Anyway menarik dalam perjalanan ke sini kami lunch maggi hahaha tp i suka je...my favorite
Next day option samaada nak ke Disneyland atau shopping di La Valee. Siapa yang pergi LaValee juga dpt masuk tgk entrance Disneyland Paris.
Fasiliti camp- wifi berbayar , tandas dan bilik air tidak dilabel laki dan perempuan so berhati2lah menjaga aurat.Shower air panas percuma.
Kalau sapa yang dah ada list silakan menuju ke kedai yang telah di aim di La Valee. Krew KC pegi ke market so LaValee ni jalan sendiri. Metro Disneyland dan Metro La Valee ni dekat sahaja, * kalau ada yang berrminat nak juga pegi disneyland + shopping
Tips : Tunjuk Pasport di Information Counter La Valee untuk dpt kopun diskaun 10% dan boleh berehat di Lounge.
Longchamp |
Kami disaikan dengan coklat dan air serta additional kupon Mason Du Chocolate di Lounge yang disediakan.
Selepas balik kami singgah di kedai kebab . Petang adalah waktu free & easy.
So saya bertiga dengan Kak Mas dan Bro Wan pun beli tiket untuk sehari pass keretapi + bas unlimited dlm 13 euro.
Disebabkan saya yang pernah pegi, saya juga yang lead dan bawa mereka berdua ke Lourve (stesen - Palais Royal - Musee du Lourve). Beli tiket online siap2 kalau nak tgk Monalisa sebab q panjang,
Next kami ke Bir Ali untuk tangkap gambar Eifel
Kemudian kami ke Notre Dame sebelum balik ke campsite.
Masa balik , just untuk confirmkan stesen kami siap panggil staff di metro tapi tidak dilayan . Kami terpaksa tanya couple yang lalu... walau tidak boleh berbahasa Inggeris mereka tetap membantu dengan gerak geri tubuh. Merci
Hari Ke-2 City tour
Champ De Alysee, Boat cruise , Fragonard Perfume Museum, Lafayette , Paris Mosque
Di Champ Alysee ada triomph De Arc , shopping centre , HQ LV , Laduree
Misi macaroon
Kenalah try macaron dekat tempat creator dia , diasaskan oleh Laduree.
Jangan risau boleh beli sebiji tiada minimum purchase - 2 euro sebiji.
Boleh juga beli 6 atau 8biji mengikut kotak yang dipilih.
Untuk 8 ialah 18.70 euro so ni termasukla dengan harga kotak yang dipilih.
perisa yang ada - Lemon, rose, orange blossom, chocolate, yuzu, salted caramel dan pelbagai lagi.
Yang best tu aku siap letak dalam beg sandwich semata2 nak bawak balik bagi mak merasa macaron mahal (dan origin) ..lol. sampai2 terus masuk dalam peti ais. selamatlah dieksport.
Misi macaron diteruskan setelah sampai ke Muzium Fragonard yang berdekatan dengan Lafayette
Berdasarkan carian selain laduree, ramai yang berpendapat mesti cuba Macaron Pierre Herme
Sempatlah singgah kiosk Pierre Herme di Lafayette dan beli. Harga dlm 2.10 euro sebiji. Tapi beza dengan Laduree , perisa Pierre Herme adalah kombinasi 2 perisa atau 3 berlainan . Even the colors is combination
Staff telah siap beritahu macaron mana yang ada alkohol so janganla ambil yang itu pulak.
contoh kombinasi
Perisa - arabesque - abricot & pistaches
Mogador - Chocolat aul iat & Fruit de la passion
selain dari tu nak juga try Sadaharu Aoki tapi kerana kekangan masa tak dapatlah cuba.
Paris Mosque
Selain mosque , ianya adalah muzium maka ramai juga yang melawat Masjid ini.
we visit the mosque using bus but there is metro nearby Paris Mosque which is : Censier - Daubenton. Ypu need to walk 5-10 minutes
Kami juga menaikit cruise dan seelok je cruise tamat, lampu Eifel tower dinyalakan dan kami dapat melihat ianya blinking for few minutes.
Esoknya kami kembali ke port Calais untuk kembali ke London. Tamat sudah 16 hari perjalanan ke Eropah. Bas akan diasing kan samaada Victoria stesen, Parking lot Park Lane dekat Bayswater. Ada juga yang terus balik dari Paris. Bas akan hantar ke epot Charles De Gaulle pagi tu .
selalu annoucement adalah waktu makan...nak dijadikan cerita so saya miss announcement Bas mana akan ke victoria dan bas mana akan ke Bayswater... ini sebab balik jalan, mandi dulu instead makan- so sepatutnya nak turun Victoria sebab flight aku Emirates nak ke Gatswick mmg dari Victoria...*plan tido epot je.
Nak tukar jenuh plak bila beg dah masuk dalam bas tapi sebenarnya still boleh tukar dekar r n r asalkan belum naik feri... Tapi ada hikmah di sebaliknya salah bas ni...turun Bayswater tu dekat ngan Malaysia hall bolehla makan dulu . Sedang elok ada plak bilik kosong, takpelah pound pun ada lagi, sedap gak tido beberapa jam atas katil.
anyway inilah pengalaman yang tidak akan dilupakan , jumpa kenalan baru, knowledge baru dan merasa travel berkhemah untuk kali ini.
No comments:
Post a Comment