab ramai sgt org , dah kurang org kabus cover plak. patutnya kami cop je awal2 tempat tapi seriusla sejuk gila sebab angin  walau dah pakai jaket.Ini summer ni camna la org yg travel winter ( maybe kurangla org kut)





Check out 5:30am
Train kami ke Toya 6:10am tetiba teringin plak nak makan breakfast seafood. 
Lambat plak nak grill oyster , kami habis makan dan bayar kui 6:04am . (smarket sebelah stesen JR je)  Tunjuk pass kat  Station master ,kat platform terus kami naik dari car 1 yang paling depan, kami punya seat car 3... elok je sampai car3 terus keretapi jalan haha punctual kan.


 
800 + 100 topping telur ikan . Total 900 yen


 Grill oyster dan  teh jepun free

 Boleh cari lagi set yang murah ada terbaca ada juga set seafood + nasi 500 yen sahaja  dekat market tu. Tapi sebab tak sempat kami carik kedai yang  dah bukak sahaja. Tapi telur ikan tu mmg masuk mulut terus cair. Grill Oyster pun sedap kalau yang mentah lagi murah tp otak tak boleh terima hahaha.



 










Friday, 1 July 2016

Mango Six Malaysia



Finally Mango Six is in Malaysia !! K-drama fan will be familiar with this drama as they are the sponsor for The Heir and A Gentleman's Dignity drama.

The location is at Bandar Puteri, Puchong.  https://www.facebook.com/Mangosix-Malaysia-858112477541956/










Catch of the day - baumkuchen and mango coconut Yummeh



I went during off peak so my waiting time is just 10 minutes... but i  just check their fb...2 review stated they wait for 45 min for cakes and drinks...hmmm maybe they are too popular or does not have enough staff.

Hong Kong , Beijing dan tandas awam


Stuck di Hong Kong
First time merasa  cancel. Kami menaiki Cathay Pacific  dengan tujuan transit di Hong Kong via Dragon Air. Namun sampai sahaja di Gate . Staff terus beritahu flight cancel , airport beijing tutup dan flight akan diganti esok pagi. Staff terus issue boarding pass baru dan memberitahu kami mereka akan cover untuk hotel. Kami diberitahu untuk ambil beg yg dicheckin mungkin agak complicated dan kena menunggu 2-3 jam. Grup semua stuju untuk tidak mengambil beg. (bermakna kami akan bermalam dengan baju yg sama hari tu). Airline turut sediakan bas untuk transfer ke hotel Kowloon.

Kami juga diberi option buffet dinner tapi semua waswas je nak makan. Last2 sebab lokasi hotel di Tsim Sa Tsui, kami terus jalan di restoren halal berdekatan. Disebabkan tak expect akan bermalam di HK, kenala kuarkan cash HKD dari mesin Atm



Meal Voucher HKD $40
Esok 6am kami pun menaiki bas yg disediakan dr hotel ke airport. Bagus juga tak amik beg kerana kami tak perlu check in bag lagi , direct terus ke immigresen. Next kami terus ke satunya2 restoren halal di airport hong kong - Popeyes untuk redeem voucher meal. Nampaknya lokasi Popeyes dah berpindah dr sebelum imigresen(tahun 2014)  ke selepas immigresen .

yg penting ada logo halal
Flight ori - Dragon Air, flight ganti Cathay Pacific. Unfortunately walau dah tanya sebelum tu. Cathay Pacific tiada stock utk makanan halal.nasibla flight dalam 2 jam lebih je.

Pengajaran :
1. Kalau transit malam, sila bawa tshirt backup dalam hand carry. merasa kami pakai baju sama satu hari suntuk walau dah mandi semua.
2. Make sure flight ganti akan copy the same request from previous airline especially MOML.

Insurans kami tidak cover flight cancel sebab airline telah pun menyediakan compensation dan new ticket . coverage hanya untuk delay katanya. Nasibla dpt hotel gak...agak2 kalau AA tido epot jelah kut hehe

Akhirnya selamat sampai Beijing .  Kami stay di Jin Yun run hua. Tour guide kata semalam hujan lebat untuk route ke China dari HK sebab itula flight ke China semua cancel. Flight baru semua org naik Airbus yg besar untuk ganti semua flight ke Beijing yg cancel.

Breakfast diasingkan halal dan non halal atas permintaan pakej di hotel.

Tempat - tempat yang dilawati :


Great wall, Summer Place, Tianamen Square, Panda Zoo .Akrobatik show juga salah satu attraction yg  mmg tak boleh miss, sgt menarik
Trip melalui pakej Poto harusla semua makanan halal. Yang penting bagi kami telur dadar tu wajib ada.

summer palace

bunga di Tianamen sq


Bird nest stadium, bunga mawar bunga kebangsaan
Great wall- hujan masa ni








telur dadar masakan antarabangsa

panda yg comei


Masjid-masjid

Masjid masa ni  ada renovate plak kat toilet perempuan...terpaksala amik wuduk tempat laki..jenuh nak expain water meiyo lol..last2 tunjuk imam org tgh baik toilet baru dia paham.


Tandas awam

dari luar cantik tp dalam hmm entahla
mmg sah sah tau toilet sini takde air, tp sikap mereka ni pelik juga...tourist tourist dalam negeri yang turut melawat tempat2 pelancongan...satu q panjang, dua siap tak flush...tetiba je eh org sebelah punya tisu masuk kat sebelah ada darah plak tu ewww....( ni summer palace punya toilet) ...dekat art zone siap ada toilet takde pintu ( nak tangkap gmbr tapi ada org plak ) kalu penuh org pakai gak kut toilet takde pintu tu....dahle berbau terus terbantut niat....haha so pergi sini , sila bersedia dr segi mental lol

Airport security beijing yg sgt tak friendly
Security check..sungguh tak effisyen...q punya lama sampai dah masuk waktu boarding dah.....lepas tu rupanya kena keluarkan powerbank  dari beg...lain kali tarukla sign waktu tgh q ni...ni dahla lambat, sampai turn nak xray, jenuh plak nak korek power bank dlm bag...bukan tu je ada gak power bank 20k kena amik, bedak bayi pun...i punya  makanan jelly puding pun kena...walau aku tak rasa tu cecair..takpela gua kasi halal je..masalahnya dia baling jelly tu buang depan mata...haishla....

Lepas clear security je berlarila kami ke gate, tapi rupanya delay dekat sejam tunggu pelepasan trafik udara ( yg menyebabkan risiko lg sekali untuk transit ke HK) ...kat HK sambung drama..kuar gate terus carik gate baru....fuh setbaik sempat..kalu tak mmg kami pi Disneylandlah....anyway bila balik KL....1 beg group kami takde....berdasarkan reference sticker bar code tu...rupanya bag tu miss out masa transit....(yela tinggal sejam je) anyway pihak Cathay telah menghantar beg tersebut direct ke rumah keessokkan harinya. (beg tak berkunci dan tiada benda yang hilang)

Sebenarnya jadual kami ni dah lari sebab sepatutnya kami direct ke Beijing . Kami dah hilang separuh hari tapi nasibla kami still bole cover semua tempat dalam itinerari...group pun semua sporting menempuh pelbagai drama ke Beijing.