Monday, 28 October 2019

Trip ke Gyeongju dari Busan


Dari Busan Airport saya merancang untuk terus ke Gyeongju ( sebab tak pernah sampai lagi ke sana).
Saya letak beg dekat Stesen Bas  Sasang ( locker 2000won sehari) dan beli tiket bas di kaunter. Perjalanan dalam sejam sahaja.

Gyeongju adalah lokasi background story drama Wonderful days yang dibintangi Lee Seojin dan Taecyeon 2pm. Kalau tengok Kangs Kitchen pun dekat Gyeongju.


Dari stesen bas Gyeongju saya naik bas ke Cheomseongdae.
Kenapa Cheomseongdae ? - kita quote ulasan Google
"Cheomseongdae adalah sebuah pemerhatian astronomi di Gyeongju, Korea Selatan. Cheomseongdae bermakna menara menara bintang di Korea. Cheomseongdae adalah pemerhatian astronomi astronomi yang tertua di Asia, dan mungkin juga dunia"

Jenuh gak baru pakai naver map. Mula2 lupa nak tekan lokasi diri sendiri haha tu yang pening gak. lepas tekan own location tu barulah smooth.




Kat Gyeongju ni mmg terkenal dengan ukiran hanok * rumah tradisional.  Ni starbucks yang dekat dengan stesen bas. Dekat Cheomseongdae pun ada satu.









Starbucks pun ada juga keluarkan merchandise istimewa untuk pelawat pelawat Gyeongju

Beg tu gambar Cheomseongdae

Dekat sini juga berdekatan dengan Royal Tomb yang ada bukit bukit tu.


Ni tangkap dr bas


nampak kat bukit2 hijau tu

Masa nak balik terus pergi beli tiket balik ke Busan. Sekali tengok eh kenapa harga lain.
Rupanya tiket saya beli tu turun kat Stesen Nopo...hadui masa sedar dah naik bas. Pastu macam  takpelah nanti pergila balik Sasang ( sebab beg kat situ). haha tp lama gak weh

Tips:  ada 2 stesen bas di Busan - Sasang ngan Nopo ( Nopo  khas untuk Ekspress) jadi bila nak beli tiket balik cakap biar jelas haha..
Tips: There are 2 bus terminal in Busan. Make sure you stated clearly if you want to go back to Sasang or Nopo from Gyeongju.

Ada juga pakej khas dr Klook ke Gyeongju https://www.klook.com/en-MY/activity/7725-gyeongju-



No comments:

Post a Comment