Dah alang2 sampai Australia, kenala gak pergi atleast 1 pulaukan. Elok pulak ada penguin Island, bolelah jumpa makhluk yg comel ni.
Untuk ke Rockingham boleh naik train. Kalau dari Malaysia hall ni, naik CAT bus berhenti di Perth Underground. Beli tiket Day rider $12, sebab tiket sehala sahaja $7 ( sah untuk 2 jam tp tak sempat punya kalau ke Penguin Island ni) so save $2 dah kat situ dari beli tiket pergi dan balik asing. ada jugak pass family rider. Kalau dah beli day rider ni boleh pakai sehari suntuk naik bas, train and ferry Transperth ( Ferry transperth yang I tau pergi Perth Zoo lah) Kalau nak pergi hari yang sama ke Blue boat house pun boleh...jimat $3
Dari Rockingham Stesen pergi platform 9 atau 10 naik bas 551/552/553 - berhenti di Penguin & Watts Road. Tunjuk tiket day rider tadi. Driver sini baik2 tak tau nak berhenti mana pun cakap je saya nak pergi Penguin Island tolong bgtau bila nak berhenti.
Nanti nampak ada cafe dan kedai .Boleh beli tiket ke Penguin Island. Dia ada macam2 pakej. Pakej tengok dolphin paling mahal $85,
Nak tengok Penguin kena follow Penguin Feeding time dekat Discovery Centre -setiap 10;30 / 12:30 dan 2,30pm. ( Feri + penguin feeding $25 untuk dewasa)
Lagi satu pilihan pakej Penguin Feeding + Sealion cruise $39 . Yang ni kalau lucky tersermpak dengan group of dolphin juga . Setiap 10.15am, 11.15am & 1.15pm
Penguin Island memang tempat Penguin tapi mmg susah nak jumpa wild penguin. banyak yang datang sebab berkelah and snorkel.
Details : http://www.penguinisland.com.au/visitor-info-penguin-island
di jeti Mainland -inila binatang yang paling aku tak nak tengok |
I amik pakej sea lion + penguin feeding. Kita akan tukar boat lain untuk tengok Sea lion. Akan nampak juga burung pelican , camar
spot the camel |
crystal clear boat tapi mmg Alga jelah...ikan kecik nampak masa boat di jeti.masa gerak nampak bubbles je |
Dah habis tour tunggula waktu untuk penguin feeding session.
Spesis penguin paling kecil, juga dikenali sebagai blue penguin.
dapat kat aku ni namanya raven ( sempena x men lol) |
Video waktu beria . Penguin yang di Discovery Centre ni yang disahkan kalau dibiarkan di luar mungkin akan mati.
Kat Penguin Islani ni takde jual makanan atau air so kena bawak siap2 or beli kat Pengos' cafe dekat tempat beli tiket .
I makan Brahim's je, dah duduk Malaysia Hall berlambak bekas Microwave ni so pinjamla kejap ..tenang je makan sambil mengadap laut.
Sekitar Pulau ni nampakla rumah2 penguin yang dibina untuk penguin liar.
Bila nak balik ada nampak org yang amik risk sand bar ni...takpela dia terrer berenanglahtu.
Nak naik bas ke Rockinghim Stesen balik boleh check apps transperh tu untuk timing sebab frequency low sejam 1. Apps ni akan tunjuk bas stop mana yang berdekatan ngan kita n timing bas. Masa nak tunggu ni siap terserempak ayah dan anak prektis rollerblade. Ramah2 org Australia ni bila lalu ayah ni malu agaknya sebab anak dia yang ajar ...dia terus cakap "she makes me do it lol"
Kurangla yang racist ke apa..kalau pergi Blue Boat tu siap driver tu melawak kalau cakap student dia bole bagi harga student ( sebab masa tu cakap nak berhenti kat UWA) tp sebab cakap no dia takle lah bg dah.Ada 1 je dalam tren nak balik budak perempuan cakap " Mum she is behind you Mum" tp masa tu aku penat sgt dapat kerusi aku terus pejam mata tak layan (serius lepas dengar ayat tu terus lelap haha) ..Lagi pun budak tu more to curious tengok pakai tudung aku rasa dari rude.
No comments:
Post a Comment