Wednesday, 27 July 2016

New Chitose Airport - Hakodate

New Chitose Airport sahaja pun dah jadi tempat yang paling best untuk di lawat.
Disebabkan flight ke KL AirAsia adalah flight pagi kami pun jalan-jalan di sini dulu selepas landed 8am waktu tempatan.

1. Doraemon Sky Park http://www.new-chitose-airport.jp/en/doraemon/
Operation Hour: 10am -18:00
Park Zone :  Adult 800 yen (3rd floor)
Cafe di luar, tidak perlu bayar tiket masuk. Kami pergi cafe sahaja


latte dan dorayaki with red bean
2. Royce Chocolate World (3rd floor)
Operation hour : 8am , free
Boleh tengok dari cermin bagaimana pemprosesan coklat Royce.
Coklat Royce ni berasal dari Hokkaido. Kalau kat KL kedai dia ada kat The Gardens.  Beli kat sini untung sebab lagi murah hampir Rm10-20 dari Malaysia. untuk coklat Royce Nama ingredients ok boleh makan yang ditulis tiada alkohol , boleh juga rujuk website royce malaysia untuk ingredients dalam english sebab mmg mereka import dari Jepun.


3. Pokemon Store
Disebabkan nostalgia tgk Pokemon dolu dolu sempatla singgah jap. Masa ni Pokemon Go dah menggila kat US sempat gak lak download apps tu tapi dah tangkap Charmander dekat bilik kat Hakodate lepas terus takde dah (sebab belum launch) . Dah balik seminggu baru Jepun launch game PokemonGo. Kalu tak syok gak sambil travel sambil collect Pokemon haha.


Lepas tu kami ke stesen JR di B1 beli Hokkaido Rail Pass ( Hokkaido Rail Pass je boleh beli di Jepun kalau Japan Rail Pass kena beli outside Jepun) Kami beli juga Otaru pass sebab boleh dapat kad Subway unlimited travel  1 hari , di samping tiket JR dari Sapporo ke Otaru. Staff juga book "reserve seat" tiket untuk kesemua train kami

Hakodate  Day 1 - Super Hokuto
Di tiket reservation ada tertera "car 4 , seat 4c" itu maksud Koc no.4 . Untuk tahu kedudukan koc , kita boleh tgk dekat signboard di  platform berpandukan nama tren ( Super Hokuto) dan ada display untuk car 4 kedudukan ialah di tiang no. 8 (contoh) . So boleh je terus tunggu di situ. Sempat jumpa another Malaysian dari kedah, en ong terrer ckp loghat kedah. dia pun utilize cuti raya nampaknya

Tren kami sampai pukui 4pm.kami terus check in di Hakodate Bay Guest House. On Gps dalam 7 minit dari stesen Hakodate. Guesthouse kami dekat je dengan stesen Trem (shiyakusho mae) tp sebab nak jimat haha kita jalan kakijelah . Di sini kami duduk bilik private shared bathroom.

Lepas check in kami pun naik tram ke Jujigai untuk ke Ropeway. Masa tu dah nampak dah kabus , dekat sign pun ada tulis "foggy" Kami tanya staff dia kata mungkin view tak nampak clear  sebabkan kabus. Terus cancel dari ropeway kami jalan kaki ke kawasan motomatchi. Dekat sini ada church orthodox dan slope.







mmg kabus tebal
Kami jalan terus ke  kawasan redbrick




dari sini kami jalan kaki balik ke guesthouse.

Hakodate day 2.
Subuh 2:05am dah masuk dah sebab summer- siang panjang dari malam. Subuh habis pukul 4am. Pukui 4am dah terang dah. (3am pagi waktu malaysia) haha bygkan kena bangkit b4 pukui 3.
Morning market pukui 5am dah bukak- tapi kami pergi dalam pukui 8am

Boleh tangkap sotong dan sotong yang ditangkap akan disiang fresh - sashimi sotong.(1040 yen)

 

Fresh squid


Kami pergi ke stesen JR sebab semalam semasa naik tren ada dengar stesen Goryukaku so ingat bolehlah pergi Goryukaku park dari sini. Staff di JR beria bawak kami ke kaunter tourist. Dorg explain naik bas (5min) lagi dekat dari naik tren dan tram(15 min) ke Goryukaku Park. Boleh beli pass 1 hari 800yen ( bas sahaja) atau 1000 yen (bas dan tram.) Pass bas ni sekali dengan "mountain climbing bas" maksudnya tanpa naik ropeway /kabel car dah boleh view dah Hakodate dari atas bukit. Untungla sebab kalau naik ropeway sahaja dah 1000 ni campur sekali dengan bas yang pergi ke tempat2 lain. staff akan bagi jadual dan number bas yang valid dengan pass tu. 

Bas akan buka pintu belakang, kita kena ambil ada tiket kecik dari mesin ,bila nak turun bg balik tiket kecik  dan bayar , untuk pass holder pulangkan tiket dan cuma tunjuk pass bila nak turun di pintu hadapan . Nama stesen akan diberitahu  dalam english.

Goryukaku Tower :Entrance 840 yen


Paling unik sebab taman ni berbentuk bintang dan setiap musim mmg akan nampak view yang berbeza. Kalau musim bunga mmg taman ni dikelilingi pokok sakura so nampak mcm Pink. Musim winter akan warna putih dek salji yang tebal, musim luruh warna kuning.

Former magistrate office di Goryukaku Park
 Alang2 dah ada pass , dari Goryukaku kami pergi ke area Gereja lama (trappistine) . Elok plak dekat sini banyak gila bunga 3 bulan cantik je tengok ada yang hijau, biru , ungu. Dekat hakodate ni tempat turun dan naik bas sama .Siap dekat bus stop ada tulis bas tak akan lalu di opposite side.





Dekat sini juga dapat diskaun untuk soft ice cream (bas driver yg bagi). Tapi sebab dah makan icecream 1 kat Goryukaku kami bagi jelah kertas diskaun dekat tourist yang jumpa di Hydragea park.Nampak kulit mcm org dari south east asia tp cakap english sempatla tanya dari mana, rupanya org Hawai.

Kami balik Guesthouse untuk solat dan keluar balik ke Mount Hakodate naik bas .  Mmg view cun sungguh tapi kami tak  dpt snap view malam yang cun sebab ramai sgt org , dah kurang org kabus cover plak. patutnya kami cop je awal2 tempat tapi seriusla sejuk gila sebab angin  walau dah pakai jaket.Ini summer ni camna la org yg travel winter ( maybe kurangla org kut)





Check out 5:30am
Train kami ke Toya 6:10am tetiba teringin plak nak makan breakfast seafood. 
Lambat plak nak grill oyster , kami habis makan dan bayar kui 6:04am . (smarket sebelah stesen JR je)  Tunjuk pass kat  Station master ,kat platform terus kami naik dari car 1 yang paling depan, kami punya seat car 3... elok je sampai car3 terus keretapi jalan haha punctual kan.


 
800 + 100 topping telur ikan . Total 900 yen


 Grill oyster dan  teh jepun free

 Boleh cari lagi set yang murah ada terbaca ada juga set seafood + nasi 500 yen sahaja  dekat market tu. Tapi sebab tak sempat kami carik kedai yang  dah bukak sahaja. Tapi telur ikan tu mmg masuk mulut terus cair. Grill Oyster pun sedap kalau yang mentah lagi murah tp otak tak boleh terima hahaha.



 










No comments:

Post a Comment