Thursday, 28 July 2016

Hari ni makan apa ek ? Hokkaido punya cerita

Ini cerita nak jimat punya pasal .Compare dengan set jepun 900yen-1000 takleh makan hari2. Tapi jimat2 pun pantang nampak aiskrim di Hokkaido.
Sebab duduk airbnb ada dapur + microwave senang cuma perlu panaskan sahaja.
carta review suka hati Cik Leha.

1. nasi segera 7e. Masalahnya dalam seminggu  masuk 7e jumpa sekali ni je dekat hakodate. Portion pun banyak
Harga : 125 yen

Apalagi tgh musim raya, makanlah dengan serunding + ikan bilis Yeos. Sedap tu

2. Hokkaido Melon ( 300- 400 yen) ni mmg sedap.

3. Softcream Melon pun jadi (300yen)

4. Brahim's nasi cendawan keju ( yang ni paling mahal rm11) tapi portion banyak , cukup untuk 2 orang. Tapi kalau makan nasi sahaja mmg plain, tambah dengan ikan bilis Yeos baru best. (lunch)


5. Air coklat Ishiya. Sedap- harga pun sedap gak la 210 yen untuk version murah sikit bole cuba Air coklat Van Houten
berlatarbelakangkan hakodate


6. Tesco kari ayam dengan kentang. Not bad , kami makan dengan onigiri (makan malam)



















7. Lunch di Furano- special Kuah kacang Agro dan nasi impit.siap makan kat lavender east. Dah pakai baju raya kenala hidangan raya.



















Pemanis mulut : icecream lavender ( saja nak try bolehla) tp takdela sedap sgt coz rasa makan pewangi je


8. dalam kereta sempat habiskan kuih raya haha inila tat nanas terakhir (bawa bekas kecil sahaja untuk snek)

9.Nasi gorg kampung Sharifah ( panas pakai microwave ) harga lagi murah dari Brahim tapi portion agak sedikit walaupun dia tulis 1-2 . Tapi rasalah nasi gorg kampungnya. Yang ni lunch dalam keretapi ke Wakkanai dari Asahikawa

10. Dinner + nasi beli di Selcomart (yang diverify oleh staff ianya sesuai utk vegetarian ). Sambal ni sedap sebab pedas. Di Wakkanai kami  duduk hotel takde microwave, jadinya pakai air panas biarkan 2,3 min dalam bekas.








11.Kali ni senang onigiri dah tulis roman dah "salmon roe"

dimakan bersama dengam sambal ikan bilis Brahim. hmm prefer Ikan bilis yeos lagi sebab lagi pedas.

12. Pemanis mulut : (white corn) yang dibeli di Otaru 1 tongkol ( share makan 2 orang) harga 400 yen.
Rasanya manis persis macam jagung kuning biasa hahaha

Itu sahaja jalan jalan cari makan (yang ada dalam beg). makanan jepun yang kami adalah halal ramen Sapporo, set seafood di Hakodate dan Otaru.
Dalam Air Asia , flight ke Sapporo prebook Nasi Ayam ,balik prebook Bibimbap. Rugi betui Air Asia X jual lemang untuk flight AK sahaja kalau tak awal2 dah prebook lemang.


No comments:

Post a Comment