Thursday, 8 April 2021

Taman Persahabatan Selangor-Jepun di Shah Alam

 



Tak dapat pergi Jepun tak mengapa pergi dulu dalam negara.Berdekatan dengan masjid Shah Alam.

Dibuka percuma bermula dari 10 pagi.

Boleh juga untuk rekreasi dan makan ( ada meja2 disediakan)








Sakura palsu pun ada, mintak MBSA tolong tanam Tecoma






Kedai serbaneka Korea CU kini di Malaysia

 


Kedai sebaneka Korea CU kini berada di Malaysia. Cawangan pertama terletak di Centrepoint, Bandar Utama Petaling Jaya,

Gmbr ihsan google imej CU di Korea selatan :


Kalau di Korea, ini kedai untuk beli nasi express dan banana uyu.Tapi kini bahan2 segar yang dimasak di sini adalah meggunakan sumber halal. Staff mengatakan sijil halal masih dalam proses tapi tidak perlu khuatir dari segi sumber halal. Bolehla beli kimbap, ttokboki dan roti di CU. 

Tips: Pergi selepas pukul 6pm hari biasa atau Sabtu dan Ahad kerana parking Centrepoint adalah percuma pada hari tersebut.

Facebook Official :https://www.facebook.com/Malaysia.CU/

Saya pergi hari Sabtu , CU dibuka seawak 7am . Saya sampai dalam 8:45 dan sudah ada yang beratur tetapi dalam masa 15 min sahaja sudah dapat masuk ke dalam kedai.

Perhatian : Untuk produk siap dari Korea pastikan anda baca kandungan bahan terlebih dahulu kerana tidak semua produk siap mempunyai sijil halal . Produk siap ialah seperti snek/ ramyeon/ air/aiskrim dalam peti

Saya fokus pada produk yang disediakan dalam Malaysia. Jadi ini yang saya beli :




Goguma bingsu /ABC ubi kayu manis

Sikhye Jagung

Corn Cheese Dog /paling sedap

Roti dan dosirak ayam serta puding onde2


tobokki jajang pun ada,

Produk produk lain







Bolehla cuba nanti nak buka puasa pun boleh tp da cuma 4 meja di dalam dan lebih kurang 4  atau 5di luar .


Tuesday, 6 April 2021

AirAsia X Proof of Debt

 


I am sure everyone who make a booking with AirAsia X last year already received an email to fill in the Proof of Debt form.  The deadline is 7 April 2021. But fear not you can still send the form if you are sent in beyond the deadline * as per FAQ due to some booking could be made outside Malaysia.

You need to go to Commisioner of Oath, the fee that charge to me was RM10. You can just Google the nearest office. I also registered mail just to secure the physical mail. You also need to complete the google form inside the email + email the scan copy of POD.

You can follow this guideline from twitter. Thank you, He is a law graduate.

Anyway hopefully everyone can get a refund. In my honest opinion if they can collect cash  they should give alternate option such as redemption of the same value amount or more to AK flight ( which is under domestic AirAsia or by Big Points rather than zero at all. Hopefully we can also able to fly cross border when everyone or majority received vaccination. Your opinion ?


https://twitter.com/JoshuaCowieYooo/status/




Untuk makluman tarikh hantar borang POD AirAsia X ini adalah 7 April tetapi mereka baru sahaja kemaskini mereka akan masih terima borang POD walaupun selepas 7 April. Yang agak sukar adalah mencari Commisioner of Oath  (pesuruhjaya Sumpah) tetapi jangan risau boleh je waze atau google maps Pesuruhjaya sumpah yang terdekat. Caj yang dikenakan ialah RM10. Saya juga hantar borang ini menggunakan pos daftar,

Pengguna juga perlu isi Google form di dalam email POD dan serta scan borang dan emel lagi sekali ke AirAsia X.

Kami mengerti ada pekerja yang diberhentikan tetapi kami juga berharap agar wang kami dipulangkan. Kalau tidak boleh pulangkan tunai , pendapat saya boleh tukar untuk tebus ke pesawat AK atau tukar pada Big Points . Pendapat anda ?

Saya juga berharap semua dapat vaksin dengan segera dan sempadan negara boleh dibuka semula.

Sunday, 28 March 2021

Starbucks Reserve Terbesar di Malaysia kini di Tropicana Gardens Mall

 


Apa beza Starbucks Reserve dan Starbucks Biasa ?

Selain dari menu biasa yang boleh didapati di Starbucks , Starbucks Reserve menawarkan kopi dari pelbagai negara yang boleh dicustomize mengikut citarasa anda.

Lokasi Tropicana Gardens Mall ini juga berdekatan dengan MRT Surian.







Korean Grocer Mart kini dibuka di One Utama

 


Baru sahaja dibuka betul betul di entrance /exit MRT Bandar Utama ke One Utama , pasaraya produk dari Korea. 

Produk halal untuk diimport akan ada label halal. Tapi paling unik ada jual periuk ramyeon yang warna emas tu. Sayur -sayur Korea dan Cili yang selalu nampak dalam rancangan TV pun ada dijual di sini.













Jonetz by Don Don Donki kini di Malaysia

 


Kalau pergi ke negara Jepun tak sah kalau tak singgah Don Quijote. Tapi semua travel terhenti sejak covid19. Tapi anda boleh hilangkan kerinduan apabila cawangan dibuka dengan nama Jonetz by Don Don Donki.

Cawangan Pertama telah dibuka di Lot 10 Kuala Lumpur. Boleh naik MRT berhenti di Bukit Bintang. Buat masa sekarang masih lagi ramai yang q. Saya pergi hari biasa dan awal pagi, (bukak kui 8am) dalam 15 min sahaja q. Cawangan kedua nampaknya akan dibuka di Tropicana Gardens Mall *sign dah nampak.

Facebook Don Don Donki

Boleh download apps Don Don Donki dan kumpul points. Kalau bulan hari lahir dapat voucher rm15

Alhamdullilah walau bday dah lepas tp still bulan yang sama dapatlah voucher rm15 off.

Konnichiwa! Sign up for DON DON DONKI membership with my referral code NQR-366898. Both of us will get 10 dMiles when you make your first purchase ;) Here's the link: Don Don Donki

Saya cari Biskut Kapal dan air Van Houten tp nampaknya mereka tak bawak ke Malaysia.

Boleh juga beli aiskrim dan ubi panas dekat Ground Floor (dekat exit MRT)

Section daging ada sijil halal. Tapi barang2 produk siap seperti coklat ,biskut dan air kena baca kandungan, Yang bagus mereka dah translate dalam English. Tak perlu nak google translate dah.












Yang tak best dari tingkat 2 nak ke bawah tiada eskelator. tangga biasa so bawakla bakul turun sekali.



Wednesday, 24 March 2021

Koleksi barang berjenama Ikea

 


Ikea baru sahaja melancarkan koleksi baju berjenama ikea yang dipanggil Eftertada.

Yang menarik sebab iklan PR dia pakai orang2 biasa je..eg opah yag swag serta ibu dan anak



Berkesempatan melawat Ikea Damansara tp saya tak berminat baju putih ni kalau hitam mungkin terbeli. Saya minat kumpul koleksi Tote Bag. Saya beli Tote Bag, Keychain *yg  dulu bantal tangan love ni mmg popular sejak Ikea ada di One Utama lagi. (orang yang dah lama duduk PJ je tau pasal Ikea ada kat  OU.Saya juga beli tumbler putih.

Saksikanlah kucing2 saya beraksi haha







Selamat shopping di Ikea