Saturday 5 September 2015

Day 1 - London -Belgium- Amsterdam

Yeay excited, meeting point Kelana convoy  depan Hyde Park. Hari tu hari Sabtu, jalan jem so sume pun delay....kami menaiki ferry melalui Port Dover ke Port Calais, France sebelum merentasi Belgium ke Amsterdam.
Alternatif lain ialah menaiki keretapi tp En Hairul kata takde slot so naik ferryla kami ....
Punyala lambat dekat pukui 6 baru dapat naik ferry. Di sini juga kami makan nasi lauk kari.

Dalam ferry boleh beli prepaid wifi 3 pound. Kat dalm tu ada macam2 starbucks pun ada.
selat inggeris
white wall of dover & dover's castle
Europe sejam kehadapan dari London
Sampai di Calais, France hari sudah lewat malam , kami tidak sempat singgah untuk beli coklat Belgium. Kami sampai di Campsite Amsterdamse Bos ( dekat airport Schipol) dalam pukul 1am. Bas pun tak boleh masuk ...kami kena bawak beg+ sleeping beg..berjalan nasibla tak jauh sangat dan Khemah pun dan dipasang oleh Bas no.2 yang dah bertolak pagi.
 Memang kami lepas solat Isyak terus tunggu subuh yg dalam pukui 3 lebih kalau tak tak bangkit dah ni..
Disebabkan rules driver di Eropah kena rehat 9jam..perjalanan kami esok bermula dalam pukul 10.

Kemudahan : Free wifi di dewan makan
Air panas : Berbayar: 1euro untuk 5 minit
Mesin basuh dan pengering disediakan.

Masa di Holland, cuaca masih sejuk dan waktu nak balik hujan bukan main, Kena pack khemah waktu hujan.
Kami melawat  Voldendam dan area Rijksmuseum, Hard rock cafe 
Terdapa toilet berbayar menarik kat museum *area iamsterdam , memula nampak macam see through dari luar tp bila kita kunci dia akan kaburkan pintu...hahaha saya tak try sebab kena bayar...lol dengar cerita n tgk gmbr kawan jelah...

clogs

windmill


kat sini makan fish nugget
lembu pun jadik
City centre
Kota bebas Belanda -
Pelacuran itu biznes, ganja ada di dalam menu sekali di cafe.....tak taula nak kata apakan...



photo spot but too many people" Iamsterdam"







Gambar canal ni teringat movie " The fault of our  stars " scene dorang jalan2 sekitar Amsterdam .

makan malam harini oleh KC ialah KFC - iaitu Kelana Fried Chicken lol ....siap boleh makan 2 ketui lagi tu..dorg mmg suka masak hangit...haha tp sedap

next - Jerman

4 comments: