Saturday, 6 February 2021

Pengalaman naik kapal terbang yang dirindui + cuti2 Johor

 


Disebabkan covid19 cuti ke Seoul bulan 4 2020 pun terpaksa cancel. Tapi selepas pkpb, dibenarkan rentas negeri , kami pun rindu nak naik kapal terbang. AirAsia pun sale, jom ke JB (sebab utama nak staycation Legoland Hotel) masa cuti hari Malaysia bulan September lalu

Park dekat Putrajaya naik KLia Transit. Bayar pakai ewallet Touch N Go ada sedikit diskaun. 

 Kerusi KLIA2 ada sticker social distance tp dalam flight sudah full kapasiti *tiada social distance so semua kena masing2 sentiasa pakai mask dan sanitize tangan selalu.





Kami ada sepupu di JB sbb cuti Hari Malaysia dia pun jemput dan bawak kami jalan2 makan dan pergi ke Kedai buku terbaru yang ala kedai buku selalu muncul di Kdrama. 





Kedai Buku Book Xcess di Sunway BigBox Mall. 

Ketika ini parking pun percuma lagi. Ramai yang nak tangkap gambar lebih dari beli buku haha.



Malam tu tidur di Tune Hotel  RM60 sahaja satu bilik. 

Beli direct di website tune boleh late check out.

Next nak pergi Penang. Tiket pergi balik rm24. Beli baucer hotel di Klook . harap pkp dah berlalu bulan Mac 2021. Tp sebenarnya ada juga beli tiket Sydney 4 hari pergi balik rm300. hua tak dapatla sebab border pun tak bukak , vaksin pun tak boleh amik lagi. Harap AAX tak bankrupt..kalau tak melayang rm300






landmark


Esok pagi checkout pergi kedai roti tertua Salahuddin dan terus check in Hotel Legoland pula.








Monday, 1 February 2021

Cuti2 Malaysia : Hotel Legoland dan Sealife

 


Bulan September yang lalu berjaya merealisasikan impian kanak2 iaitu duduk semalam di Legoland ! Sale ni lepas PKP dpt harga RM420  kebiasaanya rm800 hingga RM1000. Ini adalah jualan selepas PKP  1.0 dan lawatan ini adalah pada September 2020.

Pakej Theme Park +WetPark + Sealife ( terbaru) beli di Shopee.RM157




 



Yang best bilik kat Legoland ni muat untuk 3 dewasa atau 2 dewasa 3 kanak-kanak. Dalam bilik boleh main Lego. Lepas tu ada pulak treasure hunt boleh cuba jawab dan free lego. Ada 4 tema boleh pilih Pirates /Kingdom/Adventure dan Ninjago. Sebab suka King Arthur semua ni kami amikla Kingdom



Zoom in version



bawah tu boleh tarik lagi untuk kanak2 tu Merlin


Ada 2 tv ni kat section kanak2..main room pun ada tv

Toilet..ada labah2 lego

mainla sampai checkout


Amenities

ni treasure hunt jawab soklan dan masukkan the correct code dptla hadiah

Jangan lupa singgah setiap floor di ruang lif sbb penjaga lego tu lain lain orgnya.













Esoknya kami breakfast dgn tambahan rm20 seorang, Ada nasi /roti dan air. Kena pilih sessi untuk elak meramaikan ruang.

Sebelum check in  jalan2 Legoland Theme Park, sbb haritu hari Malaysia siap ada special shout out pada frontliner.

itu dlm bentuk Lego. Terima kasih frontliner .

Miniature tu yang menarik pastu naik keretapi..nak naik rollercoaster pun boleh



WetPark

Sebab tak reti berenang..lepas checkin lalu je tengok dah alang2 beli tiket 3 park terus




Yang bagus dekat sini kerusi ada label dah sanitize ke belum.Merah belum,,hijau sudah



Sealife


Saja nak tengok hidupan laut bolehla kesini. Jerung , obor2 etc








Obor2 ikut warna lampu + norma baru melancong kenala pakai mask



Ada gak tunnel macam Aquaria tp pendekjela



Nanti bila PKP dah tamat dan keadaan terkawal bolehla support balik industri pelancongan dan hotel/ theme park. Moga kita semua dilindungi dari penyakit Covid19.


Jangan lupa support juga
Malaysia Airlines : Malaysia Airlines
Boleh juga beli kacang di atas flight tp cepat sangat sold outnya, Kalau dia jual kat shopee lagi ok kut..sbb ni delivery fee agak mahal.

AirAsia AirAsia
Sekarang AA dah jadi food delivery jugak. Masih boleh order makanan AirAsia dlm restoran Santan * aTerdapat di Foodpanda dan Grab serta AA food delivery.

Lepas tu dia ada plak AirAsiaFresh
ha yang ni bolehla order ikan ke sayur ke.Kadang2 ada promo code bolehla dpt lagi murah.

Thursday, 3 December 2020

Yuna Live in Aquaria KLCC

 


Covid19 has stop you from attending concert. Worry no more.. You can view Yuna live with the fish today.  3 Dec 2020

Tix avail via klook 

[

[xclusive: Booking Fee Waived] Yuna Live From Aquaria KLCC

Thursday, 26 March 2020

Malaysia : Duduk Rumah #Stayathome cashback


Walau duduk kat rumah kita masih boleh menyimpan dari segi cash back. Dulu kalau travel agoda dan booking.com termasuk dalam shopback.Tapi dah tak boleh travel jangan risau kita masih boleh pakai apps shop back. Dah duduk rumah kalau lapar dan tak masuk bolehla order makanan. Tengok gambar atas Makanan dapat 3.5%

Takde shopback boleh register pakai link untuk dapat percuma rm5.
Have I told you about Shopback? It's so cool because I get up to 30% cashback from shopping on my favourite sites like Shopee, Lazada, Agoda or Booking.com! Sign up with my free link & claim your RM5 welcome bonus!  https://app.shopback.com/mys?raf=lblYJX

Sekarang pun kat dalam Klook ada voucher untuk orang yang baru nak download apps "dahmakan"
Rm1.05 boleh beli voucher bernilai RM10





Sebelum bukak apps klook , bukak apps shop back dan pilih klook supaya semua cash back dikira.

Buka apps shop back lg kemudian buka apps "dahmakan" pula. ada banyak juga servis penghantaran yang lain dalam shopback ni.



Selamat makan dan menyimpan! Lepas makan kalau gaji dah masuk boleh browse shopee(bukak shopback dulu juga) pula untuk beli baju raya...tp sedihnya kalau tak boleh balik kampung kalau covid19 masih naik. Mari kita duduk rumah dah jaga kesihatan. Moga kita dihindarkan dari wabak ini .Amin


Saturday, 7 March 2020

Covid19 :Seoul Spring break become heart break *trip cancellation


Sorry if the title is in English but the content will be in Bahasa. Supposedly travel for spring break early April in Seoul. However, as the number of Covid19 patients keeps on growing I have to be rational and cancel the trip.

July 2019 - Hati berbunga bunga bila baca Royal Brunei ada sale...Dahla tak pernah naik Royal Brunei lagi. Return trip rm1100 ke Seoul tp kena short transit dekat Brunei. dah dekat2 nak sama dengan Air Asia tu kalau tambah bagasi dan beg haruslah kena beli tiket ni.Plus boleh sokong  airline tak jual arak dengan bagi kebebasan bertudung.

January 2019 - Covid 19 memunculkan diri ...takpe takpe. Seoul takde kes lagi.Sure dah reda ni masa bulan April. Dah siap browse and pergi Klook punya event nak beli pakej Jinhae macam ni :


Feb 2020-setiap hari makin meningkat pesakit  Covid 19kat South Korea.  Tempat kerja pun dah keluar memo "Travel Restriction" kalau pergi melawat 7 negara termasuk Korea kena kuarantinkan diri. Mula2 kata tolak cuti..pastu keluar memo kementerian kesihatan baru dorang ubah jadi cuti yang tidak direkodkan.

Mac 2020-semakin meningkat lagi dan lagi





Festival pun cancel..Bunga masih akan mekar tapi takkan nak pergi lagi kan...haha




Pastu terbaca petikan artiker Dr Maza;
"“Jika kamu mendengar taun di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar daripadanya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini mengajar tentang tindakan kuarantin agar penyakit atau wabak tidak tersebar"

Sis pun dengan berat hati email Royal Brunei cakap nak cancel ticket. Mereka cakap kalau cancel ada caj penalti RM300. Takpelah burn rm300 nanti kalau terjangkit kat sana,lagi masalah besar.

Ini step-step yang sis ambil ;

Royal Brunei
Penalti : RM300
Contact : Royal Brunei KL branch (kulrba@rba.com.bn)
Jenis refund : Refund kembali ke kad kredit /debit semasa pembelian
Tempoh refund : 4-6 minggu

Hotel / Guesthouse:
Booking.com
Dapat 100% sebab cancel sebelum tarikh akhir pembatalan.
Jenis refund : Refund kembali ke kad kredit /debit semasa pembelian
Tempoh refund : 7-12 hari

Pocket wifi:
Roaming Man
Penalti : RM30 jika batalkan kurang 10 hari dari tarikh activation.
Jenis refund : Refund kembali ke kad kredit /debit semasa pembelian
Tempoh refund : 7-14 hari bekerja

Lesson learnt :

1. Insurans :
Ada benefit untuk trip cancellation.  Especially kalau tak dapat pulangan 100%. Insurans akan coverkan amount yang burnt tu. Yang ni saya baca untuk pemegang polisi Etiqa (Gold dan platinum)
Kalau airline senndiri yang cancel pergi pasti boleh dpt pilihan tukar tarikh percuma atau refund penuh dari airline. Itupun etiqa tu cover untuk sesiapa yang beli polisi sebelum 27 Februari.

Saya tak claim insurans sbb ingat nak beli last minit huhu. Pengajaran beli awal2.

2. Penginapan :
Kalau harga murah sekali pun jangan amik jika tertulis "non refundable"
Selalu dekat booking.com atau agoda ada 2 harga yang mana 1 harga tu lebih murah tp syarat dia bayar awal dan non refundable. Kalau jadi kes wabak ni ..memang dorg takkan pulangkan sbb kita sendiri setuju "non refundable"

Nasib baik sis mmg selalu beli Pay later atau Free cancellation. Biar mahal sikit tp kalau jadi apa boleh dpt 100%

Itinerari (simpan untuk masa depan):
-Jinhae Cherry Blossom Festival
-Gangneung Cherry Blossom Festival / Pantai Jumunjin (goblin)
- Yonsei Uni Sinchon ( penangan Extraordinary You )
- Dongmyo market

Akhir kata,sis berdoa semoga kita jumpa ubat /vaksin untuk Covid19 dan semua org dilindung dari wabak ini. Amin.InsyaAllah ada rezeki tahun depan pula ke Jinhae lagi.